Jom Makan Kapurung : Cita Rasa Sagu dari Sulawesi Selatan

8:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami biasa makan kapurung, tapi tidak pernah olah di dapur sendiri. Kalau hendak makan, selalunya beli saja di pasar tani atau tempah secara online daripada rakan peniaga kapurung.

Tengah hari tadi kami singgah makan di Restoran Warung Kampung - Indonesian Food Taste di bandar LD. Sebagai orang 'luar' dari tradisi hidangan kapurung, Amie masih tercari-cari rasa sebenar kapurung. Kami pernah makan di beberapa kedai dan selain LD, kami pernah makan di Tawau juga. Sesekali kami makan hasil air tangan isteri anak buah yang memang keturunan Bugis. Lain mangkuk kapurung, kebanyakannya lain isinya melainkan sagu itulah yang sama sebagai bahan utama.

Kalau beli kapurung di pasar tani, kuahnya berisi sayuran seperti jagung, kacang panjang dan bayam. Kalau makan di Tawau, ada tambahan hirisan mangga muda dan ikan bilis goreng dan kacang tanah. Warna kuahnya juga berbeza. Ada yang kemerah-merahan dan ada yang kelihatan pucat. Dengan kata lain, beza kuah bezalah juga rasanya. Biasanya kuah kapurung dibuat dengan menggunakan ikan, ayam atau udang. Kuah paling sedap Amie pernah rasa, yang ditambah ikan sardin dalam tin!

Amie - Kapurung

Kuah kapurung nampak pekat bukan?  Hal ini kerana ada kacang tanah tumbuk di dalamnya. Rasanya pula lebih kepada udang. Mungkin gunakan air rebusan udang.

Indonesian Food Taste

Jom kita selongkar aksesori dalam semangkuk sagu ini.


Selain udang segar dan kacang tanah tumbuk di dalam kuah, aksesori tambahan di atas kapurung ialah kacang tanah goreng.


Sayurnya pula hanya terdiri daripada sayur kangkung.

Ada limau kasturi untuk tambah rasa masam dari jusnya, dan juga sambal cili padi untuk tambah rasa pedas sewaktu menikmati kapurung.

Encik Suami - Bihun Goreng Seafood


Tidak ketinggalan, semangkuk sup kosong didatangkan bersama sepinggan Bihun Goreng seafood.

Encik Suami memesan dua gelas air suam kosong.

Selepas makan di Restoran Warung Kampung - Indonesian Food Taste, kami meneruskan urusan sehingga menjelang petang. Dalam perjalanan pulang, Amie beritahu Encik Suami : Macam tak berapa kenyanglah. Perut masih lapar... ahaks!

Encik Suami mengiyakan saja. Maklumlah bihun gorengnya pun nampak seco'et saja dalam pinggannya. kenyangkah juga dia?

Encik Suami memandu arah ke Bandar Seri Perdana dan membelok ke D'Perdana Square tempat kami makan Mix Soto kelmarin.

Kami memesan minuman panas dan makanan ringan:
  • Hot Honey Lemon
  • Mix Kopi & Tea Panas
  • Roti Kelapa
  • Roti Kahwin Bakar
  • Wantan Goreng

Amie - Hot Honey Lemon

Encik Suami - Mix Kopi & Tea Panas

Wantan Goreng

Wantan goreng inti udang segar!

Kelmarin Encik Suami malu-malu kucing hendak makan wantan goreng. Kali ini Amie hendak pesan dua apiring tapi Encik Suami kata cukuplah satu piring. Boleh juga pesan satu set lagi bawa pulang untuk Firdaus katanya. Amie kata tak sedaplah, nanti Firdaus balik dari sekolah agama makan wantan lemau. Kata Encik Suami, panaskanlah dalam air fryer. Betul juga kan?

Encik Suami : Roti Kahwin Bakar

Meleleh buttternya....! Kecap cepat-cepat makan sementara masih panas.

Amie - Roti Kelapa

Harum sungguh aroma kelapa ketika roti ini sampai di meja.

Sampai di rumah, hampir terlupa ada bungkusan di belakang kereta. Sempat singgah di 7E beli croissant untuk Firdaus.



Biasanya croissant begini jadi penyelamat perut yang lapar. Kadang-kadang Amie belum siap masak lauk, Firdaus sudah sampai rumah. Jadi, dia capailah apa yang ada untuk isinya perutnya.

Kerepek Kentang Perisa Wasabi ini kita yang hendak makan. Beli dua bungkus. Kalau Firdaus suka bolehlah dia ambil sebungkus. Budak itu suka makan yang ada rasa pedas-pedas. Sudah tentu dia tidak tolak kerepek yang ada wasabi begini.

Perkara wajib dilakukan sebelum masuk rumah sudah tentulah mengintai bawah pokok mangga udang. Mana tahu mangga manila dari pokok jiran belakang rumah gugur lagi.

Mangga Manila

Alhamdulillah. Banyak mangga manila yang dikutip. Esok bolehlah bawa buah ini ke ladang seperti pagi tadi. Nampaknya dari minggu lepas kawan-kawan penoreh getah tidak putus-putus 'sarapan' mangga manila!

Doa untuk jiran belakang rumah : Semoga Allah lipatgandakan rezeki kalian. Sebenarnya, mereka jarang berada di rumah kerana urusan kerja. Barangkali mangga manila yang gugur di belakang rumahnya tidak terkutip. Kami tidak nampak sebab jiran belakang dan sebelah semua tembok pagar bertutup!

Sekian.
Coretan hari ini dari kisah kapurung sehinggalah tentang mengutip mangga manila.

10 comments

  1. Pertama kali tengok hidangan nama kapurung.
    Suka juga, wantan goreng. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan tradisional masyarakat Bugis ty. Sedap kan wantan goreng.

      Padam
  2. Menu kepurung udang
    Sungguh luar biasa, sangat menggoda selera, kuahnya mantap

    BalasPadam
  3. saya first time dengar kapurung ni. kuahnya nampak macam tomyam pun ada sebab dihiasi dgn udang tu. yg macam jelly2 tu ambuyat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang macam jelly tu sagu.
      Macam ambuyat juga rasanya.

      Padam
  4. Kalau kapurung tu ada dijual di semenanjung best jugak boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pernah jumpa kapurung di Malaya.

      Padam
  5. Oh? Mangga manila tu asal dari Manila ke?

    BalasPadam
  6. Baru dengar dan tenguk menu kapurung

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe