Resepi Mee Hoon Goreng Ayam Yang Mudah Tapi Sedap!
6:13 PTG
Assalamualaikum.
Warga LD hari ini mendahului yang lain kerana waktu berbuka puasa dijadualkan pada 6:13 petang. Jadi, orang Malaya, sanak saudara kena bersabarlah menunggu waktu berbuka puasa di sana ye.
Sebenarnya tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka petang ini. Tengah terfikir-fikir tiba-tiba Encik Suami telefon, tanya nak masak apa petang ini. Bila kita kata tak tahu nak masak apa, katanya kelmarin ada dia beli mee hoon, ada beli peha ayam, ada sayur sawi. Bolehlah masak mee hoon goreng. Kita pun terus jawab: Okey!
Selesai masalah.
Mari masak Mee Hoon Goreng Ayam!
Selongkar peti sejuk, cari tigh dan drumstick, sukuan peha ayam yang bersambung tu. Ada empat ketul semuanya, dan Amie keluarkan dua ketul. Ternampak hati ayam, ambil juga 3 ketul!
1 bungkus mee hoon - rendam dengan air sejuk sehingga kembang - toskan
2 ketul peha ayam (drumstick dan tigh) - potong ikut suka
3 ketul hati ayam - potong ikut suka
1 pokok sawi - bersihkan - potong - pisahkan batang dan daun
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan hati ayam. Masak sehingga daging ayam empuk.
3. Kemudian masukkan batang sawi dan gaul sebati hingga layu.
4. Seterusnya masukkan mee hoon bersama daun sawi dan gaul rata.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.
Siaplah hidangan Mee Hoon Goreng Ayam untuk berbuka. Memang penuh dengan ayam. Jadi tak payahlah masak nasi. Istimewanya mee hoon goreng kali ini Amie tak bubuh sebarang sos seperti kicap, sos cili atau sos tomato atau juga sos tiram. Rasa original gitu...ahaks!
Ni gambar atas bawah apa pulak ni?
Ooooo.... Encik Suami bawa pulang murtabak!
Tak boleh bubuh kuahnya dulu sebab nanti murtabak kembang sebelum waktu berbuka...heheeee.
Dan, tak ketinggalan popia dan kuih kasturi kegemarannya! Tukang buat air (Fairuz) baru masuk dapur. Kelentang-kelentung, tak tahu air apa yang disiapkannya! Wokey... azan dah mula bergema! Buka puasa dulu ye!
4 comments
jelesnya kul 6 lbh dh berbuka kak... tp yelah kt sana sahur pun awal kan...
BalasPadamteringat dulu2 ada kwn serumah org sabah, time nk berbuka dia duk asik tanya je kak btl ke kul 7 lbh baru buka hehehe... sbb kt sabah dia biasa buka kul 7 lbh hehhee, tp lama2 dh ok dh, skrg dh pindah ke sabah semula,... rindua ngn diaorg
mmg betul2 mehun ayam nih kak, penuh ayam hehehe...
murtabak tuh cicahnya yg timun tu ke kak?
Salam.. kak Amie.. syedapnya, feberet ni Mee Hoon Goreng, mmg terbaaeekk mee hoon ayam akak ni, meriah ayam tu.. nyum..nyum..
BalasPadamMee hoon goreng ayam untuk hari puasa ke tiga , yes..kita serupaaa.. Hehe
BalasPadamNorhidana,
BalasPadammurtabak tu cicah acar timun sama kuah hitam.
Halamanku,
hahaaa.... mee honn lauk ayamlah kiranya ye.
Maqnie,
wah! tukar pinggan kita ye.