Makan Roti Kahwin Telur Setengah Masak Dan Lain-Lain

9:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi hendak makan yang ringan-ringan saja. Bukan tidak lapar tapi kurang selera hendak makan. Mungkin agak letih. Maklumlah, perlu masa dan tenaga melaksanakan kelas tambahan untuk calon SPM. Lima calon dalam kelas kita pula lemah 3M, terpaksa masuk kelas PROBIM setiap hari selepas tamat sesi persekolahan di waktu pagi. Macamanalah hendak jawab soalan SPM? Inilah kesan Akta Pendidikan 1996, 11 tahun wajib belajar tanpa melalui ujian dan diakhiri dengan SPM. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu supaya didengari rayuan kembalikan UPSR dan PT3? Aduhai... botak kepala kita memikirkan apabila terpaksa capai KPI ladang! 

Lupakanlah hal yang tak akan ada penghujungnya itu. Kita isi perut dahulu.

Kami cari makan di I Peak. Amie hendak makan Roti Kahwin dengan Telur Setengah Masak sahaja. Maklumlah, hari menjelang petang. Kiranya sebagai minum petanglah walaupun belum makan tengah hari. Sedap betul makan roti putih bakar disapu kaya dan mentega. Gabungan manis kaya dan savuri mentega menghasilkan kombinasi rasa yang sempurna.

Amie - Roti Kahwin & Telur Setengah Masak

Iced Lemon Thai Red Tea

Sementara menunggu pesanan tiba di meja, kami makan kek Tiramisu dahulu. Keseluruhan rasanya memang sesuai dengan tekak kami.  Sempurna namanya sebagai Tiramisu Cake dengan gabungan manis-manis manja, pahit dan lembut berkrim.

Roti Kahwin

Half Boiled Egg

Encik Suami - Smoked Duck Rice Bowl

Smoked Duck Rice Bowl

Untuk menu Smoked Duck Rice Bowl ini pelanggan boleh pilih lauk lain selain nasi putih atau nasi beras perang dan ayam atau itik salai.  Dalam mangkuk ini ada kulit wantan, kacang edamame, baby octopus dan serpihan ikan kering katsoubushi. Encik Suami sudah tentulah lebih sukakan itik berbanding ayam.

Beeftatoes Taco Cheese

Setakat makan Roti Kahwin dan Telur Setengah Masak tidaklah mengenyangkan! Amie tambah pesanan Beeftatoes Taco Cheese. Comel jew saiznya tapi menambah rasa kenyang sebab roti kahwin sudah menunggu dalam perut!


Beeftatoes Taco Cheese

Beeftatoes Taco Cheese yang kecil comel ini dibungkus dengan roti tortilla dan berinti daging cincang bersama kentang lenyek berlapik daun salad. Keju yang mencair menjadikan rasanya lebih sempurna!

Inilah pilihan makanan kami untuk makan hari ini. Hendak kata makan tengah hari, sudah lewat pula. Hendak kata minum petang seperti hidangan berat tapi separuh ringan pula.

Apa pun, syurkur Alhamdulillah dapat isi perut seadanya. 

14 comments

  1. Adui..yang perenggan pertama tu, Linda yang bukan cikgu nie pun stress..anak² tenang lain macam..sebab takde periksa besar..ibu yang libang libu ..

    Walaupun nampak ringan2 makanan nya..tp dah banyak² gitu, kenyang juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seram memikirkan Gen-Z sekarang ini.
      Sistem pendidikan hari ini sangat jauh bezanya dengan zaman sebelumnya. Dan rupanya sangat mempengaruhi perkembangan Gen-Z.

      Padam
  2. Di sini pun sempat ujian akhir untuk sekolah dasar klas 6 dan junior high school dihapuskan , diganti dengan ujian akhir saat senior high school . Tapi memang macam tak sesuai kak.

    Akhirnya yg saya baca, akan dikembalikan lagi ujian akhir untuk sekolah dasar dan high school.

    Rice bowl dengan smoked duck nya saya drooling sangat. Memang kliatan juicy bebek nya 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sini sudah bertahun-tahun guru dan ibu bapa menyuarakan kesan negatif apabila dihapuskan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Namun jawapannya, kajian akan dibuat tanpa ada apa-apa penyelesaian.
      Itulah antara hasilnya, masih ada yang tidak boleh membaca dan menulis walaupun sudah berada di peringkat menengah atas. Tiba-tiba wajib ambil peperiksaan SPM pula!

      Padam
  3. Sedapnya tiramisu cake. Betul la tu sistem pendidikan sekarang carca marba je tak macam dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian generasi hari ini. Hala tuju pendidikan tidak jelas.

      Padam
  4. Kesian budak-budak sekarang kan. Kalau tak silap dulu ada kempen 3M untuk budak sekolah rendah. Kalau dah sampai SPM emm siannya. Semuga Allah permudahkan urusan ladang amie. Telur separuh masak peberet. Ingatkan buat sarapan rupanya sarapan waktu petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang saya menyalahkan diri sendiri sebab tidak tercapai objektif PdP. Kita sambut murid yang lemah 3M, sedangkan kita perlu melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan sukatan pelajaran menengah atas untuk SPM.

      Padam
  5. lapar SA tengok semuanya...dahla blom sarapan..sedapnya...ok la..nak cari sarapan...

    BalasPadam
  6. Ammi biasanya kalau makan wrap mesti terasa kenyang tu panjang.

    Risaukan ada anak-anak yang masih lemah membaca, menulis, mengira ni. Kyra adalah batch pertama SPM tahun ini tanpa sebarang peperiksaan besar. Kasihan anak-anak batch 08 ni. Dahlah singkat waktu persekolahan mereka. Semoga berjaya.

    Untuk anak bongsu ni bermula awal bulan Sept haritu ammi suruh dia salin semula karangan daripada buku contoh karangan (1 karangan bahagian B, dan 1 bahagian C). Sekurang-kurangnya ammi harap bila salin semula tu dia dapat serap sikit idea dan isi setiap tajuk tu.

    BalasPadam
  7. Anak saya SPM tahun ni. tapi kalau baca karangan dia, mak geleng kepala. Terlalu malas memerah idea. Memang ada hari yang kita rasa malas nak makan nasi. Rasa nak makan benda lain selain nasi dan mi

    BalasPadam
  8. saya sebagai genZ yg sempat merasai UPSR dan PMR pun tak setuju bila kementerian hapuskan kedua-dua exam besar tu. bila takde exam besar, budak2 dah takde rasa pressure, belajar main-main, critical thinking pun kurang.

    sedapnya semua makanan, especially duck bowl tu!

    BalasPadam
  9. Seingat saya sekolah rendah sudah patut menguasai 3M kan.. kalau dah sampai SPM belum menguasai, parah juga lah. Agak²nya berapalah statistik pelajar yang masih belum menguasai 3M diperingkat SPM nanti. Kasihan juga pada mereka ini.. banyak pihak yang terlibat.. pelajar, ibubapa, guru dan sistem pendidikan itu sendiri.

    BalasPadam
  10. Smoked Duck Rice Bowl & Tiramisu menambat mata....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe