Tetap Bersama Dalam Lapar dan Kenyang!
9:26 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin ada sambutan Majlis Apresiasi 2025 di ladang kami. Seperti biasa, dalam banyak-banyak tugas yang diberi Amie termasuk dalam AJK Makanan bersama dua orang lagi penoreh. Tiada peruntukan diberikan. Jadi, pandai-pandailah kami mencari sumber, dan mengurus bahagian kami.
Pengurus ladang mengingatkan supaya kami memakai pakaian unit beruniform masing-masing. Aduhai, kenalah berhati-hati mengurus makanan dengan berpakaian putih begini! Takut terkena sambal pula.
| Gambar kenangan 2024 & 2025. |
| Nasi Lemak Sambal Udang |
Alhamdulillah, walaupun tiada sebarang peruntukkan namun rezeki Allah tak siapa mampu menolaknya, dan hadirnya pada masa yang tepat dan tidak salah alamat. Ramai yang memberi sumbangan samada dalam bentuk wang, makanan dan sebagainya. Bukan kami para penoreh getah sahaja, tetapi termasuk AKP dan juga pekerja pembersihan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki buat semua.
Jom kita kita apa menu yang kami nikmati bersama.
| Kuih Cara Berlauk |
| Popia Sira |
| Salad Macaroni |
| Talam Keladi |
| Karipap |
| Kek Sarang Semut |
| Ayam Sambal Kacang |
| Mi Goreng |
| Bihun Goreng |
| Telur Goreng Mata |
| Tembikai |
| Agar-Agar Gula Melaka |
| Nescafe Susu |
Inilah hasil sumbangan bersama. Meriah jugalah meja sarapan kami pagi kelmarin dengan pelbagai menu yang dibawa. Terima kasih semua.
0 comments