Jalan-Jalan Cari Jeruk : Masin, Manis, Asam yang Mengikat Selera
10:58 PGSetiap kali berjalan di pasar atau singgah di gerai kecil tepi jalan, balang-balang besar berisi jeruk berwarna-warni memang cepat menarik perhatian. Dari jeruk mangga yang masam manis, hingga jeruk kedondong yang buat air liur meleleh, semuanya seakan mengajak kita berhenti sebentar dan menikmati rasa tradisi yang tak lekang dek zaman.
Waktu kecil dahulu setiap kali menjelang hari raya memang penuhlah meja dengan hidangan jeruk dan halwa buah-buahan hasil air tangan emak kita. Bukan di rumah sendiri, di rumah jiran dan orang kampung pun banyak hidangkan jeruk dan halwa selain kuih-muih dan kerepek. Aduhai.... nostalgia sungguh!
Tergoda tak melihat gambar jeruk buah-buahan di bawah ini?
Jeruk Buah-Buahan |
Jeruk Sengkuang |
Jeruk Kolang- Kaling & Bawang Putih |
Jeruk Buah Salak |
Jeruk Mangga |
Tak boleh renung lama-lama. Kecur bah! |
16 comments
Umangaiii lama betul kak Amie pram gambar ni. hihi...
BalasPadamYang bentuk selabu bawang putih dan ulas ulas bawang putih (kolang kaling) tu je tak pernah makan. Teringat pulak halwa betik makngah saya buat. Asal nak raya mesti dia buat. Kami sekeluarga pula buat halwa buat kabung/beluluk.Ada orang campur dengan sirap. Mana-mana pun sedap.
Saya ingatkan putih tu buah beluluk, rupanya bawang putih.
Betullah kak Amie, kalau tengok jeruk begini mesti teringat Jeruk Madu Pak Ali. Tengok sekali pun dah buat kecur, apatah lagi direnung lama-lama. hihi...
Jeruk bawang putih tu dana tak makan gitu je kak, biasa makan dengan ns kerabu hehehe... dah macam kolang kaling dah dia kan. Dana dulu suka beli jeruk campur-campur yang dekat aeon tu kak... kalau main cedok tak ingat dunia sekali bayar rm30 naya hahahha
BalasPadamaishhhhh dugaan apakah ini?
BalasPadamMasa kecil dulu ammi dan adik beradik tak dibenarkan makan jeruk. Arwah ayah mmg anti betul dengan any kind of pickles, jajan. Tp bila disekolah kita belilah juga curi2...masa tu org tu jual jeruk kulit mangga je pun. Kulit mangga pun boleh jadi duit.
Sama lah ngilu, tapi buah naga tu makanan kesukaan pula..hehehe
BalasPadamSambil tengok gambar jeruk ni tertelan air liur. Aduhhhh....
BalasPadamtika dulu2 semua jeruk makan la ni kalau cuba sakit perut
BalasPadamKecur air liur tengok pelbagai jenis jeruk tu Kak Amie 🤤
BalasPadamHahahahahah pas baca paragraf awal, dah bayangkan aneka jeruk 🍊. Saya lupa kalau jeruk di sini maknanya manisan 😄.
BalasPadamSaya sukaaaaa.... Di dekat Medan ada kedai manisan buah yg terkenal. Bukan cuma buah yg dibuat jeruk, tapi juga cabe merah besar, pala atau nutmeg...
Manisan pala ini yg saya tak sanggub makan hahahah. Aneh rasanya.
Fav saya manisan salak dan mangga.
Kalau jeruk² tu rasa rangup...lagi sedap...
BalasPadamBaru2 ni anak buah pi Penang bawak balik jeruk pak ali. Sedap lama tak makan.
BalasPadamDulu peberet sekarang buat raso-raso je tak boleh makan sampai habis. Perut dah season. hehehe
BalasPadamIngat dulu kalau asam-asam ni buat hidangan raya memang cepat laku.
BalasPadamjeruk mangga paling saya suka!
BalasPadamSA ingat lagi..SA pencinta jeruk...dulu pantang jumpa jeruk mesti nak beli...tapi sejak usia dah meningkat ni dan apa yang SA suka dulu dah jarang SA sentuh...jeruk2 ni la...lama dah SA x makan jeruk...sedapnya..suka jeruk mangg, kedondong dan sengkuang tu....jeruk betik pun sedap
BalasPadamNasiblah kamu si jeruk... betul² dijeruk²kan dalam galeri HP😆
BalasPadamBetullah... masa zaman kecik² nak makan jeruk masa raya... sekarang nak makan tiap² hari pun boleh.
Masa kecik makan jeruk dengan air jeruk tu sekali. Mungkinkah kena gastrik sebab itu.
BalasPadam