Sarapan Nasi Lemak Daging Masak Hitam di Restoran Selera Rasa Segar Miri
4:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi Miri! Selamat berhujung minggu buat semua warga Miri. Kami memilih Restoran Selera Rasa Segar untuk menikmati hidangan pagi. Rasa teruja melihat paparan menarik pelbagai hidangan yang ditawarkan di restoran ini. Semua maklumat itu diperoleh dari media sosial.
Nasi Lemak Daging Masak Hitam |
Mungkin kami datang awal kerana tidak banyak menu yang tersedia. Hanya beberapa jenis lauk pauk yang ada. Dan, tiada pilihan lain melainkan nasi lemak! Hendak memesan nasi kerabu yang terpampang namanya di hadapan restoran itu pun tidak ada. Alamak, kami salah masuk restoran 24 jam kah?
Hari-hari sarapan nasi lemak terasalah jemunya! Di Bintulu makan nasi lemak, di sini pun terpaksa juga alas perut dengan nasi lemak. Tidak mengapalah, kita cuba makan nasi lemak dengan daging masak hitam. Biasanya menu daging masak hitam resipi Sarawak memang sedap! Kalau dilihat dari segi bahan yang digunakan dalam resipi, masakan ini dalam kategori masakan mewah. Itulah yang biasa kita dengar, dan Amie pun suka olah masakan ini di dapur sendiri.
Selain makan nasi lemak lauk daging masak hitam, ada juga yang makan nasi lemak dengan ayam goreng kunyit. |
Mungkin daging masak hitam di sini bermaksud daging masak kicap. Warnanya hitam gelap gelita tapi lebih kepada rasa kicap sahaja. |
8 comments
Agaknya diletakkan kicap nak bagi hitam. Kadang2 ada jugak nama sama tapi bahan berbeza.
BalasPadamsebab 24j tu lah maka tak tersediakan. sebab dah terlalu penat kot. tp nasi lemak tu ada banyak pillhan lauk la ye.
BalasPadamSy dapat rasakan kedatangan ke restoran ini pulang dengan rasa kecewa.
BalasPadamHitam kicap la kot?
BalasPadamTelurnya sebiji² ye Kak Amie? Puashati :)
BalasPadamDaging Masak Hitam sedap, tak kiralah versi mana pun
Hitam betul daging masak hitam dia, terlebih kicap kot.
BalasPadam24 Jam..memang hebat tempat makan ni..rezeki memberi orang makan, tempat hebat memang ramai berkunjung..tengok menu pun hummm! kenyang ..rasanya tak payah cerita yang penting kenyang perut rasa bahagia..berbaloi nak makan..bersih nyaman damai..
BalasPadamAyam masak kunyit antara saya suka..semua ada..bestnya..
BalasPadam