Stik Daging Rusa

by - 7:53 PTG

Petang ini Amie's Little Kitchen menghidangkan menu Stik Daging Rusa buat pengunjung yang budiman. Resepi asal yang Amie gunakan ialah Stik Daging Lembu berdasarkan buku resepi Makanan Barat olahan Chef  Hanieliza. 



Resepi Asal: Stik Daging Lembu
Sumber : Masakan Barat oleh Chef Hanielieza

Bahan A:
500 gram daging batang pinang - stik - Amie gunakan daging rusa
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh madu ataupun gula
1 sudu makan sos plum

Bahan B:
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C:
(Untuk Sos Lada Hitam)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara Membuat Stik:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm.
2. Gaul semua Bahan A dan Bahan B dan perap selama 4-5 jam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick dan tutupkan dengan tudung.
4. Masak di atas api sederhana hingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

Cara Membuat Sos Lada Hitam:
1. Panaskan semua bahan C termasuk lebihan bahan daging di dalam kuali non-stick.
2. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
3. Susun stik daging ke dalam pinggan bersama bahan hiasan pilihan.
4. Tuangkan sos lada hitam.


Jemput makan Stik Daging Rusa bersama Amie.... dengan segelas jus belimbing.....


Jangan risau.... kalau nak tambah ada lagi Stik Daging Rusa di bawah ini.....

You May Also Like

24 ulasan

  1. susah nak dapa daging rusa ni...

    BalasPadam
  2. dapat dari mana daging rusa amie?

    BalasPadam
  3. Norlie,
    kena rajin buat tempahan ni...

    Kasih,
    dari seorang kawan di Tawau, tempah...

    BalasPadam
  4. Ya Ampunnn
    Nangess Tgk menu gini
    Oishii sou
    Terlioq org kt sini uwaaaaa
    Hentak kaki

    BalasPadam
  5. Lady Ayu,
    uishhh... nape sampai hentak kaki dik... kan udah disedia sepinggan sorang tu... hu hu huuuu

    BalasPadam
  6. kak amie oh kak amie..awat masak sedap2 ni buat mieza tak tahan je..sedap nyer stik daging rusa..mana mau cari at malaya ni kak..stik daging lembu mmg belambak la..kak amie kusayang...tunggu mieza nak datang ni..lapar tgk stik ni dgn sos lada hitam yg amat mnggiurkan itew kakkkkk..nampak gayanya mieza kena wat juga la..tapi pakai daging lembu je la kak..huhuhu

    BalasPadam
  7. wah makan stik sedapnya...saya tak pernah buat stik sendiri...takut hangit...hehhhe

    BalasPadam
  8. salam maal hijrah jugak utk k.amie diwinduiii....
    mlm2 ni ucu mkn mee goreng kering je...kesian kan...
    nk minta sepinggan stik rusa dgn belimbing jauh ..jadi telan air liur jer lah...

    BalasPadam
  9. Amie..aduh..daging rusa..lama betul tak makan daging rusa ni.

    BalasPadam
  10. wah daging yang mahal dan sedap..

    BalasPadam
  11. pernah mkn satay daging rusa jer...

    mesti sedap tu...

    BalasPadam
  12. Mieza cayanggg...
    meh lah datang sini... boleh buat BBQ daging rusa sama-sama... memang lembut je dagingnya ni, sedap makan panas-panas Mieza....

    Quinnie,
    guna kuali non-stick dik, tak hangit...api sederhana je...

    Ucu,
    alahai adikku cayang... sebelum makan sudah kusebut nama adik-adikku di malaya untuk makan sama-sama..termasuk juga Ucu... hu hu huu

    BalasPadam
  13. Acik,
    kami pun dapat sekali-sekala aje Acik... bekalan semakin kurang, tak banyak macam dulu-dulu...

    Totie,
    di semenanjung mungkin mahal tapi di sini lebih kurang sama harga dengan daging lembu...

    Ain,
    daging rusa buat sate memang sedap Ain...

    BalasPadam
  14. tak pernah makan daging rusa lagi Amie, nampak macam sedap sangat tu..

    BalasPadam
  15. malam2 ke sini dgn menu macam ni,betul2 buat tak tahan..terliur betul.akak mmg suka steak.
    pernah makan daging rusa suatu ketika dulu tapi biasa la org negori ni samada buat rendang atau buat masak lemak..mmg manis dagingnya.:)

    BalasPadam
  16. Slmt malam kak Amie..
    tengok stik daging rusa tu menggiurkan betul...Rahel pun suka sangat klu daging rusa....sedap..
    Kak Amie,dapat stok daging rusa kat mana?

    BalasPadam
  17. tak pernah rasa daging rusa..
    tengok rupa pun tak pernah.. huhu..
    mesti sedap kan..

    BalasPadam
  18. daging rusa ssh nk dapat... kena tempah kan?...tapi sedap lagi kambing rasanya... pernah cuba dulu

    BalasPadam
  19. terliurnya tgk daging rusa ni kak..huhu

    salam maal hijrah juga buat akak sekeluarga:)

    BalasPadam
  20. Ummi,
    memang sedap kalau masak berempah... hilang bau rusa..

    Kak Anim,
    memang dagingnya manis, lebih lembut dari daging lembu...sedap tu masak style N9..

    Rahel,
    dapat dari Tawau dik.. tempah dengan kawan...

    BalasPadam
  21. Along,
    bagi yang dah biasa dengan rasanya tentunya sedap Maklong, tapi mula-mula makan dulu macam lain sikit rasanya sebab lidah kita dah biasa dengan kambing & lembu...

    Dalila,
    kalau tak biasa masak memang rasanya kurang sedap sebab bau rusa masih ada,
    ada yang boleh terima daging rusa, ada tekak yang tak boleh terima...


    Nieza,
    yang sedapnya sebab daging ni lembut... kakak suka mask sate...aroma rempahnya sungguh menyelerakan!

    BalasPadam
  22. Nak daging rusa jugak!!!!!Sepinggan tu mana cukup...

    Pernah makan daging rusa...mmng dagingnya lembut dan manis tapi reganya mmng mahal....

    BalasPadam
  23. MP,
    boleh tambah... ada lagi tu,
    dulu di sini harganya murah tapi bila dah berkurangan, naiklah pula harganya...

    BalasPadam
  24. Salam Amie,
    Teringinnya nak makan stik daging rusa hasil kerastangan Amie, mesti sedap bagai nak rak nih..

    BalasPadam