ADSENSE

Sabtu, 25 Mei 2019

Selamat Menyambut Malam Pasung : 21 Ramadan

Malam Ketupat 15 Ramadan telah berlalu, dan hari ini masyarakat Melayu Cocos menyambut Malam Pasung pula sempena 21 Ramadan. Sama seperti Malam Ketupat, selepas menunaikan solat tarawih di masjid mereka akan bertukar-tukar kuih pasung.
Sewaktu MIL masih ada memang banyaklah kuih pasung yang MIL buat. MIL agih-agihkan kepada anak cucu. Setelah MIL pergi, kakak ipar yang ambil alih tugas menyediakannya ketika tiba  Malam Pasung. Namun hari ini, sekali lagi kami sangat terasa kehilangan kakak ipar sama seperti perasaan ketika menyambut Malam Ketupat. Kakak ipar sudah 90 hari meninggalkan kami semua. Moga tika ini arwah berada di salah sebuah di antara taman syurga-Nya. In shaa Allah.


Kuih Pasung di atas merupakan hasil air tangan arwah kakak ipar 2 tahun lalu ketika Amie memintanya mengajar Amie cara membuat kuih ini.
Boleh klik di sini untuk melihat resepinya: KUIH PASUNG.

Gambar-gambar Kuih Pasung ini Amie copy paste dari entri Amie yang lepas.

Biasanya MIL akan membuat Kuih Pasung tanpa sebarang pewarna, tetapi zaman yang semakin berubah menyebabkan kuih ini juga ikut berubah. Arwah kakak ipar pula memperlbagaikannya dengan warna dan perisa seperti menambahkan jus pandan.

Pagi tadi, Encik Suami bercadang untuk mencari kuih pasung. Sebelum itu dia meminta Amie buat kuih tersebut tetapi kami tiada 'tempat duduk' kuih pasung ketika proses mengukus. Akhirnya Encik Suami singgah di bazar Ramadan, dan kebetulan abang ipar Amie (abang Encik Suami yang baru bersara) menjual kuih-muih di situ, dan sudah tentulah ada kuih pasung yang banyak dijual! Encik Suami beli 10 batang kuih pasung (dalam gambar di atas), tetapi belum sempat menjamahnya. Sebelum Maghrib, dapat berita kakak ipar Amie kemalangan jalan raya di Kunak dan sedang mendapatkan rawatan di hospital. Selepas menjamah sedikit juadah, dan solat Maghrib Encik Suami tergesa-gesa bersama abang ipar dan anak buah menziarahi kakak ipar di hospital yang terletak kira-kira 75 km dari LD. Amie nak ikut, tapi Encik Suami kata, jaga anak di rumah.
Selamat Menyambut Malam Pasung.

3 ulasan:

Rodong Koi - Pahang Blogger berkata...

wah sedapnyaa

Nasa Mulia berkata...

antara kuih yang saya suka...semoga mereka yang telah pergi mendahului kita ditempatkan bersama para solihin...

Amie berkata...

Rodong Koi,
memang sedap terutama ketika makan sewaktu kuih masih hangat.

Nasa,
Alhamdulillah... In shaa Allah, Aamiin.