Jelajah Rasa Nusantara dalam Satu Hidangan : Dari Cendol ke Coto
8:10 PTG- Cendol Pulut
- Coto Makassar - Perut
- Gado-Gado
- Laksa Penang
Cendol Pulut |
Google : D'Chendol |
Siapa tak suka cendol? Ramai yang suka kerana rasa yang manis, berlemak santan serta aksesori jalur hijau yang dibuat daripada tepung beras. Pencuci mulut tradisional ini dipercayai berasal dari Jawa, dengan nama lamanya, dawet. Mengikut kesusasteraan Jawa, dawet ini sudah wujud sejak abad ke-19. Cendol atau dawet ini tersebar luas ke seluruh Asia Tenggara, dan disesuaikan mengikut budaya serta citarasa tempatan.
Kononnya nama cendol muncul dalam cerita rakyat Malaysia yang berasal dari perkataan jendol (benjol) kerana apabila seseorang tersedak makan ais, terasa seperti ada benjolan di tekak.
Google : D'Chendol - Cendol Pulut |
Cukuplah pesan semangkuk Cendol Pulut makan berdua dengan Encik Suami. |
Encik Suami : Gado-Gado |
Gado-Gado D'Chendol |
Laksa Penang |
Dimsum Mentai & Mentai Rice Tuna Cerita mangga manila jangan dilupa. Pokok mangga manila dari rumah jiran masih meluruhkan buahnya ke bawah pokok mangga udang kami. |
Kutipan mangga manila pada hari ini. |
11 comments
Wah... cendol pulut. Dicuaca panas terik pekena cendol sejuk-sejuk memang best.
BalasPadamMacam-macam ada di D'Chendol tu.
BalasPadamTeringin aih coto makasar. Gado-gado/pecal ada kelainan bila ditambah keropok.
Menariknya cendol dia boleh customize, harga masih RM5. Kira murah dah tu kan Kak Amie. Terjawablah kekeliruan saya, gado-gado=pecal. Macam-macam olahan laksa dari campuran budaya dan tempat. Semuanya sedap ikut citarasa. Ada juga untuk Firdaus, tak dilupakan.
BalasPadamAlhamdulillah, merasa hasil tanaman jiran. Ada hikmahnya pokok sendiri ditebang. Allah bagi rezeki dari jiran.
Saya nak luruskan sedikit. Gado2 tidak sama dengan pecal kak Fiza. Dari segi rasa pun berbeda. Gado2 toppingnya bermacam2, dari protein sampai sayuran. Biasanya, kentang, tahu, telur, sayuran yg direbus. Lalu disiram kuah kacang, bisa kacang tanah atau kacang cashew. Kuah kacang pada gado2 lebih gurih atau Umami, dan haluuuus. Karena digiling halus.
PadamSementara pecal, hanya pakai sayuran. Tidak pakai protein. Dan kacangnya digiling kasar. Biasa dikasih daun jeruk.
Ada 1 lagi yg mungkin belum populer di sana, namanya karedok. Ini pula hanya pakai sayuran mentah. Kacang panjang, timun, terong hijau bulat, daun kemangi, dan pakai kuah kacang yg agak kasar.
Saya pribadi lebih suka karedok, Krn segar. Tapi gado2 pun suka. Cuma pecal yg saya kurang suka 😄.
Ohhh macam tu ye Fanny. Terima kasih jelaskan. Ringkasnya, gado-gado lebih meriah banyak rencahnya berbanding pecal yang hanya sayuran. Olahan karedok macam diolah seperti rojak buah.
Padamsedapnya cendol tu.. ^^
BalasPadamDari atas sampai bawah semua nampak sedap. Baru tahu sejarah nama cendol, tapi sy jugak selalu terfikir kaitannya dengan jendul, hehehe.
BalasPadamcendol memang best! saya tetap suka cendol biasa tambah kacang je
BalasPadamnampak sedap coto makassar tu. tak pernah rasa
Beraneka sajian..nampak cendol ada pulut, teringat di Kuantan Pahanag tempoh hari ,,pakcik hidangkan cendol nasi pulut..
BalasPadamLama tak dengar nama gado-gado tu dulu masa sekolah men vokasional ambil kos katering ada belajar buat gado-gado.
BalasPadamSA suka gado- gado...sedapnya..lama dah x makan..susah nak jumpa kat Seremban...cendol pulut tu..ya allah sedapnyaaa
BalasPadam