Sambal Tomato

7:51 PTG

Jumpa lagi. Amie nak kongsi Sambal Tomato yang biasa Amie masak dan menjadi sambal kegemaran keluarga. Sambal Tomato ini sedap dimakan dengan ikan goreng, telur dadar, ikan bakar, ayam goreng dan sebagainya. Kalau buat Sambal Tomato memang Amie akan buat dalam kuantiti yang agak banyak. Amie suka masak gunakan dapur gas sahaja, renih dengan api perlahan hinggaah bahan hancur dan pecah minyak. Gambar di bawah ini belum berapa hancur sangat terutamanya kulit tomato tapi dah tak sabar nak makan. Kalau dipanaskan lagi, semuanya akan hancur termasuk  kulit tomato. Kalau nak hasil yang cantik, boleh buang kulit tomato dengan cara celur seketika di dalam air panas, dan tanggalkan kulitnya.

Sambal Tomato


Tomato yang Amie gunakan kali ini ialah tomato kampung. Amie gunakan 600 gram tomato kampung, 600 gram bawang besar dan 200 gram cili padi. Untuk lengkapkan rasa, Amie bubuh gula Melaka, belacan, asam gelugor, garam  dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Tak perlu tambahkan air sebab tomato mengeluarkan air. Masak deangan api perlahan sehingga semua bahan menjadi hancur dan terbit minyak. Kalau nak makan, tinggalkan minyak itu, ambil sambalnya saja. 
Bahan-bahan:
  • 600 gram tomato - belah 2
  • 600 gram bawang besar - mayang kasar
  • 3/4 cawan minyak
  • 1 cawan gula Melaka parut
  • 2 keping asam gelugor
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 200 gram cili padi
  • 10 gram belacan
  • 10 ulas bawang putih
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu dan terbit bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis seketika
  3. Seterusnya masukkan tomato, asam gelugor dan gula Melaka. Biarkan mendidih seketika. 
  4. Perlahankan api dapur, dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
  5. Setelah bahan tumisan hancur dan terbit minyak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sambal Tomato ini tahan beberapa hari pada suhu bilik. Semakin kerap dipanaskan, bertambah sedap rasanya.


Wokey. Jumpa lagi. Amie nak teruskan bacaan Ustazah Basikal Siri 2.  Tidak sampai 300 muka surat lagi untuk dihabiskan. Selepas itu nak sambung baca BKH#legasi_emak yang sedang bersusun menunggu! 
Oleh kerana dua buah Travelog Ustazah Basikal ini tebal-tebal belaka, jadi Amie akan bawa bersama ketika keluar bersama Encik Suami. Ada kesempatan duduk di kereta, Amie sambung baca.
Ada rakan blogger tanya, tak pening kepala ke baca Ustazah Basikal  dalam kereta? Setakat ini belum ada rasa pening kepala. Mungkin sudah terbiasa baca buku dalam kenderaan yang bergerak, tak kiralah dalam keretapi, kereta, ketika dalam feri atau dalam kapal terbang. 

13 comments

  1. Wah memang hancur tomato. Ada guna gula Melaka juga rupanya.

    BalasPadam
  2. Kalau ada sambal tomato ni, asam pedas pun boleh babai, tq resepi ya Amie

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa sambal tomato. teringat ibu, dia rajin buat sambal tomato nii..hehe

    BalasPadam
  4. Nie kalu makan dengan nasi, mau ke laut diet camni :)

    BalasPadam
  5. Saya pun macam kak Amie. Alhamdulillah takde masalah membaca dalam kenderaan bergerak. Sedapnya sambal tomato. Nisbah tomato dengan bawang sama banyak. Pasti rasanya masam manis

    BalasPadam
  6. saya pun tengah berkira2 nak beli ustazah basikal ni hehe

    BalasPadam
  7. Nak cuba la kak amie sambal tomato ni..adakala abah SA beli tomayo banyak2 kan..dari buang dalam tong sampah elok di buat sambal...seronoknya baca buku..novel.SA pun x habis2 baca lagi...beratus yg baru...

    BalasPadam
  8. kecur liur ni, nyummy !! thank you sharing resepi

    BalasPadam
  9. Macam sedap sambal tomato masak cara kak amie ni. Ada sambal baru berselera makan, wajib ada stok tu :)

    selamat menghabiskan membaca :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe