Mentai Pun Mentailah!
9:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita makan tengah hari beberapa hari lepas, terlupa untuk dijadikan entri. Kami singgah di Madinah Restaurant di Perdana Square. Rasanya sebelum ini lain nama restorannya dan sudah bertukar tuan sebanyak tiga kali. Melihat namanya 'Madinah' sudah tentulah hidangkan masakan Arab. Apabila sudah masuk dan duduk di kerusi, datang katalog bersusun menu ayam penyetlah, baksolah dan tiada pula menu Arab!
Sudah duduk di situ, seganlah pula hendak keluar semula. Di segenap penjuru restoran terpampang banyak gambar hidangan mentai! Kita biasa makan mentai yang dibeli melalui tempahan di ladang. Harganya lebih murah berbanding harga mentai di sini. Sekali lagi tengok katalog, memang ada pelbagai menu mentai.
Apabila kami tanya, mentai apa yang ada? Katanya ada dua saja iaitu Mentai Rice Beef dan Mentai Rice Udang. Banyaknya senarai mentai, yang ada ada dua sahaja? Tak ada pilihan lain, kami pun memesan kedua-duanya. Mentai Rice Beef untuk Encik Suami dan Mentai Rice Udang untuk Amie.
Jadinya, tengah hari itu kami akan menikmati hidangan orang muda.... ahaks!
Amie - Mentai Rice Udang |
Encik Suami ajak kita makan sama. Apa lagi, kita pun makan sajalah.
Ketika jam menunjukkan angka 1:30 terdengar seseorang mengatakan udang sudah sampai. Amie lihat seorang lelaki membawa bungkusan (mungkin berisi udang) di bawa masuk melalui pintu restoran menuju ke dapur!
Allahu Akbar!
Bila hendak dihidangkan Mentai Rice Udang?
Bila hendak dihidangkan Mentai Rice Udang?
Kami terus makan Mentai Rice Beef perlahan-lahan sampai habis.
Pukul 1:39 sampailah Mentai Rice Udang ke meja.
Tak jadilah nak marah sebab Mentai Rice Udang datang panas-panas dengan sos mentai yang dibakar nampak meleleh, yang lemak berkrim dan udangnya bersaiz besar serta terasa segar dan manis! Tambah naik selera apabila didatangkan bersama sos dan juga wasabe!
Kami rasa seperti orang muda ketika menikmati mentai di sini.
Rasa wasabe akhir-akhir ini tidaklah terlalu menyengat sampai tembus hidung! Dulu-dulu kalau makan di Sushi King atau Sushi Zanmai, colek sedikit wasabe rasa macam hendak tercabut hidung apabila mengunyahnya!
16 comments
sedap...udangnya telaten siap buang urat belakang....lama tak makan mentai rice...
BalasPadamBetul, urat belakang udang dibuang, Nampak bersih kan.
PadamSedapnya nampak mentai tu. Mangga tu pun alahai menggodanya la.
BalasPadamMentai tu sedap, tambah sedap apabila bubuh wasabe.
PadamHarapnya setiap harilah gugur mangga manila hihihiii.
Hahahahahaha dah berubah owner, menu pun terkejut lihat dah beda ya kak 😅.
BalasPadamSaya sebenernya suka mentai. Tapi kalo terlalu banyak macam eneg juga 😅😅. Memang tak bisa makan seporsi, hrs sharing.
Tp yg ini memang kliatan sedaaap kak.. saya pun langsung drooling sangat lihatnya 🤤🤤😍😍
Itulah, dulu selalu juga datang ke restoran ini tapi lain ownernya sudah.
PadamMemang sedap, sesuai harganya.
Tak apa harga tu, duit anytime boleh cari, rezeki ni ada di mana2. hahah berblog pun G adsend bagi kan..tapi kena sabar , nama makanan ni jujur pertama kali tahu MENTAI ..unik nak sebut
BalasPadamMakanan asal Jepun, diubahsuai jadi fusion Korea, menyebar ke seluruh Asia.
Padammangga tu buat lah macam-macam reipi huuu sedap tu tau
BalasPadamMangga manila ni masak atas pokok dan gugur. Makan begitu saja, lemak manis rasanya.
PadamFirst time Linda tau makanan mentah ni..makanan Jepun kah?
BalasPadamAsalnya dari Jepun (mentaiko), kemudian sampai ke Korea, diubahsuai ikut cita rasa tempatan pula. Akhirnya diterima masyarakat Asia.
PadamLuar Arab, dalam makanan Jepun. Ada hikmahnya menunggu lama dapat makan mentai udang yang sedap. Menu banyak tapi yang available tak banyaklah pulak. Mangga udang dah habis, giliran mangga manila pula masuk dapur kak Amie.
BalasPadamHahaaa... mangga sendiri sudah habis. Mangga jiran pula masuk dapur.
Padamnampak sedap mentai baru tau apa mentai
BalasPadamSaya pun pertama kali dengar tentang mentai ni. Teringin juga nak merasa.
BalasPadam