Hari ini Firdaus patahkan sebelah gigi bahagian hadapannya. Dia beritahu Amie dengan menulis di atas kertas : Gigi Daus sudah patah. Alhamdulillah. Syukur, sedikit saja darah keluar. Gigi hadapannya mula goyang sejak hari pertama PKPD. Faham-faham sajalah, sudah terkurung di balik pagar kawat duri, nak ke mana pun susah sangat! Sebagai upah tanggal gigi, Firdaus minta chicken chop goreng dengan sos lada hitam. Layan...
Keputusan swab test yang dijalankan ke atas penduduk tiga taman perumahan di Lahad Datu termasuk taman yang kami duduki telah dikeluarkan. Alhamdulillah, setakat ini semua keputusan adalah negatif!Hari ini masuk hari ke 9 kami berPKPD. Ada 5 hari lagi untuk sampai ke tarikh 5 Mei 2021. ...
Jumpa lagi. Petang ini kita jalan-jalan ke Turki pula. Jom kita berkenalan dengan makanan di negara Turki. Boleh klik di sini: LAHAD DATU - TAWAU - KLIA - DOHA - ISTANBULTurki (Jawi: توركي), secara rasmi dipanggil Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia...