Memborong Emping Melinjo Aceh & Lain-Lain di Kedai ARACO
7:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan keluar dari kawasan Aceh Tsunami Museum, Pak Arman bercerota tentang emping melinjo Aceh. Katanya, sekiranya kami berminat untuk membelinya, bolehlah singgah di salah sebuah kedai di Banda Aceh. Singgahlah kami di Emping Melinjo Aceh di kedai ARACO, Plaza Oleh-Oleh Khas Aceh.
| Emping Melinjo Aceh |
Menurut Pak Arman, ada perbezaan rasa emping melinjo Aceh berbanding di tempat lain di Indonesia seperti Jawa atau Sumatera Selatan. Perbezaan ini bukan besar, tetapi cukup ketara dari segi rasa, cara olahan dan tradisi.
- Rasa yang lebih pahit sedikit:
Emping melinjo Aceh biasanya sedikit lebih pahit kerana banyak dibuat daripada melinjo yang betul-betul matang @ tua. Penggemar emping di Aceh memang suka rasa pahit semula jadi melinjo. Di Jawa, banyak emping dibuat lebih nipis dan kurang pahit kerana dipilih dari melinjo lebih muda. - Tebal dan rangup berbeza:
Emping melinjo Aceh cenderung lebih tebal dan lebih rangup.Tidak terlalu nipis. Emping dari Jawa pula terkenal dengan versi yang lebih nipis dan lebih ringan. - Pengolahan tradisional:
Di Aceh emping banyak dihasilkan secara tradisional kampung, digeprek manual dan dijemur di bawah matahari. Kadang-kadang dilapisi sedikit garam sahaja agar rasa lebih semula jadi. Di tempat lain, ada yang sudah menggunakan mesin untuk meratakan dan menghasilkan bentuk yang lebih seragam. - Cara makan atau sajian:
Emping melinjo Aceh biasanya dimakan bersama mi Aceh Dengan nasi kari Aceh, kuah beulangong, atau kuah pliek u iaitu sejenis gulai tradisonal Aceh. - Sebagai kudapan dengan kopi Aceh:
Di kawasan lain, emping lebih biasa dijadikan kudapan manis atau masin dengan gula melaka atau garam
| Masing-masing terpikat dengan beg sulam bentuk ini. |
Selain memborong emping melinjo, kawan-kawan yang lain turut membeli kuih-kuih tradisional, beg sulam, kain sarung dan sebagainya.
Semua teruja melihat beg sulam yang kemas dan cantik dan pelbagai warna. Harga yang ditawarkan 290,000 Ribu Rupiah dan kami dapat tawar sehingga 250,000 IDR. Keesokan malamnya Pak Arman bawa lagi kami ke kedai cendera kenangan, dan kami borong lagi pelbagai jenis beg sulam. Tak menyesal beli sebab beg sulam Aceh memang berkualiti!
Oleh kerana mata dan tangan sibuk membelek segala benda di kedai ini, maka terlupalah seketika hendak bagi makan HP. Tak banyaklah gambar yang kami rakam di sini.
Cuma, emping melinjo itu memang sedaplah apabila digoreng di dapur sendiri. Yang tak berapa sedap sebab beli hanya setengah kilogram sahaja! Semua tumpang kotak ARACO Nano dan sampai LD emping melinjo tetap cantik tidak rosak sedikit pun. Alhamdulillah.
1 comments
Sy pernah makan emping malinjo, enak bangat ya buk 😁
BalasPadamCantik² beg sulam tu, masing² tak nak kalah ye memilih :)