Cerita Empat Pagi Hingga Empat Petang

5:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi pada hari ini, Isnin yang panas terik di kala tengah hari, dan mendung di kala petang menjelma.

Seperti biasa, pada hari bekerja seawal pukul empat pagi sudah terjaga, tetapi tetap juga bermalas-malas di tempat tidur, tarik selimut dan tiba-tiba bingkas bangun! Takut terlambat  bersiap untuk ke tempat kerja. Mambang rajin yang dipinjam dari Tanah Jauhar balik semula ke pangkuan tuannya, Seri Kandi Tanah Jauhar itu! Jadinya, hanya rebus telur dan kupas betik buat bekal. Singgah di warung, beli nasi kuning, kuih cempiang dan kuping gajah.

Nasi kuning bungkus daun pisang dan telur rebus dua biji.


Notie dari blog Saja Suke-Suke tanya, mana satu kuih cempiang @ ubat nyamuk. Inilah dia kuih cempiangnya. Untuk lanjut boleh lihat di sini: KUIH CEMPIANG


Ini kuih cempiang hasil air tangan kita yang pertama! Tak berapa kemas kejadiannya, maklumlah baru cuba-cuba. Selain nama cempiang dan kuih ubat nyamuk, ia dikenali juga dengan nama orang putihnya iaitu cinnamon rolls.


Rupa cempiang memang jatuh nombor dua, tapi rasanya merangkul tempat pertama!


Cempiang sedap dimakan panas. 
Memang terasalah serbuk rempahnya yang terdiri daripada kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih kisar serta rasa kicap manis yang berwarna hitam melingkar serupa ubat nyamuk itu.

Kuping Gajah

Notie pun tanya tentang kuih kuping gajah. Kita belum pernah buat kuping gajah. Dalam gambar di atas inilah rupa kuping gajah. Ada inti kacang hitam di dalamnya. Cempiang dan kuping gajah ini kita beli di warung juga dan jadi bekal sarapan pagi bersama kawan-kawan.

Buah Betik

Seperti biasa, buah memang tak tinggal. Seronok sangat rasanya, sebab setiap kali bawa buah betik, akan habis sekali hadap makan kawan-kawan!

Kek coklat kukus.

Cikgu Syakirah belanja kek coklat kukus. 
Kita makan sebiji.
Terima kasih Cikgu Syakirah.

Chinese Tea

Kita makan tengahari di Double U Cafe di Fajar Centre dengan Encik Suami. Kami memesan teh cina panas dan satu set western food. Kami minta tukar spaghetti kepada kuey teow goreng.


Besar pula portion western set ini. Ada ayam grilled dan burger.


Ada fillet fish dan ayam goreng serta kentang goreng.


Ketika kami makan, teringat pula Firdaus yang suka makan kentang goreng!


Kita suka sangat makan fillet ikan goreng salut tepung. Rangup!

Burger & kentang goreng.

Tak habis makan berdua, lebihan kentang goreng dan burger yang tak terusik, kami minta bungkus untuk dibawa pulang.


Singgah dahulu di gerai buah-buahan di Jalan Assam



Tujuan kami hendak beli buah betik.


Kami beli sebiji buah honeydew seberat 2.5 kilogram.


Nampak longgokan sukun, tapi tak beli. Takut tak sempat diolah sebab esok balik lewat petang. Lusa pula ada appointment dengan doktor gigi. Tulat, ada lawatan dari PPD. Hari Jumaat....  entah apa lagi. Kita  sudah tahu ada tugasan yang dilaksanakan pada hari berikutnya, Sabtu! Sabtu itu hari jadi Yang di Pertua Negeri Sabah! Sepatutnya kami cuti. Sepatutnyalah......!


Terpandang selonggok buah rambutan. Sebelum ini harganya RM15.00 sekilogram. Sekarang sudah naik menjadi RM20.00 sekilogram! Melihat peniaga buah sudah angkat plastik nak isi rambutan, kita rasa malu pula sebab kita hanya bertanya harganya! Bukannya kita hendak beli.Kita pura-pura tanya harga buah naga pula. Buah Naga RM13.00 sekilogram. Kita ambil dua biji. Apabila ditimbang tepat  1 kilogram.


Sampai di rumah, terpandang buah epal bidara yang bergayutan di dahan.


Kalau Encik Suami ada masa, kita nak minta Encik Suami petik buah-buah yang masih elok. Boleh dibahagi-bahagikan kepada yang sudi terima.



Bunga telang yang melilit batang pokok epal bidara pula semakin lebat mengeluarkan kudup. 

Bunga Telang.

Nanti hendak pinjam lagi mambang rajin dari Tanah Jauhar. Mana tahu boleh tolong masakkan nasi kerabu!


Buah mata kucing brazil sudah mulai matang dan boleh dipetik. Encik Suami pula terlebih emosi. Ditulisnya dalam WhatsAap group keluarga: Anak-anak Baba, kalau kamu dekat mahu Baba hantar buah mata kucing untuk kamu!

Masuk ke dalam rumah, kedengaran azan asar berkumandang dari aplikasi telefon! Cepat sungguh masa berlalu. Waktu asar pada pukul 3:09 minit petang. 


Buah-buahan yang sempat dibeli di gerai tepi jalan. Sebiji honeydew, sebiji betik masak, sebiji betik mengkal dan dua biji buah naga.

Ketika ini aroma sup ceker dari dapur  sudah menerjah ke ruang bacaan. Kali ini kita masak gunakan slow cooker. Tak perlulah ulang alik ke dapur untuk jaga api. Tinggalkan saja setelah masukkan semua bahan dan air. Tak perlu risau air akan berkurang kerana begitulah kuantitinya apabila sup ceker sudah masak.



Sekian, cerita hari ini. Mula bangun pukul empat pagi sehinggalah sekarang pukul 5:20 petang. Pukul 4:20 petang tadi kononnya hendak berehat setelah tekan butang on pada slow cooker, tetapi tulis dahulu entri Cerita Empat Pagi Hingga Empat Petang. 

16 comments

  1. Lebatnya buah epal bidara tu.
    Kat rumah mak saya pokok tinggi besar, tapi buah comel2.

    Kuih kuping gajah...telinga gajah dalam Bahasa Jawa 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu Ujie. Kuping tu bahasa Jawa, maksudnya telinga.

      Padam
  2. Kuih cuping gajah tu tak salah sy selalu dijual oleh peniaga cakoi di sini ..bila Kak Amie sebut ada inti kcg merah tu rasa-rasa samalah kot :) cuma tak tau namanya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya inti kacang hitam. Mungkin ada juga inti kacang merah.

      Padam
  3. Patutlah sy kemalasan hendak memasak hari ni, mambang rajinnya terbang sampai ke LD sanun, hihi. Tak apalah, Kak Amie, pakai dulu mambangnya. Sy nak rehat2 dulu, mungkin esok pagi rebus telur sahaja utk sarapan macam Kak Amie 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semenjak dua menjak ini memang selalu bawa telur rebus dengan buah sebagai bekal. Ada masa singgah warung beli nasi kuning atau kuih-kuih. Mambang rajin asyik balik Tanah Jauhar saja, tu pasal tak sempat masak sarapan hihihiii.

      Padam
  4. Alamak....kita nak kalau nak bagi buah bidara tu....sayangnya Laut China Selatan jauh memisahkan..
    Buah mata kucing tu lagi la teringin sebab tak pernah makan versi besar tu..
    Sabtu ni kena kerja lagi ke cikgu?..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauhnya..... mambang rajin tak ada buat khidmat hantar buah bidara dengan mata kucinglah hihihiiii.
      Ya, hari Sabtu ada aktiviti.

      Padam
  5. sehari yang produktif. syukur diberi kesihatan dan wang boleh makan macam-macam ye. eh epal bidara tu saya sudi menerima. haha. eh boleh buat cinnamon rolls tu kira rajin lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sudah penat bekerja kena raikan diri sendiri dengan perkara yang disukai.

      Padam
  6. ye..berpada pada membeli kan..kena tengok jadual. nanti tak sempat makan, dah jadi baja. wahhh..teringin pula nak rasa kuih cempiang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat sendiri kuih cempiang tu. Senang jew, tapi saya malas sebab mambang rajin dah balik Johor.

      Padam
  7. rasa dia mmg macam cinnamon roll ye kak? itulah dana mula2 ingat cinammon roll tapi mcm lain. Aduh sedapnya platter penuh tu nampak ranggup ayam gorengnya tu kak oi. Geram nengok hasil buah tepi rumah akak tu, lebat betul buah bidara tu, buah mata kucing brazil tu memang hijau pun dah boleh makan ye kak? sedapnya....

    BalasPadam
  8. Dari pagi ke petang penuh dengan cerita makanan. Macam-macam nama makanan. Lain tempat lain namanya. Cantik hasil kejadian cempiang kak Amie tu walaupun first time buat. Baru tahu nama kuping gajah. Pernah makan tapi tak tahu namanya.

    Lebat betul buah epal bidara dengan mata kucing brazil. Belum pernah makan dua dua tu. Dah lama juga nak tanam bunga telang tapi tak tertanam tanam lagi. Nak buat air kononnya.

    BalasPadam
  9. tak penah lagi makan kuih cempian dgn kuping gajah tu. kuih cempiang nampak mcm cinnamon roll

    BalasPadam
  10. Kuping gajah tu macam pau goreng.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe