Ikan Pari Lemak Cili Padi

10:19 PTG

Sebelum tidur malam ini Amie masukkan menu makan malam kami sekeluarga untuk hari ini. Resepi Amie kali ini resepi kampung saja. Rasanya sebut saja menu Ikan Pari Lemak Cili Padi, semua sudah tahu apa bahannya. Orang kata kalau nak sedap tak payah bubuh bawang, tapi Amie bubuh juga. Cili padinya pula, tak sempat Amie kira. Amie ambil segenggam.... agaknya adalah dalam 25 ke 30 biji! Tapi kalau dah berjumpa dengan santan, taklah pedas menyengat rasanya! Satu lagi, Amie bubuh bunga kantan dalam resepi Amie.......


Seperti biasa, inilah hasilnya masakan orang yang hanya memperuntukkan masa 1 jam untuk menyiapkan hidangan dan lebih kurang 1/2 jam untuk menikmati hidangan bersama keluarga. Jadinya, memang resepi begini amat menjimatkan masa kerana segala sayur-mayur masuk sekali ke dalam kuali!


Amie bubuh anak jagung bersama tomato dan juga bunga kantan. Bunga kantan ini istimewa bagi Amie sebab Amie ambil dari Lembah Danum. Oleh kerana terlalu banyaknya pokok kantan yang berbunga di segenap kawasan penginapan dan tempat-tempat lain, Amie minta izin daripada pegawai perhutanan di situ untuk mengambilnya. 


Untuk yang sudi menjenguk dapur Amie dan baru nak belajar masak, Amie perturunkanlah resepi ini.

Resepi : Ikan Pari Lemak Cili Padi
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1kg ikan pari - Amie pilih ikan pari bunga
200ml santan pekat
200ml air
2 keping asan gelugur
1/2 sudu serbuk kunyit
2 kuntum bunga kantan - belah 2
5 batang anak jagung - belah 2
3 biji tomato - belah 4
2 batang serai - diketuk
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
segenggam cili padi - 25-30 biji
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk, dan serai  hingga pecah minyak..
2. Masukkan air dan asam gelugur dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih. 
3. Masukkan ikan pari dan masak selama 5 minit.
4. Masukkan santan, bunga kantan, tomato dan anak jagung.
5. Masukkan garam dan gula / perasa pilihan.
6.Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih.
7. Angkat dan hidangkan.



Selamat menjamu mata!

24 comments

  1. Selamat malam Kak Amie
    Rahel dah sampai ni...ada org kat umah tak? nak isi pinggan kosong ni ngan ikan pari lemak cili padi..

    BalasPadam
  2. akak..mesti geram je tengok bunga kantan tu..hehehe.kalau saya pun nak petik jugak bawak balik...hehehe..

    BalasPadam
  3. Assalam Kak Amie, wahhh sedapnya tgk ikan pari ni kak...sejak dok sini lum jumpa lagi ikan pari la...terliur sudah..hehe

    BalasPadam
  4. salamkak amie...dah lama Liza xmkn ikan pari,tp biasa Liza buat asam pedas jer...

    BalasPadam
  5. Sedapnya Amie, lama tak makan ikan pari, kena pulak masak cili api, pergh meletop!

    BalasPadam
  6. Rahel,
    ambik je satu pinggan ikan pari tu Rahel... he he hehhh

    Quinnie,
    memang geram sangat... tu sebab tak tahu malu mintak kat renjer hutan tu...

    Nieza,
    tak dapat ikan pari, ada ikan lain pun jadilah ye Nieza...

    Liza,
    biasanya Kak Amie pun buat asam pedas juga...

    Ummi,
    suami kita sampai meleleh-leleh peluh pekena ikan pari lemak cili padi ni tau Ummi...

    BalasPadam
  7. mmg sedap..kecur air liur ni,sy x pernah masak ikan pari,kalo tuke bakar sedap..

    BalasPadam
  8. Assalam amie,
    wah belum pernah cuba masak ikan pari cili padi ni..dah tentu sedap lagi2 kalau pedas..

    BalasPadam
  9. amie kak ilah belum pernha masak lemak ikan pari lagi..selalu tumis asam dan kari jer dan masak kicap asam...menarik nie...nyummm2

    BalasPadam
  10. ikan pari ida pernah msk asam pedas ngan bakar jer kak...belum pernah lg msk lomak ni...alahh sini susahnyer nk jumpa ikan pari....mintak ngan akak seketui la

    BalasPadam
  11. kakakkkkkk kasi semangkuk kat sini....bau dah sampai ni ngeee

    BalasPadam
  12. Ada aroma bunga kantan itu yg tambah sedap Amie... Pedasnya mesti menyegat sebab cilinya segenggam huh...

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kak amie nampak ikan pari ni meleleh ayaq liuq hahahah sedapnya selalunya hanya bakar @ asam pedas aje menu nya ni nampak akak buat masak lemak kecurrr

    BalasPadam
  14. nampak sedapnya lemak cili padi akak.. selalunya ikan pari saya masak asam pedas.. tak pernah buat masak lemak.. ada resepi ni nnt2 boleh cuba pulak buat masak lemak ikan pari tu..

    BalasPadam
  15. tak penah makan pari masak lemak.. selalunya asam pedas je..

    BalasPadam
  16. Lum penah masak ikan pari masak cili api...selalunya masak asam pedas..tak pun kari sesekali...leh gak dicuba2 nanti...:)

    BalasPadam
  17. Nens,
    suka masak ikan pari sebab tak bertulang...

    Ayu,
    laaa... Amie ingat orang lain dah biasa masak lemak cili padi, sebab resepi ni memang biasa family Amie buat...

    Ilahjy,
    cubalah masak lemak cili padi... mana tahu ada kelainan rasanya ...

    Ida,
    sedap tau masak lemak cili padi Ida... balik sini nanti try masak begini ye...

    BalasPadam
  18. Lady Ayu,
    boleeehhhhh.....pilih je mangkuk mana yang Ayu mahu angkat... he hehehh

    Kak Zakie,
    kalau cili padi dah jumpa santan, pedas menyengatnya hilang sebab santan tu bagi rasa manis...

    Hanis,
    resepi ini biasa kami makan, dulu masa di UM, memang masak lemak cilip api ikan pari jadi pilihan utama Amie kalau makan tengahario di plaza siswa..

    Yan,
    cubalah Yan...sedap tau...

    Cik Cek,
    cuba Cik...dah sekali rasa, nak masak lagi tau....

    BalasPadam
  19. Assalam Amie, saya pun kalo msk lemqak cili padi nak juga boh bwg, tak reti msk yg tak boh bwg heheh, tapi mkn yg org msk sedap je heheh

    Best la dpt bunga kantan free heheh, senang msk2 sekalingan sayur2 hehe

    BalasPadam
  20. menyesal tengok blog kak amie time tgh lapar ni. org ni dahla peminat ikan pari...sedapnye la hai...tapi nani tak pernah pula makan pari masak lemak. nanti nak cuba la...tapi tahun depan la sebab skrg dh nak operasi perabih stok makanan.

    BalasPadam
  21. oh ya...nani kursus di borneo paradise nanti. 14-17 nove. tapi tak tahu lagi tmptnya kat mane..kot2 la kak amie pon ada pegi..hihih

    BalasPadam
  22. Salam Kak Amie..wahhh ni baru 1st time tahu resipi masak lemak pari..biasa jumpa masak asam jeee..buat pedas2 mesti sedap kan....

    BalasPadam
  23. biaso papa mifz jumpo ikan pari masak asam podas jer...

    BalasPadam
  24. Rosa,
    Amie pun belum cuba masak lemak cili padi tanpa bawang, ntahlah...orang kata rasanya lebih sedap....

    Nani,
    rupanya ramai yang tak biasa jumpa ikan pari masak lemak ye... Kak Amie sangka resepi ni biasa dimasak orang...

    dah nak balik cuti ye Nani...

    Sue,
    nampaknya kira resepi barulah ni ye... sebab ramai sangat yang tak biasa dengan ikan pari masak lemak ye Sue...

    Papa Mifz,
    cuba sekali masak lomak ni...mesti Papa Mifz menambah-nambah lagi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe