Jom Selongkar Khasiat Tersembunyi Dalam Sebiji Epal!

11:56 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Buah yang sering Amie jadikan bekal ke ladang sudah tentunya buah epal. Hal ini kerana buah epal mudah didapati di pasar raya dan juga gerai buah-buahan. Dengan ini mudahlah untuk kita beli dengan tawaran harganya yang juga mampu bayar. 

Boleh dikatakan setiap hari Amie akan bawa dua biji epal. Sebiji epal merah dan sebiji epal hijau serta dua hingga tiga biji telur rebus dalam bakul bekalan. 

Amie kongsikan dari Berita Harian
1,001 Macam Khasiat Tersembunyi Epal, Yang Ramai Orang Tak Tahu

Makan sebiji epal setiap hari, kesihatan anda pasti terjamin. Itulah terjemahan daripada peribahasa Inggeris mengenai khasiat epal. Pengambilan epal setiap hari terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang penting untuk tubuh manakala airnya sesuai digunakan sebagai pembersih kulit. Menyedari khasiat sumber makanan semula jadi itu, epal seharusnya dijadikan menu pemakanan harian terutama bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan dalam membantu mendapat berat badan ideal.

  • Kurangkan kelaparan.
    Epal juga boleh digunakan sebagai snek antara masa makan untuk mengurangkan kelaparan dengan jumlah kalori yang rendah. 
    Epal adalah sajian terbaik sebagai sebahagian diet sihat yang menggalakkan penurunan berat badan untuk membolehkan kita kekal sihat dan cergas. Snek yang kaya potasium ini adalah pilihan terbaik kerana mudah dibawa dan dimakan tanpa perlu dipotong terlebih dahulu. Mengambil sebiji epal sebelum memulakan aktiviti fizikal meningkatkan stamina ketika bersenam.

  • Cegah pelbagai penyakit. 
    Amalan pemakanan ini membantu mencegah pelbagai penyakit. Epal juga terbukti meningkatkan melawan penyakit, malah dipercayai merawat sebarang kerosakan pada sel tubuh. Buah ini juga kaya dengan serat yang memberi kebaikan kepada sistem penghadaman. Membantu menyingkirkan toksin, seterusnya meningkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan.

  • Pilihan epal
    Antara epal yang sering didapati adalah jenis Gala, Fuji, Granny Smith, Red Delicious, Golden Delicious, Honeycrisp, Crisp Pink, Jonagold dan Braeburn yang mempunyai rasa manis tersendiri. Ia juga berbeza dari segi warna dan tekstur selain mempunyai kegunaan khusus misalnya untuk penghasilan jus, salad, pai, sos, pencuci mulut atau sekadar menikmatinya sebagai snek sihat.
Stok epal campuran jenis untuk di rumah dan bekal ke ladang.


Apa Kebaikan Epal?
  • Kaya dengan flavonoid.
    Epal kaya dengan bahan flavonoid bagi mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser. Bahan seperti triterpenoid dalam kulit epal juga mempunyai sifat anti kanser.
  • Meningkatkan aktiviti otak.
    Kajian terbaharu mendapati tikus yang diberi minum jus epal dapat mengelak masalah Alzheimer dan melawan kesan penuaan pada otak mereka. Ia juga meningkatkan aktiviti otak dan membuatkannya lebih cerdas.

  • Gigi lebih kuat dan putih.
    Epal mampu menggantikan berus gigi kerana menggigit dan mengunyahnya menggalakkan pengeluaran air liur. Ini membantu mengelak masalah gigi reput dan mengurangkan bakteria dalam mulut.

  • Menjaga kesihatan otak.
    Kajian mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan makanan tinggi serat mampu mengelak daripada Parkinson kerana penyakit itu berlaku apabila sel saraf yang hasilkan dopamine terjejas sedangkan epal mampu menjaga kesihatan otak.

  • Menurunkan kolesterol.
    Epal mempunyai serat larut yang mampu 'menarik' dan membuang kolesterol daripada tubuh, seterusnya menjadikan paras kolesterol menurun.

  • Jantung lebih sihat.
    Pengambilan serat tinggi menurunkan kolesterol, seterusnya menjadikan jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko pengumpulan plak pada salur arteri.

  • Mengelak pembentukan batu karang.
    Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

  • Mengelak sembelit.
    Pengambilan serat tinggi melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan proses pembuangan najis mudah, seterusnya memelihara kesihatan diri.
AI Generatif Google Gemini

Oleh kerana sering menjadikan epal sebagai snek, Amie dapat merasakan perubahan 'rasa' di kepala.... ahaks! Maksudnya, selepas makan sepotong dua epal segar (Amie bawa pisau dan potong epal di ladang), rasa ringan dan tenang sahaja kepala. Brangkali disebabkan aroma epal yang harum, atau juga rasanya yang manis kalau epal merah, dan juga rangup masam manis kalau epal hijau.

Dalam hal ini, Amie cuba sembang dengan ChatGPT tentang apa yang Amie alami. Menurut ChatGPT:

Secara umum, makan epal tidak secara langsung menenangkan kepala, tetapi ia boleh membantu tubuh dan minda berasa lebih stabil melalui beberapa cara:

✔️ 1. Gula semula jadi yang seimbang.

Epal mengandungi fruktosa yang perlahan diserap. Ini membantu mengekalkan paras gula darah stabil. Apabiila gula stabil, mood dan fokus pun lebih terkawal.

✔️ 2. Kaya dengan vitamin dan antioksidan.

Epal ada vitamin C dan antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Bila badan lebih sihat, kepala pun kurang rasa serabut.

✔️ 3. Serat yang tinggi.

Serat membantu pencernaan dan mengurangkan rasa tidak selesa tubuh. Bila tubuh rasa ringan, emosi juga lebih tenang.

✔️ 4. Aroma epal hijau.

Kajian kecil menunjukkan aroma epal hijau boleh mengurangkan rasa cemas bagi sesetengah orang.

✔️ 5. Kesan psikologi makan makanan segar.

Kadang-kadang, hanya dengan makan buah yang segar, manis semula jadi, dan rangup pun boleh memberi rasa fresh yang menenangkan.

Kesimpulan:

Ya, epal boleh membantu menenangkan kepala secara tidak langsung, bukan sebab epal itu ubat tenang, tetapi kerana ia menyokong tubuh, minda, dan mood dengan lebih seimbang.


AI Generatif Google Gemini

ChatGPT juga berpesan, jika kepala sangat serabut, tambah juga:

  • tarik nafas dalam 5 saat
  • minum air kosong
  • berehat 5–10 minit
  • baca doa ringkas atau zikir
Rajin ChatGPT tambah pesanan walaupun kita hanya tanya tentang rasa di kepala apabila makan epal. Terima kasih ChatGPT.


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe