Happy Belated Birthday
10:04 PGBismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih daun keladi buat rakan-rakan yang menceriakan hari ulang tahun yang kesekian tahunnya! Terima kasih Cikgu Jusna, dalam kesibukan tugas di ladang sempat menaja kek hari jadi pada 17 November 2025, hari Isnin walaupun jatuh hari ulang tahun pada hari Ahad 16 November 2025. Dapatlah bersama-sama rakan penoreh meraikannya di ladang.
Terima kasih juga buat anakanda Julia yang datang lewat malam ke rumah hantar kek. Susah payah Julia datang waktu malam sebab sebelah siang sibuk bekerja.
Video kenangan ulang tahun 2025 dan tahun-tahun ke belakangnya!
Sempena jamuan akhir tahun di kelas, sempat juga sambut ulang tahun pada hari Khamis 20 November 2025 bersama anak-anak kelahiran November.
| Selamat ulang tahun buat November Babies. Semoga sihat dan ceria selalu. |
| Layan sahajalah anak-anak kesayangan nak bergambar di mana... ahaks! |
Ada seorang anak murid tegur, kenapa ketua kelas tempah kek dengan nama Babis? Alolooo... kesian pula ketua kelas dipersalahkan. Sebenarnya itu kesilapan pekerja SR, sepatutnya Babies bukan babis. Terima kasih ketua kelas, Lee Ching Har dan kawan-kawan.
0 comments