Cerita Tentang Limau Pahit di Seville
12:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Boleh dikatakan sepanjang berada di Sepanyol, tidak ada tempat yang tidak ada pokok limau! Pokok limau pahit! Daunnya rimbun dan buahnya lebat. Secara umumnya, Sepanyol tidak mempunyai ladang oren pahit atau naranjo amargo yang besar seperti ladang buah-buahan lain misalnya ladang zaitun atau anggur. Hanya terdapat beberapa ladang kecil dan kebun sitrus di kawasan luar bandar Andalusia termasuk sekitar Valencina de la Concepción, Carmona, dan Écija, yang terletak tidak jauh dari Seville ada menanam oren pahit, tetapi tidak dalam skala industri seperti ladang oren manis di Valencia atau Murcia. Dan pokok limau pahit ini selain didapati di Seville juga banyak di tanam di Cordova dan Granada terutama di halaman istana Alhambra!
Buah limau pahit yang berguguran dari pokoknya di tepi jalan Paseo de las Delicias. |
- Marmalade: Seville terkenal sebagai pengeluar Seville Orange Marmalade. Rasanya unik kerana ada gabungan pahit, manis dan masam.
- Minyak pati (essential oils). Dari kulit buah dan bunga, digunakan dalam minyak wangi & aromaterapi.
- Perubatan tradisional, digunakan dalam perubatan herba sebagai bahan penghadaman, atau penggalak tenaga.
- Penghasilan minuman beralkohol, digunakan dalam pembuatan likur seperti Curaçao dan Triple.
![]() |
Kredit : Seville Orange Marmalade |
Pemandangan begini banyak terlihat di sepanjang laluan pejalan kaki di tepi Sungai Guadalquivir. |
Sumber : Jem Buah-buahan |
- JemBahan utamanya daripada buah-buahan manis seperti strawberi, mangga, anggur dan beri. Rasanya manis, teksturnya lembut, likat dan kadangkala mengandungi ketulan buah kecil. Kebiasaannya berwarna terang dan bergantung kepada jenis buah. Sesuai disapu pada roti, biskut, kek atau pun digunakan dalam kuih.
- MarmaladeBahan utamanya daripada kulit dan isi buat sitrus seperti oren pahit, lemon atau limau gedang. Rasanya manis dan pahit dari gabungan kulit buah sitrus. Teksturnya likat tetapi mengandungi hirisan kulit buah yang halus atau kecil.Warnanya jingga atau kuning kerana bergantung pada jenis sitrus. Selalu dihidangkan bersama roti bakar, croissant dan pelbagai masakan barat.
Kredit : Seville Orange Marmalade |
13 comments
Paddington Bear asal sana ker...dia kan suka marmalade...saya gurau jer tau kak...
BalasPadamOrange ni buah yang memang banyak khasiat dan kegunaan kan. Dari jus, isi dan kulit, semuanya berguna.
BalasPadamoooooo dibuat jem .....kreatif orang sepanyol....tk boleh makan tp boleh dibuat jem
BalasPadamOh, pokok yg sy tegur hari tu ni la pokoknya kan, Kak Amie. Sy suka marmalade lagi² bila tergigit kulit limaunya tu. Baru tahu ia memang begitu sebab berbeza dgn jem yg tiada campuran kulit.
BalasPadamKalau pahit memang tak boleh makan gitu saja la. Tu yang kena buat produk lain.
BalasPadamkalau kat sini tentu dibuat acar sedap tu hilang pahitnya
BalasPadamoh orennya pahit tp di buat jem
BalasPadamoo laa... memang ada limau pahit.. ehh patutlah pernah makan marmalade tu ada rasa pahit.
BalasPadamSayangnya tak boleh dimakan begitu sahaja. Kalau tidak mesti puas makan buah orennya. Tapi mujur juga lah boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi tak membazir begitu saja. Macam sedap tu kalau dah dibuat marmalade. Mesti jadi sedap rasanya kan. Bau dia pun mesti best bila dah jadi essential oils.
BalasPadamTeringat si Paddington, suka sungguh dgn marmalade :3
BalasPadamBaguslah wpun buahnya pahit tapi bunganya harum dan buahnya juga ada pelbagai kegunaan. Takde yang sia² kan ciptaan Allah SWT ni
sebab rasanya yg pahit tu perlu jadi marmalade ye. menarik info ni. saya pun tk pernah makan oren pahit ni. selalu kita fikir oren tu masam saja
BalasPadamYa Allah teringinnya sayaaaa dengan marmalade itu 😍😍😍😍😍. Tapi mereka kirim sebagian besar buahnya ke UK ya kak... Saya pikir mereka yg akan mengolah jadi marmalade. Atau saking banyaknya buah ini, jadi sebagian besar utk ekspor juga 😅
BalasPadamUnik nampak pokok limau tu, limau buah yang terkenal di Spanyol agaknya kan..tapi terbaik ambil gambar very good job..
BalasPadam