Makan Roti Kahwin Telur Setengah Masak Dan Lain-Lain
9:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi hendak makan yang ringan-ringan saja. Bukan tidak lapar tapi kurang selera hendak makan. Mungkin agak letih. Maklumlah, perlu masa dan tenaga melaksanakan kelas tambahan untuk calon SPM. Lima calon dalam kelas kita pula lemah 3M, terpaksa masuk kelas PROBIM setiap hari selepas tamat sesi persekolahan di waktu pagi. Macamanalah hendak jawab soalan SPM? Inilah kesan Akta Pendidikan 1996, 11 tahun wajib belajar tanpa melalui ujian dan diakhiri dengan SPM. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu supaya didengari rayuan kembalikan UPSR dan PT3? Aduhai... botak kepala kita memikirkan apabila terpaksa capai KPI ladang!
Lupakanlah hal yang tak akan ada penghujungnya itu. Kita isi perut dahulu.
Kami cari makan di I Peak. Amie hendak makan Roti Kahwin dengan Telur Setengah Masak sahaja. Maklumlah, hari menjelang petang. Kiranya sebagai minum petanglah walaupun belum makan tengah hari. Sedap betul makan roti putih bakar disapu kaya dan mentega. Gabungan manis kaya dan savuri mentega menghasilkan kombinasi rasa yang sempurna.
Amie - Roti Kahwin & Telur Setengah Masak |
Iced Lemon Thai Red Tea |
Sementara menunggu pesanan tiba di meja, kami makan kek Tiramisu dahulu. Keseluruhan rasanya memang sesuai dengan tekak kami. Sempurna namanya sebagai Tiramisu Cake dengan gabungan manis-manis manja, pahit dan lembut berkrim.
Roti Kahwin |
Half Boiled Egg |
Encik Suami - Smoked Duck Rice Bowl |
Smoked Duck Rice Bowl |
Untuk menu Smoked Duck Rice Bowl ini pelanggan boleh pilih lauk lain selain nasi putih atau nasi beras perang dan ayam atau itik salai. Dalam mangkuk ini ada kulit wantan, kacang edamame, baby octopus dan serpihan ikan kering katsoubushi. Encik Suami sudah tentulah lebih sukakan itik berbanding ayam.
Beeftatoes Taco Cheese |
Setakat makan Roti Kahwin dan Telur Setengah Masak tidaklah mengenyangkan! Amie tambah pesanan Beeftatoes Taco Cheese. Comel jew saiznya tapi menambah rasa kenyang sebab roti kahwin sudah menunggu dalam perut!
Beeftatoes Taco Cheese |
Inilah pilihan makanan kami untuk makan hari ini. Hendak kata makan tengah hari, sudah lewat pula. Hendak kata minum petang seperti hidangan berat tapi separuh ringan pula.
Apa pun, syurkur Alhamdulillah dapat isi perut seadanya.
14 comments
Adui..yang perenggan pertama tu, Linda yang bukan cikgu nie pun stress..anak² tenang lain macam..sebab takde periksa besar..ibu yang libang libu ..
BalasPadamWalaupun nampak ringan2 makanan nya..tp dah banyak² gitu, kenyang juga
Seram memikirkan Gen-Z sekarang ini.
PadamSistem pendidikan hari ini sangat jauh bezanya dengan zaman sebelumnya. Dan rupanya sangat mempengaruhi perkembangan Gen-Z.
Di sini pun sempat ujian akhir untuk sekolah dasar klas 6 dan junior high school dihapuskan , diganti dengan ujian akhir saat senior high school . Tapi memang macam tak sesuai kak.
BalasPadamAkhirnya yg saya baca, akan dikembalikan lagi ujian akhir untuk sekolah dasar dan high school.
Rice bowl dengan smoked duck nya saya drooling sangat. Memang kliatan juicy bebek nya 😍😍
Di sini sudah bertahun-tahun guru dan ibu bapa menyuarakan kesan negatif apabila dihapuskan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Namun jawapannya, kajian akan dibuat tanpa ada apa-apa penyelesaian.
PadamItulah antara hasilnya, masih ada yang tidak boleh membaca dan menulis walaupun sudah berada di peringkat menengah atas. Tiba-tiba wajib ambil peperiksaan SPM pula!
Sedapnya tiramisu cake. Betul la tu sistem pendidikan sekarang carca marba je tak macam dulu.
BalasPadamKesian generasi hari ini. Hala tuju pendidikan tidak jelas.
PadamKesian budak-budak sekarang kan. Kalau tak silap dulu ada kempen 3M untuk budak sekolah rendah. Kalau dah sampai SPM emm siannya. Semuga Allah permudahkan urusan ladang amie. Telur separuh masak peberet. Ingatkan buat sarapan rupanya sarapan waktu petang.
BalasPadamKadang-kadang saya menyalahkan diri sendiri sebab tidak tercapai objektif PdP. Kita sambut murid yang lemah 3M, sedangkan kita perlu melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan sukatan pelajaran menengah atas untuk SPM.
Padamlapar SA tengok semuanya...dahla blom sarapan..sedapnya...ok la..nak cari sarapan...
BalasPadamAmmi biasanya kalau makan wrap mesti terasa kenyang tu panjang.
BalasPadamRisaukan ada anak-anak yang masih lemah membaca, menulis, mengira ni. Kyra adalah batch pertama SPM tahun ini tanpa sebarang peperiksaan besar. Kasihan anak-anak batch 08 ni. Dahlah singkat waktu persekolahan mereka. Semoga berjaya.
Untuk anak bongsu ni bermula awal bulan Sept haritu ammi suruh dia salin semula karangan daripada buku contoh karangan (1 karangan bahagian B, dan 1 bahagian C). Sekurang-kurangnya ammi harap bila salin semula tu dia dapat serap sikit idea dan isi setiap tajuk tu.
Anak saya SPM tahun ni. tapi kalau baca karangan dia, mak geleng kepala. Terlalu malas memerah idea. Memang ada hari yang kita rasa malas nak makan nasi. Rasa nak makan benda lain selain nasi dan mi
BalasPadamsaya sebagai genZ yg sempat merasai UPSR dan PMR pun tak setuju bila kementerian hapuskan kedua-dua exam besar tu. bila takde exam besar, budak2 dah takde rasa pressure, belajar main-main, critical thinking pun kurang.
BalasPadamsedapnya semua makanan, especially duck bowl tu!
Seingat saya sekolah rendah sudah patut menguasai 3M kan.. kalau dah sampai SPM belum menguasai, parah juga lah. Agak²nya berapalah statistik pelajar yang masih belum menguasai 3M diperingkat SPM nanti. Kasihan juga pada mereka ini.. banyak pihak yang terlibat.. pelajar, ibubapa, guru dan sistem pendidikan itu sendiri.
BalasPadamSmoked Duck Rice Bowl & Tiramisu menambat mata....
BalasPadam