Resipi Bunga dan Pucuk Betik Tumis

7:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi sempat masak di dapur sendiri. Goreng ikan dengan sayur Bunga dan Pucuk Betik Tumis. Walaupun sayurnya pahit tetapi itulah yang digemari Encik Suami. Katanya, yang pahit itulah ubat. Amie setuju. Sudah usia remang-remang senja, eloklah lebihkan yang pahit berbanding yang manis... ahaks!

Agak lama juga tidak masak lauk sepahit bunga dan pucuk betik. Kebetulan pergi ke Pasar Tani LD hari Ahad lepas, terjumpa yang pahit-pahit ini. Kalau keluarga Encik Suami memang suka masak sayur lodeh. Sayur lodeh mereka tak sama dengan sayur lodeh kita. Sayur lodeh orang Melayu Cocos terdiri dari campuran pucuk ubi, pucuk betik dan juga jantung pisang. Perencah lodeh mereka daripada cili kering ditambah ketumbar biji. Apabila dimaska bersama santan, timbullah aroma yang enak! Pada mulanya Amie ragu-ragu untuk mencubanya kerana ada pucuk dan bunga betik. Sekali Amie cuba, tidak ada rasa pahit langsung! 

Walau bagaimanapun, Bunga dan Pucuk Betik Tumis yang Amie oleh petang tadi sudah semestinya ada rasa pahit, tapi tidak sepahit hempedu.

Sepinggan nasi dengan lauk ikan goreng dengan sayur Bunga dan Pucuk Betik Tumis.


Resipi Bunga dan Pucuk Betik Tumis
Bahan-bahan:
  • Pucuk betik - ambil 5 helai daun betik dari tangkai muda - hiris nipis - tambahkan 1 sudu garam - ramas-ramas hingga berair - bilas - perah airnya
  • Tangkai betik muda di kupas kulit - hiris ikut citarasa
  • 300 gram bunga betik
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan
  • 10 tangkai cili padi - hiris
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Celur bunga betik dan hirisan batang betik muda hingga lembut - toskan airnya.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar hingga layu kekuningan.
  4. Masukkan udang kering dan hirisan cili padi. Tumis hingga terbut aroma.
  5. Masukkan bunga betik, hirisan batang betik muda dan hirisan daun betik.
  6. Gaul rata dan biarkan seketika.
  7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  8. Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Jika suka sebelum padamkan api dapur, boleh campakkan beberapa biji cili padi. Untuk tambah pedas, bolehlah picit cili padi sewaktu makan.

Bismillah.


14 comments

  1. Aduiii sedapnya nampak lauk bunga betik ni walaupun belum pernah makan bunga betik ni.

    BalasPadam
  2. Tumis tak pernah makan lagi. Kalau celur dah pernah makan.

    BalasPadam
  3. Bunga betik ditempat kami dibuat kerabu Kak Amie. Sedap wpun pahit2 gitu

    BalasPadam
  4. Kalau ditempat saya, bunga betik dijadikan kerabu. Sedap rasanya pahit2 gitu

    BalasPadam
  5. Saya dah dibiasakan makan sayuran pahit sejak kecil. Kata mama supaya kulitnya bagus 😄. Ntah betul atau tidak, tapi saya memang menjaga sangat kulit . Krn nya semua makanan pahit sekalipun asalkan ada benefit ke kulit saya pasti coba 😁😄.

    Makanya terbiasa dengan makanan pahit seperti bunga pepaya ini, atau pare. 😍. Cara supaya makin sedap, biasanya dimasak pedas. JD pahitnya bisa tersamar

    BalasPadam
  6. Biasa makan pucuk betik celur.. bunganya belum pernah try masak. Kadang bunganya jatuh bertaburan atas tanah. Lepas ni nak pesan kat mak lah, petik bunga betik tu.

    BalasPadam
  7. Sayur pahit ni walaupun pahit, ia masih ada rasa manis² kan, Kak Amie. Kalau hempedu tu, pahit tak boleh ditelan. Tak pernah makan hempedu tapi kadang ia pecah kena kat hati ayam tu la terus rasa pahit dan tak sedap hatinya.

    BalasPadam
  8. Kalau Mak Lang SA dia suka buat lawar bunga betik...kadang buat kerabu jugak...kena makan dengan nasi panas- panas..lepas tu kan...nasi bertambah...

    BalasPadam
  9. betullah tu, makanan yg pahit nilah yg bagus. cuma lidah kita je boleh terima atau tak hehe
    nak makan ikan goreng jelah. sayur tu taknak :p

    BalasPadam
  10. Cantiknyer nasi nampak sebiji sebiji

    BalasPadam
  11. belum pernah ammi rasa lauk pucuk dan bunga betik ni.

    BalasPadam
  12. Dana tak pernah makan sayur gini kak... pernahla dulu makan bunganya pahit nya ya ampun

    BalasPadam
  13. Kat sini payah betul nak jumpa jualan pucuk betik..apatah lagi bunganya

    BalasPadam
  14. Juadah dah lengkap, tersusun indah dan cantik..subahanallah..negeri kita kaya dengan makanan kan..kasihan di Gaza..semoga Gaza kembali merdeka..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe