Resipi Bunga dan Pucuk Betik Tumis
7:01 PTGAgak lama juga tidak masak lauk sepahit bunga dan pucuk betik. Kebetulan pergi ke Pasar Tani LD hari Ahad lepas, terjumpa yang pahit-pahit ini. Kalau keluarga Encik Suami memang suka masak sayur lodeh. Sayur lodeh mereka tak sama dengan sayur lodeh kita. Sayur lodeh orang Melayu Cocos terdiri dari campuran pucuk ubi, pucuk betik dan juga jantung pisang. Perencah lodeh mereka daripada cili kering ditambah ketumbar biji. Apabila dimaska bersama santan, timbullah aroma yang enak! Pada mulanya Amie ragu-ragu untuk mencubanya kerana ada pucuk dan bunga betik. Sekali Amie cuba, tidak ada rasa pahit langsung!
Sepinggan nasi dengan lauk ikan goreng dengan sayur Bunga dan Pucuk Betik Tumis. |
Bahan-bahan:
- Pucuk betik - ambil 5 helai daun betik dari tangkai muda - hiris nipis - tambahkan 1 sudu garam - ramas-ramas hingga berair - bilas - perah airnya
- Tangkai betik muda di kupas kulit - hiris ikut citarasa
- 300 gram bunga betik
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan
- 10 tangkai cili padi - hiris
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 1 labu bawang besar - hiris
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- Celur bunga betik dan hirisan batang betik muda hingga lembut - toskan airnya.
- Panaskan minyak.
- Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar hingga layu kekuningan.
- Masukkan udang kering dan hirisan cili padi. Tumis hingga terbut aroma.
- Masukkan bunga betik, hirisan batang betik muda dan hirisan daun betik.
- Gaul rata dan biarkan seketika.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Bismillah. |
14 comments
Aduiii sedapnya nampak lauk bunga betik ni walaupun belum pernah makan bunga betik ni.
BalasPadamTumis tak pernah makan lagi. Kalau celur dah pernah makan.
BalasPadamBunga betik ditempat kami dibuat kerabu Kak Amie. Sedap wpun pahit2 gitu
BalasPadamKalau ditempat saya, bunga betik dijadikan kerabu. Sedap rasanya pahit2 gitu
BalasPadamSaya dah dibiasakan makan sayuran pahit sejak kecil. Kata mama supaya kulitnya bagus 😄. Ntah betul atau tidak, tapi saya memang menjaga sangat kulit . Krn nya semua makanan pahit sekalipun asalkan ada benefit ke kulit saya pasti coba 😁😄.
BalasPadamMakanya terbiasa dengan makanan pahit seperti bunga pepaya ini, atau pare. 😍. Cara supaya makin sedap, biasanya dimasak pedas. JD pahitnya bisa tersamar
Biasa makan pucuk betik celur.. bunganya belum pernah try masak. Kadang bunganya jatuh bertaburan atas tanah. Lepas ni nak pesan kat mak lah, petik bunga betik tu.
BalasPadamSayur pahit ni walaupun pahit, ia masih ada rasa manis² kan, Kak Amie. Kalau hempedu tu, pahit tak boleh ditelan. Tak pernah makan hempedu tapi kadang ia pecah kena kat hati ayam tu la terus rasa pahit dan tak sedap hatinya.
BalasPadamKalau Mak Lang SA dia suka buat lawar bunga betik...kadang buat kerabu jugak...kena makan dengan nasi panas- panas..lepas tu kan...nasi bertambah...
BalasPadambetullah tu, makanan yg pahit nilah yg bagus. cuma lidah kita je boleh terima atau tak hehe
BalasPadamnak makan ikan goreng jelah. sayur tu taknak :p
Cantiknyer nasi nampak sebiji sebiji
BalasPadambelum pernah ammi rasa lauk pucuk dan bunga betik ni.
BalasPadamDana tak pernah makan sayur gini kak... pernahla dulu makan bunganya pahit nya ya ampun
BalasPadamKat sini payah betul nak jumpa jualan pucuk betik..apatah lagi bunganya
BalasPadamJuadah dah lengkap, tersusun indah dan cantik..subahanallah..negeri kita kaya dengan makanan kan..kasihan di Gaza..semoga Gaza kembali merdeka..
BalasPadam