ADSENSE

Sabtu, 4 Mei 2019

Nasi Goreng Taucu dengan Lokan

Selamat berhujung minggu.
Sudah sarapan ke belum?
Kalau belum, marilah jemput nikmati Nasi Goreng Taucu dengan Lokan di dapur kita!

Ada lebihan LOKAN MASAK TAUCU yang Amie olah kelmarin. Walaupun kuahnya sudah habis, tapi lokan yang tinggal masih banyak dan Amie gunakan sebagai perencah nasi goreng. Jadi, jimatlah masa tak perlu masak lokan lama-lama sebab lokan sudah sedia lembut. Amie tambahkan taucu dalam nasi goreng. Amie gunakan taucu manis. Heheee... walaupun manis, kalau dah namanya taucu tentu rasa masin tetap ada!
Jom kita masak nasi goreng.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 sudu besar taucu manis
1 cawan lokan
1 cawan jagung tin
3 sudu besar minyak
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
garam / perasa pilihan secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan taucu dan juga lokan serta jagung. Gaul rata.
3. Masukkan nasi putih, sedikit garam dan perasa pilihan (jika perlu).
4. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Bubuhlah aksesori tambahan jika seuka sebelum dihidangkan.

1 ulasan:

Ujie Othman berkata...

Wow...menu baru bagi saya ni. 😋