Smoothie Mangga Wani@Kuinin
1:06 PTGMenu yang sukar untuk ditinggalkan dalam diet harian keluarga Amie tentulah smoothie. Sebelum ini Amie hanya beli dari seorang kawan kerana anak-anak sangat menggemarinya. Kadang-kadang kalau terlambat buat pesanan, kami hanya dapat Smoothie Betik@Papaya, dan anak-anak kurang meminati buah tersebut. Akhirnya Amie putuskan lebih baiklah Amie sediakan sendiri di rumah. Bahan asasnya pun tidaklah susah sangat untuk dicari. Kita boleh ubahsuai sendiri mengikut citarasa. Misalnya kalau buah pilihan kita itu sudah sedia manis, bolehlah kurangkan gula atau tak perlu bubuh langsung. Satu lagi, tentulah untuk menikmati yogurt dengan campuran buah-buahan dan susu segar dalam keadaan yang memenuhi kehendak serta selera keluarga. Khasiat yogurt memang tidak boleh disangkal lagi dan Amie sebenarnya telah mempelajari cara membuat yogurt daripada seorang rakan keturunan India tetapi sehingga kini masih belum berani mencuba. Amie gunakan yogurt asli yang banyak didapati di pasaraya. Hari ini Amie buat Smoothie Mangga Wani (nama yang diberikan oleh masyarakat tempatan, dan buah ini kebanyakannya didatangkan dari Filipina). Amie gunakan sebiji buah mangga wani@kuinin untuk mendapatkan 2 gelas smoothie seperti di bawah ini.
Resepi: Smoothie Mangga Wani@Kuinin
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji mangga wani@kuinin - kupas kulit dan potong dadu
60ml yogurt asli
50ml susu segar
1 sudu gula - Amie kurangkan gula kerana mangga ini manis
Cara:
1. Sejukbekukan mangga wani@kuinin selama 4-5 jam.
2. Campurkan mangga wani@kuinin bersama yogurt asli, susu segar dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.
Oleh kerana cuaca hari ini sekejap panas dan sekejap mendung.... ia tidak memberi kesan bagi membuat keputusan untuk menyediakan smoothie atau pun tidak. Apabila smoothie sudah terhidang, tidak sampai 5 minit..... habis.....
10 comments
selamat petang Kak Amie..
BalasPadamwaa..time panas sesuai betul dg hidangan ni..nyaman dan segar je kan..
Salam Kak Amie, lama tak singgah sini..
BalasPadammintak secawan smoothie tu :)
Makan smoothie ni Amie guna straw yang besar tu atau sudu je..?
BalasPadamsalam kak amie: terserdak wani bila baca smoothie mangga wani hihi.. rupanya ada nama lain bagi kuinin ya .. first time dengar ... sedappnya ... hujan2 ni minum smoothie... nyaman walaupun suasana sejuk.. kat sini pun sekejap panas sekejap mendung sekejap hujan ..
BalasPadamAmie..acik dah buat strawberriy..anak baru cakap..kalau mangga lagi sedap ni mak..katanya.sekali tengok dah ada disini..terima kasih Amie.
BalasPadamRahel,
BalasPadamyuppp....nyaman di tekak...slurrppp...slurrrppp..
Ixora,
oo.. baru nampak batang hidung dia... he he hhh jom nikmati smoothie...
Che Mid,
guna sudu Che Mid... kalau yang pekat, kalau dah cair tu guna straw besar pun boleh...
Wani,
orang sini sebut begitulah...ooo..terdengar sampai sana ye...
Acik Erna,
smoothie mangga memang sedapppp...!!!! nak cari mangga harum manislah pulak nanti...
Kalau musim panas sedapnyaaaa...
BalasPadamtak pernah rasa smoothie..tp teringin nak mencuba...
BalasPadamNampak macam puding, kelas gitu...
BalasPadamKak Zaitun,
BalasPadammemang sedap kalau panas... kenyang pun iye, hilang dahaga pun iye...
Totie,
boleh cuba...mudah saja...
Ummi,
smoothie tu pekat sikit Ummi...