Berkenalan dengan Patulakan : Kuih Tradisional Masyarakat Bajau / Suluk
10:17 PGBismillahirrahmanirahim.
Pernah dengar nama kuih patulakan?
Pertama kali Amie dengar dan lihat sewaktu sedang makan-makan di tepi laut, seorang rakan memperkenalkan kuih tersebut tetapi dengan sebutan yang berbeza iaitu pitulakan. Ada yang sebut patulakan juga : Di Bawah Bulan Mengambang
Patulakan ialah sejenis kuih tradisional dari Sabah, khususnya terkenal dalam komuniti Bajau / Suluk di pantai-pantai timur seperti Semporna, Tawau dan kawasan sekitarnya. Kuih patulakan ini biasanya dihidang dalam majlis keluarga, kenduri atau perayaan dalam komuniti tempatan.
Bahan asas biasanya tepung beras (atau tepung pulut), kelapa parut dan santan pekat dan gula. Kali pertama makan patulakan, Amie jumpa versi putih. Kali kedua, jumpa versi warna coklat pula, bermakna adunannya menggunakan gula merah.
Kuih Patulakan yang sudah dipotong-potong. |
Kuih Patulakan |
15 comments
Seingatnya, ini pertama kali saya tahu dan lihat kuih patulakan. Sekali tengok macam bentuk lemang.
BalasPadamskali tgk mcm guna melaka
BalasPadamfirst time tengok ni.. sekali tengok macam lepat ubi kayu.. insyaAllah..jika akhir tahun ni saya jadi ke sabah ..saya cuba cari
BalasPadammacam dodol keras ke kak?
BalasPadamtak pernah pula linda tahu kak Amie..pertama kali nie
BalasPadamkuih tradisi bajau nampak macam lepat liat
BalasPadamKalau tengok bahannya, macam kuih kacau yang arwah tok pernah buat tapi tak digulung sebegini. Bestnya macam2 ada makanan traditional di sana.
BalasPadamPengeeeeen ❤️❤️. Kue2 tradisional begini, selalu buat saya tertarik. Lebih sehat, Krn rata2 tidak digoreng . Membuatnya pun tidak mudah. Dan kalau dibungkus daun begini, biasa aromanya lebih wangi
BalasPadamMacam lepat pun ada tapi ia digulung.
BalasPadamEh eh, macam pernah jumpa kuih ni masa jalan² naik kapal terbang. Tapi tak tahu nama masa tu. Sekali pandang macam lepat liut.
BalasPadamDah macam lemang tepung plak Kak Amie...
BalasPadammacam gula melaka pula warnanya.
BalasPadammesti ada rasa sticky2 manis
nampak macam lepat ubi kayu pula teksturnya
BalasPadamSRupa seakanan kuih Tepung Torak tapi pastinya ada perbezaan rasa..Kalau jumpa kuih pelik-pelik ni memang akan beli dan rasa..
BalasPadamKreatif sekali..pasti rasapun tak mengecewakan..begitu kuih tradisi bajau suluk..baru juga saya tahu jenis kuih patulakan..
BalasPadam