Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking
7:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Lama tak kongsi masak-masak. Baiklah keluarkan gambar-gambar masakan dari galeri HP. Salah satunya menu Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking.
Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking. |
Ikan Liking di Tamu Besar Kota Belud. |
Ikan Liking (ikan masin / kering Kota Belud) tidak terdapat di semua daerah di Sabah. Tempat pengeluar utamanya di Kota Belud. Kalau kami ke Kota Belud memang tidak lepaskan peluang beli ikan liking di Tamu Besar Kota Belud.
Biasanya Amie hanya goreng sahaja Ikan Liking ini dengan bawang dan cili. Boleh baca di sini:
Untuk mengolah Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking, bahan-bahannya seperti di bawah ini. Maaf gambar kurang berkualiti, kurang jelas sebab waktu itu hari sudah menjelang petang dan kebetulan pula hujan turun dengan lebatnya. Cahaya lampu di dapur tidak cukup terang pula.
Labu Pulut & Ikan Liking |
Serai, hirisan cili merah, kacang panjang dan bawang putih serta bawang merah tumbuk. |
Suhun yang sudah direndam dan ditoskan. |
Santan segar. |
Resipi Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking
Bahan-bahan:
450 gram labu pulut - kupas kulit - potong ikut cita rasa
sebelah ikan liking @ separuh ikan liking - potong ikut suka
5 batang kacang panjang - hiris serong
1 cawan suhun yang sudah direndam dan ditos
2 batang serai - diketuk
2 biji cili merah - dihiris
300 ml air
300 ml santan - kisar dari setengah biji kelapa
garam/ perasa pilihan
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Masukkan air, labu pulut, bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk.
2. Rebus hingga mendidih dan labu pulut mulai empuk.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, cili merah dan ikan liking.
4. Tuangkan santan.
5. Masukkan suhun, garam / perasa pilihan.
6. Kacau supaya tidak pecah santan.
7. Setelah kuah mula mendidih, padamkan api dapur.
7. Setelah kuah mula mendidih, padamkan api dapur.
Bismillah. |
Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking ini Amie hidangkan bersama nasi putih, peha ayam goreng, ikan kerisi goreng dan sambal belacan. Kuah Labu Pulut Masak Lemak dengan Ikan Liking nampak berwarna disebabkan ikan liking yang Amie gunakan jenis yang disapu lada. Ada dua jenis ikan liking, satu yang rasa original tanpa lada, dan satu lagi jenis disapu lada.
6 comments
Sedapnya Kak Amie.. boleh bertambah nasi bila makan ni..
BalasPadamIkan liking tu macam ikan talang padi ke Amie... nampak sedap masak lemak tu.
BalasPadamIni masakan yang tak saya temui disini Mbak.
BalasPadamPenasaran juga apa yang dimaksud dengan labu pulut dan ikan liking itu.
Melihat menu makanan tersebut dan dimakan bersama nasi putih dan ayam goreng...ah sudah terbayang betapa sedap...
Salam,
Kalo baca deskripsinya, saya yakin sukaaa dengan menu ini. Ikan liking baru pertama dengar, tapi ternyata ikan Masin ya kak. Beda nama saja. Ikan asin di masak dengan masak lemak begini, sebenarnya saya pernah coba. Tp tak pakai labu
BalasPadamSo sedapnya labu masak lemak. Biasanya ikan masin digoreng makan dengan labu masak lemak. Versi kak Amie campur sekaligus, senang juga gitu. Rasanya tetap sedap. Tambah pulak ada sayur mayur, lauk 2 in 1 tak perlu nak sayur lain. Tapi ada lauk tambahan ayam goreng dan sambal tu bertambah selera makan.
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamSelamat menjamu selera