Tips Masak Kari Ikan Tanpa Santan Yang Sangat Sedap!

10:03 PTG

Assalamualaikum.
Moga petang ini dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang dan  dapat menunaikan solat tarawih bersama-sama juga. In shaa Allah. Seronok rasanya dapat berbuka puasa, bersahur dan bertarawih bersama keluarga di bulan nan mulia ini. Mudah-mudahan segala rasa seronok dan gembira itu, dilimpahi jua dengan rahmat dan kasih sayang dari-Nya. 

Hari ini kami berbuka puasa dengan hidangan nasi dan masakan kari ikan serta dua jenis kuih yang Encik Suami beli di bazar Ramadan. Masakan kari ikan ini rasanya sudah cukup sebagai lauk nasi memandangkan di dalamnya sudah terkumpul ikan dan sayur-sayuran. 
Pada mulanya Amie ingin habiskan stok ikan di dalam peti sejuk, tetapi terfikir pula nak masak apa dengan ikan putih @ ikan cermin itu? Rasanya kalau masak kari tentu menyelerakan seisi keluarga. Tiba-tiba teringat pula video masakan kari ikan merah yang dikongi oleh KENCHANA DEWI di Facebook. Sebelum ini Amie sudah mencuba resepi masakan kari tanpa santan Kenchana Dewi di sini: KARI AYAM KENCHANA.
Kenchana Dewi gunakan ikan merah, tapi Amie hanya ada ikan putih. Dan satu lagi, Kenchana Dewi gunakan terung bulat, tapi Amie gunakan terung panjang....hiks! Itu sahaja bahan yang Amie ada. Bolehlah ye.

Sama seperti Kari Ayam Kenchana, kari ikan ini juga tidak menggunakan santan. Rasa sangat teruja untuk menyiapkan masakan kari ikan ini, sebab di awal masakan, bukan main lagi naik aroma segala bahan penumis memenuhi ruang dapur!

Inilah ikan yang Amie gunakan. Kenchana gunakan ikan merah, Amie gunakan ikan putih... ahaks!

Ikan putih yang sudah dibersihkan ini Amie potong 2. Sebenarnya Amie masak sekali untuk sahur. Jadi, waktu berbuka boleh makan separuh, dan separuh lagi boleh dipanaskan sewaktu sahur nanti.

Sebelum ini, Amie tidaklah pernah menggunakan rempah halba sebegini banyak! Tapi Amie yakinkan diri supaya ikut sahaja sukatan yang telah diberikan oleh Kenchana. Jadi Amie tetap gunakan 1 sudu besar halba!

Kalau penggunaan bawang besar yang banyak memang perkara biasa Amie lihat dalam masakan, tetapi kali ini Kenchana gunakan 15 ulas bawang putih! Amie ikutkan juga, dan setiap ulas bawang putih ini Amie belah dua.

Penggunaan tomato dan bawang besar yang banyak dalam masakan kari sememangnya sudah biasa Amie buat, dan Amie percaya kedua-dua bahan ini mampu mewujudkan rasa yang tersendiri dan semulajadi! Kalau tak percaya, cubalah ye...hiks!

Apa boleh buatlah labu! Terung bulat tidak ditemui oleh Encik Suami sama ada di pasar pesar LD dan juga di Pasar Sri Perdana. Beberapa kali Encik Suami telefon, Amie kata beli sahajalah terung panjang.

Bukan setakat terung sahaja, tetapi kacang bendi juga digunakan. Wah! Tentu meriah hasil masakan kari ikan kali ini.

Dan sebagai sentuhan akhir, masukkan hirisan tomato bersama hirisan daun ketumbar sebelum api dapur dipadam. 
Wokey...  Jom kita mula masak!

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cermin @ ikan putih - anggaran 1 kg - bersihkan dan potong 2
1 biji terung bulat - belah 6-8 (Amie gunakan terung panjang)
10 biji kacang bendi 
segenggam asam jawa - bancuh dengan 1.5 cawan air 
600 ml air
1 biji tomato - belah 6
3 tangkai daun ketumbar - hiris
1/2 cawan minyak
garam  atau (gunakan perasa pilihan ikut citarasa masing-masing)

Bahan tumis:
1 sudu besar halba
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil campuran biji sawi
2 biji bawang besar - hiris
15 ulas bawang putih - belah 2
5 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
2 biji cili hijau - potong 2
2 biji cili merah - potong 2
2 biji tomato saiz besar - potong dadu

Bahan rempah:
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan halba, jintan manis serta campuran biji sawi. Kacau seketika dan kemudian masukkan pula bawang putih.
2. Biarkan bawang putih masak seketika, barulah masukkan bawang besar pula. Kalau boleh, masukkan satu persatu bahan tumis, dan biarkan seketika dahulu supaya timbul aromanya barulah diikuti dengan bahan tumis yang lain.
3. Setelah bawang mula kekuningan, masukkan pula daun kari dan kacau lagi, dan kemudian masukkan cili merah serta cili hijau.
4. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong dadu. Kacau rata dan masak sebati sehingga hancur. (Pada masa ini Kenchana masukkan sedikit garam). 
5. Masukkan terung dan kacang bendi. Gaul rata seketika.
6. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau sebati, dan kemudian masukkan air. Tutup periuk sehingga kuah mendidih.
7. Setelah kuah mendidih, Kenchana masukkan sekali lagi sedikit garam diikuti dengan bancuhan air asam jawa. Kemudian didihkan sekali lagi. 
8. Masukkan ikan. Tutup periuk dan biarkan masak selama 5 minit.
9. Buka penutup periuk, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Sekali lagi, terima kasih buat Kenchana Dewi. Moga sentiasa sihat dan murah rezeki.Lain kali boleh kongsi resepi lagi heheeee!

6 comments

  1. Nampak sedap la.. Kari ikan let halba sedap

    BalasPadam
  2. Mamapp,
    sedap... jemput makan sama.

    BalasPadam
  3. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melaka
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe