Jom Makan Kapurung : Cita Rasa Sagu dari Sulawesi Selatan
8:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami biasa makan kapurung, tapi tidak pernah olah di dapur sendiri. Kalau hendak makan, selalunya beli saja di pasar tani atau tempah secara online daripada rakan peniaga kapurung.
Tengah hari tadi kami singgah makan di Restoran Warung Kampung - Indonesian Food Taste di bandar LD. Sebagai orang 'luar' dari tradisi hidangan kapurung, Amie masih tercari-cari rasa sebenar kapurung. Kami pernah makan di beberapa kedai dan selain LD, kami pernah makan di Tawau juga. Sesekali kami makan hasil air tangan isteri anak buah yang memang keturunan Bugis. Lain mangkuk kapurung, kebanyakannya lain isinya melainkan sagu itulah yang sama sebagai bahan utama.
Kalau beli kapurung di pasar tani, kuahnya berisi sayuran seperti jagung, kacang panjang dan bayam. Kalau makan di Tawau, ada tambahan hirisan mangga muda dan ikan bilis goreng dan kacang tanah. Warna kuahnya juga berbeza. Ada yang kemerah-merahan dan ada yang kelihatan pucat. Dengan kata lain, beza kuah bezalah juga rasanya. Biasanya kuah kapurung dibuat dengan menggunakan ikan, ayam atau udang. Kuah paling sedap Amie pernah rasa, yang ditambah ikan sardin dalam tin!
Amie - Kapurung |
Kuah kapurung nampak pekat bukan? Hal ini kerana ada kacang tanah tumbuk di dalamnya. Rasanya pula lebih kepada udang. Mungkin gunakan air rebusan udang.
Indonesian Food Taste |
Jom kita selongkar aksesori dalam semangkuk sagu ini. |
Selain udang segar dan kacang tanah tumbuk di dalam kuah, aksesori tambahan di atas kapurung ialah kacang tanah goreng. |
Sayurnya pula hanya terdiri daripada sayur kangkung. |
Ada limau kasturi untuk tambah rasa masam dari jusnya, dan juga sambal cili padi untuk tambah rasa pedas sewaktu menikmati kapurung. |
Encik Suami - Bihun Goreng Seafood |
Tidak ketinggalan, semangkuk sup kosong didatangkan bersama sepinggan Bihun Goreng seafood. |
Encik Suami memesan dua gelas air suam kosong. |
Selepas makan di Restoran Warung Kampung - Indonesian Food Taste, kami meneruskan urusan sehingga menjelang petang. Dalam perjalanan pulang, Amie beritahu Encik Suami : Macam tak berapa kenyanglah. Perut masih lapar... ahaks!
Encik Suami mengiyakan saja. Maklumlah bihun gorengnya pun nampak seco'et saja dalam pinggannya. kenyangkah juga dia?
Encik Suami memandu arah ke Bandar Seri Perdana dan membelok ke D'Perdana Square tempat kami makan Mix Soto kelmarin.
Kami memesan minuman panas dan makanan ringan:
- Hot Honey Lemon
- Mix Kopi & Tea Panas
- Roti Kelapa
- Roti Kahwin Bakar
- Wantan Goreng
Amie - Hot Honey Lemon |
Encik Suami - Mix Kopi & Tea Panas |
Wantan Goreng |
Wantan goreng inti udang segar! |
Kelmarin Encik Suami malu-malu kucing hendak makan wantan goreng. Kali ini Amie hendak pesan dua apiring tapi Encik Suami kata cukuplah satu piring. Boleh juga pesan satu set lagi bawa pulang untuk Firdaus katanya. Amie kata tak sedaplah, nanti Firdaus balik dari sekolah agama makan wantan lemau. Kata Encik Suami, panaskanlah dalam air fryer. Betul juga kan?
Encik Suami : Roti Kahwin Bakar |
Meleleh buttternya....! Kecap cepat-cepat makan sementara masih panas. |
Amie - Roti Kelapa |
Harum sungguh aroma kelapa ketika roti ini sampai di meja. Sampai di rumah, hampir terlupa ada bungkusan di belakang kereta. Sempat singgah di 7E beli croissant untuk Firdaus. |
Biasanya croissant begini jadi penyelamat perut yang lapar. Kadang-kadang Amie belum siap masak lauk, Firdaus sudah sampai rumah. Jadi, dia capailah apa yang ada untuk isinya perutnya.
Perkara wajib dilakukan sebelum masuk rumah sudah tentulah mengintai bawah pokok mangga udang. Mana tahu mangga manila dari pokok jiran belakang rumah gugur lagi.
Mangga Manila |
Alhamdulillah. Banyak mangga manila yang dikutip. Esok bolehlah bawa buah ini ke ladang seperti pagi tadi. Nampaknya dari minggu lepas kawan-kawan penoreh getah tidak putus-putus 'sarapan' mangga manila!
Doa untuk jiran belakang rumah : Semoga Allah lipatgandakan rezeki kalian. Sebenarnya, mereka jarang berada di rumah kerana urusan kerja. Barangkali mangga manila yang gugur di belakang rumahnya tidak terkutip. Kami tidak nampak sebab jiran belakang dan sebelah semua tembok pagar bertutup!
Sekian.
Coretan hari ini dari kisah kapurung sehinggalah tentang mengutip mangga manila.
10 comments
Pertama kali tengok hidangan nama kapurung.
BalasPadamSuka juga, wantan goreng. 😋
Masakan tradisional masyarakat Bugis ty. Sedap kan wantan goreng.
PadamMenu kepurung udang
BalasPadamSungguh luar biasa, sangat menggoda selera, kuahnya mantap
Ya, kuahnya memang cukup rasa, mantap!
Padamsaya first time dengar kapurung ni. kuahnya nampak macam tomyam pun ada sebab dihiasi dgn udang tu. yg macam jelly2 tu ambuyat ke?
BalasPadamYang macam jelly tu sagu.
PadamMacam ambuyat juga rasanya.
Kalau kapurung tu ada dijual di semenanjung best jugak boleh cuba.
BalasPadamSaya pun tak pernah jumpa kapurung di Malaya.
PadamOh? Mangga manila tu asal dari Manila ke?
BalasPadamBaru dengar dan tenguk menu kapurung
BalasPadam