Smoothie Durian Belanda

12:52 PTG

Sudah makan tengahari? Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan rezeki dan limpah kurnianya, kita sebagai rakyat Malaysia patut sentiasa rasa bersyukur kerana bumi kita subur,aman dan makmur. Orang kata, campak benih tumbuhlah dia, bungalah dia, berbuahlah dia... he he hehhh... ini mukadimah nak hidangkan Smoothie Durian Belandalah ni.... Masa kecik-kecik dulu suka kekah buah durian belanda di kebun nenek. Selalunya tupai dahululah yang makan, kemudian diikuti oleh kami adik-beradik yang rajin mengunjungi dusun nenek yang penuh dengan segala pokok buah-buahan. Anak-anak kami pun mengenali buah durian belanda dari kebun neneknya di sini pula dan bukan kebun nenek di Bukit Hijau. Smoothie Durian Belanda di bawah ini bukanlah hasil durian belanda yang dipetik dari pokok tetapi hasil memetik di pasar Lahad Datu ketika kami meronda awal pagi tadi.


Oleh kerana  stok susu segar hampir kehabisan jadi Smoothie Durian Belanda agak kental hasil kejadiannya. Amie hanya tambah 50ml susu segar sahaja.

Resepi: Smoothie Durian Belanda
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji  isi durian belanda masak ranum  seberat 500gram - buang kulit dan biji
100ml yogurt asli
200ml susu segar - Amie gunakan 50ml sahaja
3 sudu besar gula

Cara:
1. Sejukbekukan isi durian belanda.
2. Masukkan isi durian belanda bersama yogurt asli, susu segar dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan hingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.

Bila suami nampak Amie beli durian belanda, dia pun mengingatkan tentang buah durian belanda di kebun di belakang rumah ayahbondanya. Hmmm.... entah berapa lama dia tidak menjenguk kebun di kampung. Tiba-tiba selepas sembahyang Zohor, dia ajak anak-anak pergi kampung... katanya hendak memetik buah terap. Ha.... pasal buah terap@tarap ni...teringat pada Ucu Faridah yang teringin nak tengok buahnya. Nanti ye Ucu... harap-harap adalah sebiji dua buah terap@tarap yang akan dibawa pulang!

23 comments

  1. Saam kak amue.. Ita datang dari jauh nak minum ni.. Sedap tu kak lama ita x minum dulu gi kedai kalau ada menu ni mesti cuba

    BalasPadam
  2. Salam Ita,
    tak rugi datang dari jauh... ada lagi ni...jom minum sama-sama...

    BalasPadam
  3. Amie..durian belanda buah kegemaran acik..tapi susahnya nak dapat sekarang ni..
    acik tau dah rupa buah tarap yang berbau kuat tu.
    masa keje PQ dulu..kalau ada yang baak tu..tak leh sorok dah..acik tau dah bau dia tu..

    BalasPadam
  4. Selamt tengah hari Kak Amie..
    klu bab2 durian belanda..memang kita punya kesukaan..sedap je rasanya.masam manis gitu..

    BalasPadam
  5. Salam kak amie ...mai secawan memang ilang dahaga kalau dapat rasa smoothie sejuk2 ni..tambah2 perasa durian belanda...hu hu bestnya

    BalasPadam
  6. smoothie durian belanda...nak sikit...huhu

    BalasPadam
  7. kak amie..byknye smoothie..arini durian belanda pulak..rajin2..:)

    BalasPadam
  8. Acik Erna,
    dulu banyak budah durian belanda, sekarang memang susah nak dapat,
    oo...kuat ye bau buah tarap tu...

    Rahel,
    memang masam manis..tu yang sedap dibuat smoothie ...

    Kerull,
    jemput... minum sama-sama...

    Papa Mifz,
    silakan minum Papa Mifz...

    Kamalia,
    tengah rajin nak buat ni...hi hi hi...

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..sedapnya durian belanda...Saya paling suka makan begitu sahaja..ada rasa masam2 manis...Tapi kat sini susah betul nak dapat ni....

    BalasPadam
  10. assalamualaikum akak..mekasih singgah blog saya. Kita suka belog masak2...boleh belajar masak dr blog akak nanti :-)

    BalasPadam
  11. Sue,
    memang susah sikit nakdapat buah durian belanda sebab jenis buah ni tak dikomersialkan lagi...

    Lady Lavender,
    terima kasih sudi singgah dapur yang tak seberapa ni... he he hehh sama-samalah kita belajar masak dalam dunia yang tak bersempadan ni...

    BalasPadam
  12. baru semalam nampak durian belanda yg sebesar durian kak. nmpk pulak akak buat smoothie ni terus terliur...sedapnnnyaaa...

    BalasPadam
  13. Salam tahun baru kak amie..wahhhh mieza tgk lately ni kak amie byk sekali membuat smoothie..sedap nyer kak..mesti rasa sejukkk je kat anak tekak kan kak..kalau hari tgh panas terik mesti sedap sedut dgn straw smoothie ni..uhhh sedap!

    BalasPadam
  14. Salam Amie,
    Dok tunggu gambar smoothie durian belanda ngan sarapan pagi western sampai ke sudah tak keluar, isshhh fobia betul ngan lappy ni, rasa cam nak campak aja, anyway sarapan western mesti maveles kan.....nak tumpang sekaki kalo ada lagi

    BalasPadam
  15. salam kak amie ..

    kuatnya buat smoothie hihi.. mesti sedap banget kan smoothie... ai x blh jadi neh .. nak kena buat smoothie jugak la :P

    BalasPadam
  16. Izan,
    jarang jumpa durian belanda ni, tu sebab kalau nampak terus je beli... he hehhhee

    Mieza,
    azam baru Mieza... nak lebihkan pengambilan buah-buahan dalam diet harian... tapi makan nasi tetap bertambah... ha ahahhh


    Wattie,
    aloloooo... Wattie, kena beli laptop baru tu... he hehhhee...takpe, lewat sampai dapur Amie... boleh sediakan lagi menu westeran tu, ada stok lagi ni...

    BalasPadam
  17. Wani,
    ha...tiap pagi bangun memang potong buah untuk sejuk beku, nanti tengahari boleh terus blend.... tu pasal smoothie menjang... he hehhhee

    BalasPadam
  18. lamanya tak jumpa durian belanda. dulu2 masa kecik rumah lama ada pokok, slalu mkn camtu je. skrg susah pulak nk jumpa. :D

    BalasPadam
  19. k.amie cayangggg...padan pun asyik teringat2 orang disana..rupe2nya menyebut nama kita..kalau macam tu cepat2 carikan buah tarap tu..tak sbar dah menunggu ni..
    hari ucu buat kek cheesy tutti frutti..jemput mkn kak...

    BalasPadam
  20. Asmara,
    agaknya pokok durian belanda dah semakin pupus... tu sebab susah nak jumpa buahnya...

    Ucu,
    ooo... tersedak-sedak lagi tak...sat lagi datang ye...

    BalasPadam
  21. kak amie..memang kenyang minum air dtg sini...hahaha...sedapnya lama betul tak makan durian belanda....

    BalasPadam
  22. Susah jugak nk dpt buah durian belanda ni...
    Kalau terjumpa nnt beli la nkntry buat mcm ni pulak... X pernah cube lagi ni...

    BalasPadam
  23. Quinnie,
    memang jarang ada buah durian belanda sekarang ye Quinnie..

    Ain,
    cubalah ye...buah ni banyak khasiatnya....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe