Oleh-Oleh Bintulu
12:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas meronda seketika di Pasar Utama Bintulu, kami menyeberang jalan menuju ke Segong Handicraft. Inilah tempat pertama kami bersungguh-sungguh melontar RM ketika berada di Bintulu.
Hasil kraftangan Sarawak memang sangat unik dan pelbagai. Hal ini disebabkan terdapat kepelbagaian budaya etnik selain penggunaan bahan semulajadi yang melambangkan identiti tempatan. Dengan ini para pengunjung dapat melihat sendiri bahan anyaman yang terdiri daripada rotan, buluh, daun mengkuang, pandan dan rumbia. Selain itu pemandangan yang sangat mengasyikkan sudah tentulah tertumpu kepada aksesori tempatan yang menggunakan manik kaca dan batu alam.
Orang tamak selalu untung! Biar menyesal beli, jangan menyesal kerana tidak membeli. |
Kebanyakan otif dan corak tradisional berasaskan flora, fauna dan kosmos seperti burung enggang, naga, bunga teratai dan lingkaran ombak. Corak yang terukir bukan sekadar hiasan tetapi mempunyai makna tertentu misalnya melambangkan keberanian, kesuburan dan perlindungan.
Setiap kaum di Sarawak termasuk Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan sebagainyamempunyai keunikan kraftangan tersendiri. Kraftangan yang dihasilkan tidak hanya berfungsi sebagai barang kegunaan harian, tetapi juga mempunyai nilai spiritual, adat dan identiti etnik.
Dengan kata lain, kraftangan Sarawak terbahagi kepada beberapa kategori:
- Anyaman
- Tenunan
- Ukiran Kayu
- Manik
- Tembikar
- Alat Muzik
- Aksesori / Perhiasan Tradisiona;
Apabila mendongak ke atas, terpandang pelbagai hasil anyaman seperti bakul atau raga. Antaranya termasuklah tamboh, selabit dan kabo yang digunakan untuk menyimpan hasil hutan dan barang dapur.
Cantik betul pakaian tradisional masyarakat Iban. Sayangnya Amie tidak banyak pemngetahuan untuk menerangkannya. Sekadar mampu mengkagumi dan kongsikan gambar-gambarnya sahaja.
Cantik! Warna-warni. |
Alas meja corak Pua Kumbu |
Masing-masing dengan oleh-oleh Bintulu. |
16 comments
tahun lepas 2 kali sis ke sabah atas urusan kerja.. nak shopping macam2, tapi tak boleh sebab limit 40kg je.. stress sis dibuatnya.. hahahaha.. ^^
BalasPadamOoo lain kali kena beli berat bagasi lebih.
PadamBintulu banyak kraftangan cantik2...adik saya pernah kerja di Bintulu bawa balik mcm2 kraftangan dari sana...
BalasPadamYa, betul. Kraftangannya unik-unik belaka.
PadamMemang best melontar RM di tempat macam ni Kak Amie, hihi.
BalasPadamHuh...melontar sampai tak he gat donia😂😂😂
PadamRalit tengok ye kak, memang cantik betul semua hasil kerjatangan mereka ya. Dari pakaian, bakul segala pernak pernik tu lah mmg cantik semuanya.
BalasPadamEh, pernak pernik ni perkataan yang emak kita selalu sebut😁
Padamcantiknya beg2 tu. bila la nak dapat merasa ke borneo ni.
BalasPadamIn syaa Allah akan sampai juga jika sudah pasang hasrat.
PadamHebatnya jualan berbagai jenis..menarik dan tahan diguna hingga rosak..Beli apa yang paling berkenan kan..bahagia dapat ke Bintulu..cuci mata tempat orang best sekali tu
BalasPadamKraf tangan semua nya menambat mata, geram je tengok rasa nak beli semua.
BalasPadamMemang motif Dayak nya terlihat sekali. Pernah dibawakan oleh2 dari Pontianak oleh suami, tas, dengan bentuk sulaman motif Dayak. Walaupun tak ingat suku Dayak apa. Saking banyaknya suku Dayak yg tersebar di Borneo.
BalasPadambeg tu boleh isi kertas periksa untuk bawa balik tanda di rumah hehe
BalasPadamBanyak la memborong kat sini kalau SA yang pergi..suka tengok bag tu..kalau SA pun x lepaskan peluang beli beberapa
BalasPadamCantiknya hasil kraftangan orang Saghawak. Kalau tak beli apa-apa rasa rugi pulak kan. Cantik tote bag dengan tulisan Sarawak Borneo masing-masing beli buat kenangan bersama. Saya suka tengok seni anyaman tu. Kemas je mereka anyam.
BalasPadam