Keputusan Pemenang Teka Jumlah Buah Mangga Manila
7:20 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dan semoga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini.
Dua hari lepas Amie buat entri Teka Jumlah Buah Mangga Manila.
Syaratnya mudah sahaja:
Perhatikan buah mangga udang di dalam bekas nyiru di bawah ini.
Sila kira berapa jumlahnya.
Setelah yakin kiraan anda tepat, tuliskan jawapan di ruangan komen.
Peluang menjawab hanya sekali sahaja.
Hadiah akan diberikan kepada peneka yang tepat sahaja. Peneka yang awal dan tepat, itulah pemenangnya.
Syaratnya mudah sahaja:
Perhatikan buah mangga udang di dalam bekas nyiru di bawah ini.
Sila kira berapa jumlahnya.
Setelah yakin kiraan anda tepat, tuliskan jawapan di ruangan komen.
Peluang menjawab hanya sekali sahaja.
Hadiah akan diberikan kepada peneka yang tepat sahaja. Peneka yang awal dan tepat, itulah pemenangnya.
Teka jumlah buah mangga manila. |
Ramai yang dapat meneka dengan tepat. Bagaimanapun peneka awal dan tepat, itulah pemenangnya. Jumlah buah mangga manila dalam nyiru ialah sebanyak 20 biji.
Dengan ini, Amie umumkan pemenang bertuah itu.
Jeng jeng jeng!
Siapakah gerangannya?
Taraaa..... ini dia:
Tahniah untuk blogger Sueann, peneka yang awal dan tepat. Hadiah akan menyusul kemudian. Sueann tak perlu emelkan details, sebab maklumat untuk pengeposan masih ada dalam simpanan. Tunggu sahajalah kirimannya ya.
Untuk rakan yang lain, yang tidak sempat menyertainya Amie minta maaf sebab masa yang diberi sangat singkat. Rasanya tak sampai pun dua hari. Inilah gaya Amie, suka cari pasal.... ahaks! Kita hendak seronok-seronok sahaja. Dan terima kasih tidak terhingga buat semua rakan blogger yang sangat sporting, turut memeriahkan segmen yang ringkas ini.
In syaa Allah, ada rezeki kita main teka-teki lagi pada masa yang lain ye.
14 comments
Wah tahniah. nak cari mangga nak cari mangga opsss. Tak boleh tahan tenguk mangga udang ke mangga manila ke yang amie tayang tiap hari. Nampak sangat buah mangga manila tu banyak buahnya. Jiran pakai baja apa ye. Saya tanam pokok mangga lupa nama tak pernahnya nak berbuah. stress tenguk dia. hehehehe
BalasPadamAda yang berselindunglah rupanya. Sy kira cuma 19 biji hihi...
BalasPadamAnyway tahniah utk Sueann 👏🏻
Tahniah buat pemenang, terlewat pokcik nak join sama
BalasPadamTak perasan ada entri teka, harap yang seterusnya berkesempatan untuk teka...
BalasPadamTahniah Sueann. Tak sempat nak meneka dah tamat tempoh. hihi...
BalasPadamtahniah sueAnn...itulah yang nampak 19...rase macam ada yang berselindung, tapi tak pasti berapa biji..nama pun suka2...
BalasPadamtahniah sis sueann.. rezeki tu.. ^^
BalasPadamTahniah, Sueann. Main silap mata pulak mangga tu ya, Kak Amie.
BalasPadamtahniah peneka awal...kita terlebih 1 biji
BalasPadamtahniah sueann pandai mengira tepat
BalasPadamTahniah Sueann...
BalasPadamAlhamdulillah...Terima kasih k.amie...Moga buah Mangga Manila tu lebat berbuah lagi...terima kasih pada yang lain juga...
BalasPadamAlhamdulilah....tahniah pemenangnya.
BalasPadamWah saya kok sampai telat dan ketinggalan nih
BalasPadamSelamat buat pemenangnya