10 Pilihan Resepi Sup Ayam Yang Sedap!
4:01 PTG
Selamat bercuti sempena Hari Wesak buat semua.
Kali ini Amie ingin kongsikan 10 Pilihan Resepi Sup Ayam Yang Sedap!
Sesekali menghirup kuah sup memang terasa sungguh berselera! Apalagi kalau sup yang ditambah dengan lada putih atau lada hitam, sudah tentu berpeluh-peluh jadinya! Menyihatkan, dan orang yang sakit pun boleh terus bangkit... heheee!
Barangkali perlu juga kita mencuba resepi masakan sup ayam yang lain dari kebiasaan. Suatu ketika dahulu, Amie suka sangat masak sup ayam Hadyai. Ooohh!! Sedapnya! Walaupun dihidangkan ketika bersahur tetapi selera untuk menikmatnya tak boleh dihalang! Apa pun banyak lagi resepi sup ayam yang boleh dicuba walaupun bahan asasnya sama tetapi sedikit sebanyak memberikan rasa yang agak berbeza. Ada sup ayam yang ditumis dahulu segala perencahnya. Ada yang terus direbus sahaja. Unik bukan? Inilah mewahnya resepi dalam dunia masakan. Pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan.
Selain penggunaan ubi kentang dalam masakan sup ayam, boleh juga dipelbagaikan penggunaan bahan lain seperti lobak merah, betik, jagung, kundur dan sebagainya. Kalau selalu kita tambahkan daun sup, apa kata sesekali kita tukar dengan daun kemangi!
Di bawah ini Amie senaraikan 10 Pilihan Resepi Sup Ayam Yang Sedap!
Cubalah. kalau tak cuba, kita tak tahu sedap atau tidak bukan?
1. Sup Ayam Berempah
2. Sup Kaki Ayam dengan Betik dan White Fungus
3. Sup Kaki Ayam dengan Campuran yang Menyihatkan!
4. Sup Kaki Ayam dengan Kundur
5. Sup Ayam Harum Kemangi
6. Sup Ayam dengan Betik
7. Sup Ayam dengan Selada Air
8. Sup Ayam Akar Ginseng
9. Sup Ayam Hutan Tumis Darat
10. Manuk Ballahan Lahad (Ayam Masak Kampung)
Resepi: Sup Ayam Berempah
Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 83 sudu besar rempah sup Baba's
3 biji kentang - buang kulit dan belah 4
1/2 batang lobak merah - buang kulit dan potong bulat
1 sudu kecil lada putih tumbuk
hirisan daun sup
3 sudu besar minyak
1.2 liter air
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumis:
3 ulas bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris
3 cm halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih, bawang merah serta bawang besar hingga layu.
2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sebati hingga harum, dan seterusnya masukkan rempah sup. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan beberapa kali. Masak sehingga daging ayam berubah warna, kelihatan layu dan keluar ainya.
4. Tambahkan air dan masak dengan api besar.
5. Setelah kuah mendidih, masukkan kentang dan lobak merah serta lada putih.
6. Biarkan masak sehingga daging ayam dan kentang empuk.
7. Akhir sekali perasa dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
8. Padamkan api dapur dan taburkan hirisan daun sup sebelum menghidangkannya.
Bahan-bahan:
500 gram kaki ayam - bersihkan dan potong ikut citarasa1 biji betik mengkal anggaran 500 gram - kupas kulit, buang biji dan potong ikut citarasa
2 kuntum white fungus - rendam hingga kembang kemudian carik-carik
7 tangkai kemangi
2 liter air
1 labu bawang besar - belah 8
7 ulas bawang putih - belah 2
3 cm halia - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada putih - tumbuh
garam / perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Dalam sebuah periuk / kuali masukkan air, kaki ayam, betik, white fungus, bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
2. Masak menggunakan api besar sehingga mendidih selama 10 minit, dan kemudian perlahankan api. Renih sehingga kaki ayam menjadi lembut.
3. Perasakan dengan lada putih, garam dan perasa pilihan.
4. Biarkan seketika dan kemudian masukkan daun kemangi. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Untuk resepinya sila klik : DI SINI
Resepi: Sup Kaki Ayam dengan Kundur
Bahan-bahan:
700 gram kaki ayam - bersihkan - potong 2
400 gram isi kundur (yang sudah dibuang kulit dan biji)
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 sudu besar serbuk rempah sup - bancuh dengan 1/2 cawan air
10 tangkai kemangi
garam / gula / perasa pilihan
3 sudu besar minyak
2 liter air
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu dan kemudian masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga terbit aroma.2. Kemudian masukkan kaki ayam bersama kundur.
3. Gaul kaki ayam bersama kundur sehingga kaki ayam berubah warna (layu).
4. Tuangkan air dan biarkan mendidih selama 10 minit.
5. Tutup kuali / periuk dan kecilkan api dapur.
6. Biarkan mendidih sehingga kaki ayam empuk.
7. Buka tutup kuali / periuk dan masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan air serta lada putih tumbuk.
8. Akhir sekali masukkan garam / gula / perasa pilihan dan daun kemangi.
9. Kacau sekali dua dan terus padamkan api dapur.
Resepi: Sup Ayam Harum Kemangi
Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong ikuit suka
400 gram betik mengkal / separuh masak - kupas kulit dan potong ikut suka
1 biji lobak merah - kupas kulit dan potong ikut suka
2 batang jagung - kerat 4
4 batang leek - potong ikut suka
5 tangkai daun kemangi - ambil bahagian yang berdaun
7 ulas bawang putih - pecahkan dan buang kulit
2 labu bawang besar - kupas dan belah 4
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
serbuk Maggi Cukup Rasa secukupnya
2 liter air
Cara memasak:
1. Jerang air atas dapur.
2. Masukkan daging ayam, betik, lobak merah, jagung, bawang putih, dan bawang besar.
3. Masak sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api dapur. Tutup periuk dan biarkan merenih sehingga kesemua bahan menjadi lembut dan empuk.
4. Buka penutup periuk. Tambahkan lada putih dan serbuk Maggi Cukup Rasa.
5. Akhir sekali tambahkan lekk dan juga daun kemangi. Padamkan api dapur, dan pada masa yang sama kacau masakan sekali dua.
6. Hidangkan panas.
P/S : Daun kemangi akan hilang aroma sekiranya dimasak lama.
P/S : Daun kemangi akan hilang aroma sekiranya dimasak lama.
Resepi: Sup Ayam dengan Betik
Bahan-bahan:
1/2 kg daging ayam - potong ikut suka1/2 kg betil mengkal - kupas dan potong dadu
3 kuntum cendawan shiitake - bilas dan rendam hingga kembang - jangan buang air rendaman
1 labu bawang besar - belah 4
3 ulas bawang putih - ketuk
3 cm halia - ketuk
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 liter air
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Jerang air di dalam periuk. Nyalakan api dapur.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, daging ayam serta betik dan juga cendawan shiitake. Masukkan sekali air rendaman cendawan tadi
3. Masak dengan api besar sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, tutup periuk dan perlahankan api dapur.
5. Renih sehingga daging empuk.
6. Perasakan dengan lada putih, garam / gula / perasa pilihan.
7. Hidangkan panas dengan taburan daun sup dan bawang goreng.
Bahan-bahan:
500 gram ayam - Amie gunakan sayap @ kepak ayam - potong ikut saiz yang digemari
secekak selada air - ambil daun dan pucuknya yang muda
2 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar serbuk rempah sup
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
4 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga terbit bau dan berwarna kekuningan.
2. Masukkan rempah sup, dan cepat-cepat gaul rata kemudian masukkan ayam.
3. Masak sehingga ayam berubah warna (layu), dan jika terlalu kering tambah sedikit air.
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga terbit bau dan berwarna kekuningan.
2. Masukkan rempah sup, dan cepat-cepat gaul rata kemudian masukkan ayam.
3. Masak sehingga ayam berubah warna (layu), dan jika terlalu kering tambah sedikit air.
4. Tuangkan air dan biarkan masak mendidih.
5. Apabila ayam mulai empuk,masukkan tomato.
6. Setelah tomato menjadi lembut, masukkan pula selada air.
7. Biarkan kuah mendidih sekali lagi.
8. Perasakan sup dengan lada putih, garam / gula / perasa pilihan
9. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Resepi: Sup Ayam Akar Ginseng
Bahan-bahan:
400 gram hirisan dada ayam - kalau ada ayam kampung lagi bagus
7 helai akar ginseng
7 batang tong sam (herba cina)
7 hirisan nyuk chuk (herba cina)
7 hirisan pek kee (herba cina)
7 biji kurma merah
7 biji longan kering
1 cm halia – hiris
5 ulas bawang putih – pecahkan
½ sudu kecil lada putih – tumbuh
2 liter air
Garam
Cara memasak:
1. Jerang air di dalam periuk.
2. Masukkan hirisan ayam, akar ginseng, tong sam, nyuk chuk, pek kee, kurma merah, longan kering, halia dan bawang putih.
3. Setelah masakan mendidih, pelahankan api dapur dan tutup periuk.
4. Renih sekurang-kurangnya 2 jam setengah. (2 ½ jam)
5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Sup Ayam Akar Ginseng sedia dinikmati ketika masih panas.
Resepi: Sup Ayam Hutan Tumis Darat
Bahan tumbuk: / kisar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi
1/2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
Bahan penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 batang serai - diketuk
3 cm lengkuas - diketuk
2 bonggol pokok ketumbar - rendam dalam air supaya pasirnya tanggal - bilas hingga bersoh dan ketuk sedikit
Bahan lain:
3 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
hirisan daun ketumbar
bawang goreng
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga harum.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga sebati. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit kuah sup ayam hutan yang sedang direnih. Tumis sehingga mendidih.
3. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk slow cooker yang berisi sup ayam hutan.
4. Tutup periuk semula, dan biarkan lagi selama 2 jam.
5. Ketika ini ayam hutan sudah benar-benar empuk, begitu juga dengan lobak merah dan kentang.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
7. Hidangkan panas. Jika suka sediakan sambal kicap dan perahkan limau nipis atau limau kasturi ketika menikmati Sup Ayam Hutan Tumis Darat ini. Jangan lupa taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 8 bahagian
500 gram labu kundur - kupas kulit dan potong dadu
1 batang serai - dititik
800 ml air
garam / gula / perasa pilihan
4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
20 biji cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam dan kacau rata.
3. Setelah daging ayam berubah warna, tambahkan air. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Masukkan labu kundur, dan masak sehingga ayam menjadi empuk.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
0 comments