Sarapan Apa di Pagi Minggu?
11:31 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi kami tiga beranak jalan-jalan ke Pasar Tani LD. Balik ke rumah menjinjing makanan pilihan masing-masing. Jadi, bersarapanlah kami di dapur sebelum membuat kerja masing-masing. Hari minggu bukan bermaksud hari untuk berehat dan bersantai-santai. Firdaus pun ada kerjanya juga. Katanya hendak mandikan kucingnya. Dia terlupa hari ini kena cuci tandas juga!
Jom sarapan bersama kami!
| Encik Suami - Bihun Goreng dengan Cili Sumbat dan Kaki Ayam Masak Kicap |
| Menu sarapan dari Pasar Tani LD. |
| Amie - Kapurung |
Amie pilih kapurung. Biasanya apabila sampai rumah Amie akan tambah dengan bahan lain seperti jagung, udang dan sardin dalam tin. Kali ini malas hendak buat penambahan bahan. Jadi makan sahajalah kapurung yang dibeli.
| Firdaus - Gado-Gado Cocos |
Beli jugalah sate ayam, takoyaki dan ubi rebus kelapa parut. Ubi rebus itu sedap makan dengan sambal tomato!
| Kaki Ayam Masak Kicap |
Encik Suami suka betul Kaki Ayam Masak Kicap ini. Memang lembut terlerai kulit dari tulangnya. Tulangnya pun sangat lembut sampai boleh dikunyah begitu sahaja. Lama betul tak masak kaki ayam begini. Jadi beli sahajalah.
0 comments