Apa Yang Ada di Aceh Tsunami Museum (Blang Padang, Banda Aceh)?
11:34 PGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam hujan renyai, kami turun dari kenderaan dan berlarian menuju ke pintu Aceh Tsunami Museum. Sementara menunggu Pak Arman membeli tiket lawatan, kami sempat bergambar di bahagian luar muzium.
Jom kita intai apa agaknya yang ada di dalam bangunan Aceh Tsunami Museum:
- Bangunan Simbolik
- Lorong Tsunami
- Ruang Memorial
- Pameran Tetap
- Media Pendidikan
- Pesan Budaya dan Nilai Lokal
- Fungsi Ganda
- Acara dan Kegiatan
Langit mendung sepanjang hari. Pakaian kami sedikit basah terkena air hujan.
| Aceh Tsunami Museum dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia Dr. H Susilo Bambang Yudhoyono. |
| Papan penerangan tentang helikopter yang terseret sejauh satu kilometer oleh tsunami. |
Kami memasuki Lorong Tsunami yang merupakan ruang gelap dan sempit dengan dinding air yang mengalir. Ketika kami melaluinya, terasa percikan air menimpa pakaian kami. Hal ini untuk memberi gambarab bagaimana rasanya ketika gelombang tsunami berlaku.
Suara gemuruh air dan getaran membuatkan pengalaman ini seolah-olah pelawat berada di tempat kejadian.
Seterusnya kami menuju ke ruang memorial. Di sini terdapat gambar-gambar selepas kejadian tsunami.
| Sumur Doa - Telaga @ Kolam Doa |
Satu tempat yang sungguh menginsafkan ialah Sumur Doa. Tulisan di atas berbunyi : Ruangan bernuansa gelap dengan sumur bernetuk silinder yang menerangi lubang dengan tulisan 'Allah'. Ruangan ini adalah simbol dari kuburan massal, dengan nama-nama para korban tsunami terukir di dinding. Di ruangan ini, anda dipersilakan untuk mengirimkan doa bagi mereka yang telah tiada.
Ratusan ribu nama mereka yang telah pergi untk selama-lamanya akibat bencana tsunami 2004.
Semoga mereka menjadi sebahagian para syuhada dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan mereka mendapat ganjaran menadi penghuni syurga Allah. Amin.
| Antara nama para syuhada korban tsunami, in syaa Allah. |
Sumur Doa yang gelap dan besar serta penuh dengan nama korban tsunami.
Selepas keluar dari Sumur Doa, kami melalui Lorong Kebingungan pula. Apa itu Lorong Kebingungan. Lorong ini menjadi refleksi bagi kisah para penyintas, memperlihatkan gejolak emosi masyarakat Aceh yang terombang-ambing kehilangan keluarga dan harta benda. Lorong ini mrmpunyai makna simbolik yang sangat mendlam dan dirancang untuk membawa pengunjung merasakan emosi dan keadaan psikologi mangsa yang terselamat dari bencana tsunami.
Simbol kebingungan dan trauma ini menunjukkan ketidakpastian dan keputusasaan yang dialami masyarakat Aceh yang hilang arah, tidak tahu di mana keluarga, rumah dan masa depan.
Lantai Lorong Kebingungan ini tidak rata dan berkelok. Hal ini bukan nilai estetika semata-mata tetapi mempunyai simbolis bahawa jalan hidup orang Aceh pasca tsunami tidak lurus dan penuh cabaran serta rintangan.
Pecahayaannya pula nampak temaram dan gelap, seolah memberi suasana misteri dan tekanan mental pengunjung.
Di sepanjang dinding Lorong Kebingungan terdapat tulisan nama-nama Allah @ Asma'ul Husna. Melalui Lorong Kebingungan ini, pihak muzium ingin menyampaikan mesej bahawa kesan tsunami bukan hanya dalam bentuk fiizikal tetapi lebih mendalam ke jiwa dan pemikiran manusia.
Kemudian sampailah kami ke Jambatan Harapan @ Hope Bridge / Peace Bridge yang merupakan simbol bahawa setelah kebingungan dan kehancuran, ada harapan, pemulihan dan sokongan.
Di atas Jambatan Harapan, tergantung bendera-bendera negara dari seluruh dunia yang pernah membantu Aceh setelah tsunami.
| Bendera-bendera negara dari seluruh dunia yang membantu Aceh menangani tsunami 2004. |
Video bendera-bendera negara di dunia yang membantu Aceh.
Seterusnya kami ke ruangan Pameran Kebencanaan. Banyak gambar yang memaparkan tentang kesan tsunami serta bantuan yang dihulur dari banyak negara untuk pemulihan.
Walaupun tsunami Aceh sudah lebih 20 tahun berlalu namun muzium ini sesak dengan kehadiran pelbagai pengunjung termasuk murid-murid sekolah bersama guru pengiring mereka.
Antara bahan bukti reruntuhan bangunan akibat tsunami.
Ketika sibuk berjalan-jalan melihat pameran, terpandai paparan di atas skrin tentang SMONG. Walaupun tidak dapat merakan secara keseluruhan, dapatlah juga bawa pulang gambar ini sebagai kenangan.
SMONG ialah istilah tempatan dari masyarakat Simeulue, Aceh, yang bermaksud tsunami. Namun makna SMONG bukan sekadar gelombang besar. Ia adalah kearifan lokal (local wisdom) iaitu satu cerita turun-temurun yang mengajar orang Simeulue cara menyelamatkan diri apabila berlaku gempa dan laut tiba-tiba surut.
Maksud dan Asal Usul Smong:
Smong berasal daripada bahasa Devayan/Simeulue. Cerita ini diajarkan melalui nyanyian, hikayat, dan lirik lagu kepada kanak-kanak sejak kecil.
Intinya:
Jika gempa kuat dan air laut surut, larilah ke tempat tinggi. Itulah smong.
Kenapa Istilah Ini Terkenal?
Ketika tsunami 26 Disember 2004 melanda Aceh, hampir seluruh penduduk Simeulue selamat kerana mereka mengamalkan peringatan dalam cerita SMONG. Mereka terus melarikan diri ke bukit selepas merasakan gempa besar.
RingkasNYA, Smong bermaksud tsunami dan pesan keselamatan tradisional orang Simeulue.
Lirik Tradisional “Smong” (Versi Ringkas & Terkenal)
Enggel mon sao curito
Inang maso semon-memon
Manoknop sao hile-hile
Uwek suruik sahuli-huli
Maheya mihawali
Fano meuli suruik da
Labe-labei maawari
Elaikok takalawaru
Smong kahan ne mali-mali
Turiang senga semonan
Sikolaek mo mauli
Linon uwak-uwak mo.
Maksud (Terjemahan Bebas Bahasa Melayu)
Dengarlah satu cerita,
Dari zaman dahulu kala.
Pernah datang ombak besar,
Air laut surut jauh sekali.
Jika itu berlaku, segera lari,
Naik ke tempat tinggi.
Jangan tunggu apa-apa,
Itulah tanda bahaya.
Ingatlah nasihat orang tua,
Itu yang dipanggil smong.
Jika bumi bergoncang kuat,
Cepat selamatkan diri.
Teringat cerita Wak Kolak, sewaktu air surut banyak ikan di pantai. Orang ramai turun dan mengutip ikan. Mereka tidak sedar datang tsunami sekali lagi melanda pantai dan mereka terperangkap dalam gelombang!
Tsunami 2004 menarik erhatian dunia termasuk Yusuf Islam yang turut mengu jungi Banda Aceh bersama isterinya pada Januari 2005.
Antara gambar proses bantuan kemanusiaan yang sempat dirakam.
Ini antara khemah-khemah yang didirikan untuk penempatan sementara penduduk Aceh yang terjejas akibat tsunami. Mereka menghuni di dalam khemah kira-kira lima tahun lamanya sebelum mendapat tempat tinggal tetap yang dibina atas bantuan kemanusian masyarakat dunia.
Sementara menanti giliran masuk ke bilik tontonan video tsunami, kami singgah dahulu di perpustakaan.
| Menonton video Gempa Tsunami |
Semoga penduduk Aceh sentiasa tabah dan membangun hidup dari kemusnahan tsunami 2004.
Sekian, cerita dari Aceh Tsunami Museum.
0 comments