Nasi Arab Air Tangan Abang Farid
7:40 PTGKelmarin 25 November 2025. Amie masih ingat kata-kata Fairuz. Sehinggalah menjelang malam nampaknya Fairuz dengar nasihat, tiada surprise untuk kami. Alhamdulillah. Nampaknya Fairuz dengar kata.
Semalam kita tidur lena tetapi menjelang tengah malam terasa seperti ada seseorang berdiri di tepi katil. Kita buka mata dan dalam samar-samar malam kelihatan Fairuz sedang berdiri mendukung sesuatu. Amie sangka Fairuz sedang dukung Tam Tam, kucing kesayangan Firdaus. Biasanya Tam Tam akan cakar pintu bilik kami waktu malam sebab hendak tidur di bilik kami.
Anehnya, kenapa Amie lihat kepala Tam Tam seperti kepala patung manusia? Walaupun suasana gelap tetapi nampak jelas rupa bentuk manusia! Setelah Amie menyedari 'patung' itu sebenarnya manusia, Amie terus berteriak : Ya Allah! Fairuz!
Encik Suami terjaga setelah mendengar teriakan Amie, dan 'patung' tadi yang sedang tidur turut menangis terkejut. Di belakang Fairuz, ada Abang Farid!
| Nasi Arab Air Tangan Abang Farid |
Alhamdulillah. Mudah-mudahan balik dari ladang petang nanti bolehlah makan Nasi Arab air tangan Abang Farid.
| New York Cheese Cake |
| Habis licin Nasi Lemak Air Tangan Abang Farid! |
Terima kasih Abang Farid, terima kasih Fairuz dan terima kasih Fuad. Sebenarnya Abang Farid balik LD untuk membuang undi pada hari Sabtu ini. Pada masa yang sama mereka mengambil kesempatan untuk membuat kejutan. Pada mulanya Fairuz hendak letakkan Hamzah yang sedang tidur di tengah katil kami, tetapi sewaktu Amie berteriak kerana terkejut, Hamzah terus terbangun dan menangis.
Oh, anak-anak! Ada-ada saja kamu ini.
0 comments