Dari Kampung Turki ke Makam Tengku Dibitay : Jejak Sejarah Acheh - Kesultanan Uthmaniyah

8:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung catatan perjalanan ke Acheh Oktober lalu. Selepas meninggalkan PTLD Apung 1 di sini : Kisah Kapal Tentera Laut Indonesia Dibawa Gelombang Tsunami Hingga ke Tengah Kampung!, Pak Arman membawa kami ke Kampung Turki. Bagaimana Kampung Turki boleh berada di Banda Acheh?

Sebenarnya sebelum jejak kaki ke Acheh, Amie tak sempat ulang kaji tentang Acheh dan sejarahnya. Jadi, sampai di sini agak terpinga-pinga jugalah apabila Pak Arman beritahu kami akan ke Kampung Turki. Apakah kampung tersebut sengaja diberi nama Kampung Turki atau ada kaitannya dengan negara Turki?


Ketika Acheh dilanda tsunami, banyak negara menghulur bantuan kemanusiaan termasuk negara kita. Tidak terkecuali negara Turki. Sumbangan Turki dalam tragedi Tsunami Acheh 2004 sangat besar dan antara negara yang paling konsisten membantu dari fasa kecemasan sehinggalah  proses pemulihan. Turki antara negara penyelamat dan negara penyumbang awal menghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan dan pasukan kesihatan melalui TIKA (Turkish Cooperation & Coordination Agency), Bulan Sabit Merah Turki, NGO Turki dan kerajaan.

Turki membina semula Kampung Turki (maksudnya sudah ada perkampungan Turki sebelum tragedi tsunami) antaranya membina perumahan tetap untuk mangsa tsunami dan bukan sekadar rumah sementara. Projek Perkampungan Turki di Acheh merupakan  simbol hubungan Acheh – Turki yang paling fizikal dan kekal selepas tsunami.

Turki turut membangunkan semula masjid, sekolah dan pusat komuniti. Sumbangan kewangan Turki ke Aceh  bukan level NGO kecil, tetapi level negara  yang melibatkan agensi kerajaan. Melalui misi bantuan kemanusiaan inilah yang mengembalikan hubungan sejarah Acheh – Turki yang diangkat semula setelah tragedi tsunami dan ini seakan membuka lembaran baharu hubungan Acheh – Turki.

Rupanya ada sejarah Ottoman ( Kesultanan Turki Uthmaniyah) yang dahulu pernah datang membantu Acheh, diulang semula dalam konteks dunia moden. Hal ini dikatakan sebagai mencipta sambungan dua era bantuan Turki kepada Acheh. Pada abad ke-16, Turki datang membawa bantuan perang dan teknologi meriam. Pada abad ke-21, Turki mengirim  bantuan bencana kemanusiaan global!

Dengan kata lain selepas tsunami 2004, Turki sekali lagi berdiri bersama Acheh seperti ratusan tahun lalu. Dari bantuan perubatan, makanan, dana pemulihan, membina perumahan, sekolah dan masjid  menunjukkan  Turki bukan sekadar simpati, tetapi hadir sebagai sahabat sejarah. Hubungan Acheh – Turki bukan hanya catatan lama kesultanan, tetapi kembali hidup selepas tsunami dalam bentuk bantuan nyata di bumi Acheh.

Allahu Akbar!


Kami melalui lorong-lorong di kawasan perumahan di Kampung Turki. Di bahagian hadapan setiap rumah yang dibina untuk mangsa tsunami mempunyai pengenalan bulan dan bintang sebagai lambang negara Turki.


Walaupun secara geografi Bitai bukan kawasan utama gelombang tsunami paling dahsyat seperti Lampulo, Ulee Lheue, Peunayong / Pemuka / Banda Acheh waterfront. Namun begitu Bitai tetap dalam zon Banda Acheh. Bitai juga turut terkesan dengan tsunami walaupun gelombang tsunami ke kawasan Bitai tidak sehancur kawasan pesisir depan. Ada bahagian rumah penduduk musnah, banyak rumah rosak, dan ada korban jiwa.

Ramai sukarelawan dan kumpulan - kumpulan antarabangsa singgah di Bitai selepas tsunami. Oleh kerana  makam di Bitai  itu  merupakan tapak sejarah antarabangsa, maka selepas tsunami media, NGO luar negara, para penyelidik, sejarawan dan pelawat antarabangsa banyak datang melihat dua tragedi  atau  dua timeline dunia dalam satu tempat:


Makam di Bitai @ Makam Dibitay itu merujuk kepada kawasan perkuburan para tentera Turki Uthmaniyah (Ottoman) yang datang ke Aceh kira-kira abad ke-16 untuk membantu Kesultanan Acheh ketika peperangan melawan Portugis dan kemudiannya Belanda.

Pada abad ke-16, Kesultanan Acheh Darussalam muncul sebagai sebuah kerajaan Islam yang kuat di utara Sumatera. Ketika itu, Portugis sudah menguasai Melaka dan mula mengancam kedudukan Acheh di Selat Melaka iaitu laluan penting perdagangan rempah dan dakwah Islam.

Sultan Acheh, Sultan Alauddin al-Qahhar, menyedari ancaman itu dan menghantar utusan ke Istanbul untuk memohon bantuan daripada Kerajaan Uthmaniyah (Ottoman Turki) yang merupakan  kuasa Islam terbesar di dunia waktu itu.

Seruan itu disambut dengan tangan terbuka. Dari tanah jauh di Anatolia, kapal-kapal Turki berlayar ke Lautan Hindi membawa meriam, senjata api, jurutera perang, dan beberapa tentera pakar. Mereka membantu membina kubu pertahanan dan melatih tentera Acheh menggunakan teknologi perang moden. Bantuan ini menjadikan Acheh lebih kuat. Walaupun tidak sepenuhnya mengalahkan Portugis, kerjasama itu menunjukkan semangat persaudaraan Islam merentasi benua.

Hubungan Acheh - Turki berterusan hingga abad-abad berikutnya dan bukan sekadar dalam perang, tetapi juga dalam bidang ilmu, agama dan budaya. Hingga hari ini, hubungan itu masih dikenang dari nama  Kampung Turki di Bitai.

Makan Tengki Di Bitay

Pada akhir abad ke-16, Acheh Darussalam berada di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah al-Mukammil (1589–1604 M). Zaman ini menyaksikan kesinambungan hubungan erat antara Kesultanan Acheh dan Kerajaan Uthmaniyah, dua kuasa Islam yang terletak jauh beribu batu, namun disatukan oleh semangat persaudaraan seagama.

Apabila Sultan Alauddin Riayat Syah al-Mukammil menaiki takhta, beliau meneruskan jalinan itu dengan penuh hormat. Acheh menghantar utusan dan hadiah diplomatik ke Istanbul, tanda menghargai peranan Turki sebagai pelindung dunia Islam. Pengaruh Turki turut terserlah dalam teknologi ketenteraan Acheh, seni bina, dan penyebaran ilmu keagamaan. Zaman pemerintahannya memperlihatkan Acheh semakin kukuh sebagai Serambi Makkah, bukan sahaja pusat perdagangan dan politik, tetapi juga mercu kebangkitan Islam di Asia Tenggara. 


Makam Tengku Di Bitay ialah tapak perkuburan tentera Turki Uthmaniyah yang datang ke Acheh membantu perang menentang Portugis. Di sini juga terdapat makam ulama Turki. Ia menjadi bukti hubungan Kesultanan Acheh dengan kuasa besar dunia pada abad ke-16. Bentuk batu nisannya sendiri memiliki identiti gaya Turki yang membuktikan sejarah hubungan global Acheh pada zamannya.




Apa yang ada di kawasan makam? Batu nisan berbentuk Uthmaniyah tradisi Turki berbeza dengan batu nisan Melayu Aceh biasa.










Terdapat lebih kurang 300 buah kubur di sini.




Nun di hujung sana terdapat sebuah muzium kecil yang mendokumentasikan sejarah kedatangan ulama dan tentera dari Kerajaan Uthmaniyah (Turki) ke Aceh. Beberapa perkara yang boleh dilihat di muzium tersebut:
  • Informasi sejarah tentang kedatangan pasukan dan ulama Turki ke Aceh, termasuk tokoh seperti Muthalib Ghazi bin Mustafa Ghazi  yang dikenali sebagai Tengku Di Bitay.
  • Replika kapal yang membawa rombongan Turki ke Acheh. 
  • Silsilah keturunan Turki-Acheh yang menetap di Bitai. 
  • Beberapa nisan makam berukir batu berbentuk segi-lapan yang menunjukkan unsur Turki-Acheh.



Sepanjang kami berada di Makam Tengku Di Bitay, hujan turun renyai-renyai tanpa henti sehinggalah kami meninggalkan tempat ini. Di dalam muzium, Amie tidak dapat ambil banyak gambar disebabkan bangunan kecil tersebut dimasuki air.


Kompleks Masjid Tengku Di Bitay.


Sebelum tragedi tsunami, ramai pelancong biasa tidak tahu tentang Makam Tengku Di Bitay ini. Selepas tsunami apabila Acheh mula mendokumentasikan warisan, banyak tapak sejarah diangkat semula termasuk Makam Tengku Di Bitay. Banyak buku, dokumentari dan kajian akademik mula menyentuh semula hubungan Acheh – Turki.

Tsunami 2004 bukan saja merosakkan Banda Acheh, tetapi juga membuka kembali ingatan sejarah dunia di Acheh. Makam Tengku Di Bitay menjadi simbol dua kisah besar iaitu peperangan Acheh bersama bantuan Ottoman pada abad ke-16, dan tragedi tsunami abad ke-21. Hal ini merupakan dua  peristiwa global yang jauh jaraknya tetapi bertemu dalam satu tanah yang sama.

Bergambar kenangan bersama Azimah dan adik-adiknya.

Azimah bekerja sebagai penjaga dan juru kunci makam‑makam di kompleks Makam Tengku Di Bitay, bersama suaminya. Beliau mengaku berketurunan Turki‑Acheh iaitu keturunan orang Turki yang datang ke Acheh dan keluarganya telah tinggal di situ. Amanah penjagaan makam itu diwariskan dari bapanya yang lebih dulu menjaga kompleks tersebut. Beliau menguruskan tugas‑membersihkan makam, memandu pengunjung, menjaga muzium kecil di kompleks tersebut, dan menjaga makam agar tetap terpelihara. 

Terima kasih Azimah yang sempat 'membaca sifat' kami melalui nama. Katanya Nano dan Kam bersifat seperti puting beliung manakala Amie dan Jai seperti burung merak.... ahaks! 

1 comments

  1. Eh, uncle terlepas la tentang Kampung Turki ni... Takde siapa cerita kat uncle masa kat sana.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe