ADSENSE

Rabu, 22 Mei 2019

Sedapnya Singgang Udang Galah dengan Nanas!

Sedap!
Kuahnya sangat sedap! Mesra bercampur rasa masam, masin, manis! Apalagi bila dimasak lebih awal, sebatilah rasanya! Nikmat sungguh makan nasi panas dengan kuah Singgang Udang Galah dengan Nanas!
Encik Suami tak rasa semua tu sebab dia makan mee goreng...ahaks!
Kita makan nasi panas lauk Singgang Udang Galah dengan Nanas, ikan sagai goreng dan sambal belacan.
Sedapnya ya ampun!
Selamat berbuka puasa.

Sebenarnya idea masak singgang udang galah ini timbul apabila Encik Suami bercerita (suatu ketika dahulu), dijemput makan di rumah rakannya, dan antara lauk yang dihidangkan ialah udang rebus, katanya. Pada fikiran Amie, buka rebus sebarangan, sebab Encik Suami kata sedap sungguh kuahnya! Kalau rebus, tentu dengan garam sahaja...hiks! Mungkin udang masak singgang, sahut Amie.
Agaknyalah, jawan Encik Suami.
Suatu hari Amie cuba masak udang (udang laut) masak singgang, dan Encik Suami kata memang begitulah rasa udang rebus yang dihidangkan di rumah kawannya itu.

Ada lebihan12 ekor udang galah dalam peti sejuk. Amie cuba masak singgang campur dengan nanas tua tetapi belum masak. Masih ada rasa masam-masamnya. Kali ini Amie tumis dahulu bahan perencahnya. Di akhir masakan Amie masukkan daun kunyit. Waduh! Aromanya memang sungguh menyegarkan hidung!
Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:
12 ekor udang galag - bersihkan - bilas - toskan
1/2 biji nanas saiz kecil - (300 gram) - buang kulit - potong ikut suka
1/2 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 cm lengkuas - hiris
2 cm halia - hiris
1 batang serai - ketuk
asam gelugor - jika perlu
3 sudu besar minyak
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan lain:
10 biji cili padi merah dan hijau
sehelai daun kunyit - siat dan simpul

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih serta serai hingga terbit bau.
2. Masukkan nanas dan kacau beberapa kali. Biarkan seketika.
3. Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih sehingga nanas layu. Ketika ini sudah boleh rasa sama ada kuah rasa masam nanas atau sebaliknya. kalau tiada rasa masam, bolehlah masukkan asam keping atau asam gelugor. Jumlah ikut suka nak masam yang macamana.
4. Seterusnya masukkan udang galah serta cili padi merah dan hijau.
5. Biarkan mendidih sekali selama 5 minit atau sehingga udang galah masak.
6. Masukkan daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
7. kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

1 ulasan:

norhidana berkata...

wahhhh sedap nih kak boh nenas lak....

kiranya tak pelik la aritu dana msk singgang udang galah ni, sbb akak pun dh biasa msk hehehe...