Sambal Tomato Amie's Little Kitchen

5:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila dipujuk dan dirayu, akhirnya Amie mengalah. Akibat selalu bawa ubi rebus dan sambal tomato ke tempat kerja, kawan-kawan minta Amie jual sambal tomato! Aduhai.... bab jual-menjual ini memang kita lemah. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka, Amie masak sambal tomato tapi Amie tidak jual. Amie berikan saja kepada yang suka sangat makan sambal tomato hasil air tangan Amie.

Untuk tahan lebih lama, kena lebihkan minyak sewaktu memasak sambal tomato. Boleh buangkan minyaknya ketika hendak makan.

Ubi rebus yang selalu kita bawa ke tempat kerja. Sedap kalau makan dengan kelapa parut! Tapi makan dengan sambal tomato pun tidak kurang sedapnya.

Resipi sambal tomato ada di bawah ini:
Gambar-gambar di bawah ini merupakan bahan-bahan untuk memasak sambal tomato. Amie tidak gunakan sukatan khusus. Main campak-campak dan ikut gerak hati saja. Kalau hendak lebih pedas gunakanlah cili padi kampung sepenuhnya. Kalau tak mahu pedas, gunakan saja cili merah atau cili padi minyak dan lebihkan tomato. Tomato yang Amie gunakan ini lebih satu kilogram.

Bahan untuk memasak sambal tomato.

Oleh kerana tidak ada udang kering, Amie gantikan dengan udang geragau kering. Boleh gunakan belacan juga. Jika arlegik belacan, gantikan dengan ikan bilis yang dikisar halus.

Sambal tomato bertambah sedap kalau gunakan banyak bawang merah. Jika suka rasa masam sedikit, tambahkan asam keping atau pati asam jawa. Jadi, nanti lengkaplah rasa sambal tomato yang sempurna rasa masam, manis, masin dan pedas.

Cili padi minyak dan cili merah. Kalau boleh jangan kisar terlalu lama sehingga hancur lebur sebab kadang-kadang biji cili boleh menyebabkan sambal jadi pahit. Asalkan hancur macam kita nak buat sambal belacan, cukuplah. Nanti cili akan lebur juga sewaktu dimasak. Untuk menghasilkan sambal tomato yang sedap, kenalah masak gunakan api perlahan dan lama sedikit.

Gunakan tomato yang sudah masak ranum.

Tambahkan rasa manis dengan gula melaka.

Minyak masak kena sediakan lebih. Nanti kalau sudah masak dan sambal terbit minyak, bolehlah buangkan minyaknya.

15 comments

  1. Sedap ubi dengan sambal tomato ni. Alaa jauh nya kita, kalau dekat memang nak mintak jugak, mintak nak beli sebekas :)

    BalasPadam
  2. Boleh pos ke Malaya ke Kak Amie ahak!
    Nanti sy nak cuba buat, kebetulan ada stok udang geragau agak banyak...

    BalasPadam
  3. Hihihi.. dulu kwn2 kak amie mtk open order bubur kacang hijau.. skrg sambal tomato pulak.. alhamdulillah Allah bg sedap sampai semua suka

    BalasPadam
  4. memang sedap la lawankan dengan ubi kayu rebus tu kak

    BalasPadam
  5. sedap tu mkn ubi rebus panas2 cicah sambal tomato tu....biasa mkn ubi rebus yg cicah kelapa tu

    BalasPadam
  6. Memang sedap la makan dengan ubi kayu... nak pula makan time hujan.. hehe

    BalasPadam
  7. Banyaaaak rezeki kak Amie nanti, sering berbagi dengan rekan2. Terkadang saya sering ketemu teman seperti kak Amie. Kaka ipar saya pun seperti itu. Pintar memasak, enak2 masakannya. Tapi tiap kali saya bilang saya nak beli, dia tak nak jual, tapi bagi langsung. Tapi membuat saya kadang, jadi tak enak minta lagi 🤣. Padahal memang teringin sangat, tapi tahu kalo bilang begitu, dia tak mau jual.

    Makan gorengan dengan sambal, ini mirip kebiasaan orang2 di pulau Sulawesi. Mereka makan pisang goreng, ubi dengan sambal.

    Dulu saya tak terbayang rasanya Krn di Sumatera dan Jawa, itu sesuatu yg tak lazim. Tapi setelah coba sendiri, memang sedaaap 🤤❤️. Sejak itupun saya suka makan gorengan dengan sambal.

    BalasPadam
  8. Kita pun tak pandai berniaga. Kalau ada yang request bagi je buat ghaso-ghaso gitu. Confirm sedap sambal tomato kak Amie ni. Itu yang ramai minta jual. Tengok pun dah menyelerakan. Memang sedaplah ubi rebus cicah sambal tomato style Kak Amie ni.

    BalasPadam
  9. wadhhh kak kecurrr sy dibuatnyaaaaa
    dah laa x sarapan lagi niiiiii

    BalasPadam
  10. sambalnya bikin meneguk liur...mbul cobain ah recipenya

    BalasPadam
  11. mesti sedap nih! hehehe... rajin kak amie buatkan

    BalasPadam
  12. Sambal Tomato ALK ni kalau bergabung dengan Sambal Nyet KA....meletop ni...saya akan order siap-siap...hihihi

    BalasPadam
  13. ubi rebus dan sambal memang gandingan mengancam..

    BalasPadam
  14. pernah cuba buat tapi x menjadi...kena berguu dengan kak amie ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe