Di Bawah Bulan Mengambang

6:03 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar sambungan catatan kenang-kenangan cerita yang sudah berlalu sepurnama nan lalu! Ketika ini masih bulan Syawal. Selepas beraya di rumah Jusna di Felda Anjung Teduh, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Labian menuju ke Homestay Tanjung Seri. Homestay ini terletak berhadapan dengan pantai.

Rakan-rakan sangat teruja berada di pantai. Menjelang malam suasana bertambah meriah. Kami berBBQ, dan ada rakan-rakan yang berkaraoke. Arang dibakar pada sebelah petang, dan tidak sabar-sabar untuk bakar udang, sosej, ikan dan sayap ayam. Kami beli ikan dan udang di Makuau (gerai jual ikan yang kami temui dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Tungku). Nampaknya tidak ada banyak pilihan makanan laut yang dapat dibeli selain udang dan ikan basung serta ikan lumahan sahaja.

Bulan bersinar terang, di pagar bintang di langit malam.



Memanggang @ membakar udang sebelum malam menjelma.







Menjelang waktu maghrib kami kembali semula ke homestay untuk tunaikan solat dan kemudian menyambung BBQ di tepi pantai.


Bimbang dikerumuni nyamuk, ada yang rajin membuat unggun api untuk menghalau nyamuk. 


Wajah-wajah yang kekenyangan makan di tepi pantai!
Pada masa ini kami dapat saksikan beberapa orang penduduk kampung menuju ke laut dengan membawa lampu suluh. Menurut Cikgu Ahmad, mereka membujak (cara memburu) ikan. Sayangnya tidak dapat ambil gambar kerana mereka berada di dalam air laut.


Nampaknya malam itu kami bukan sahaja menikmati makanan yang dipanggang tetapi ada makanan lain seperti buras dan ayam masak lengkuas. Cikgu Ahmad perkenalkan satu makanan tradisi Bajau iaitu pitulakan.

Kuih pitulakan diperbuat daripada tepung beras dengan kelapa parut dan santan kelapa pekat. 


Ombak terus menghempas di pantai.
Rasa sangat nyaman menikmati tiupan angin laut yang dingin.
Kami habiskan  memanggang ikan lumahan dan ikan basung. 
Lebihan nasi kami simpan, dan akan digoreng keesokan paginya untuk sarapan.

Kami bermalam di Homestay Tanjung Seri.

Kawan-kawan yang lain masih berkaraoke. Amie, Sue, Nano dan Jusna balik ke homestay. Kami sewa sebuah homestay untuk empat orang. Kavvy, Gee, Sinar dan Misa di sebelah kanan kami manakala Kam sekeluarga di sebelah kiri homestay kami.  
Walaupun rasa letih  tapi hati gembira.


Selamat malam bulan!
 

6 comments

  1. Cantik bulan.. seronok bb tepi laut... angin malam tu syok wooo.. Baru baru ni gi jugak bbq tepi pantai..seronok lagi lagi kalau tak hujan lebat.. angin sepoi sepoi..

    BalasPadam
  2. seronoknya berBBQ di tepian pantai...ditemani deruan ombak, disimbahi cahaya bulan mengambang..

    ada 2 benda baru disini - membujak dan kuih pitulakan..

    BalasPadam
  3. Meriah, ramai sertai aktiviti memanggang makanan.

    BalasPadam
  4. Seronok, bbq di tepi pantai. Bulan pun terang. :)

    BalasPadam
  5. Wah.. Rasa nak makan ikan tepi laut jugak lepas baca entry ni. Tapi tulah bulan dah tak purnama

    BalasPadam
  6. Seronoknya bakar2 di bawah bulan mengambang di tepian pantai.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe