Ikan Bunak Panggang
8:53 PTGAlhamdulillah...... tirai tahun baru hijrah telah bermula. Mudah-mudahan segala semangat dan azam baru terus terpahat kukuh untuk dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah dengan usaha dan segala ikhtiar, akan tercapailah segala azam dan harapan itu. Amie.... juga punya azam, harapan dan cita-cita untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Harapan Amie semoga hubungan Amie sesama manusia akan bertambah baik.... terutama bab umpat-mengumpat... inilah yang kita tidak sedar bahawa kita selalu 'makan daging saudara kita' samada secara sedar mahupun sebaliknya. Kalau dosa kepada Allah, kita masih berkesempatan memohon ampun dengan bertaubat tapi kalau dosa mengumpat..... nauzubillah! Ya....Allah, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa menggunakan lidah dengan sebaik-baiknya......amin!
Amie panggang ikan bunak. Resepi asalnya ialah Siakap Panggang dari Kompilasi Masakan Sarawak. Selalunya kalau panggang ikan Amie buat ringkas saja tapi memandangkan Amie mempunyai lebih masa di dapur, jadi Amie cubalah pelbagai resepi dari buku-buku masakan yang Amie beli dan kumpul selama ini. Di bawah ini Amie tuliskan resepi asalnya iaitu Resepi Siakap Panggang.
Resepi Asal: Siakap Panggang
Sumber: Kompilasi Masakan Sarawak - Chef Sarji Ramli
Bahan-bahan:
500 gram ikan siakap - buang sisik dan perut, dibelah 2
80 gram asam jawa - bancuh dengan 1 sudu makan air
1 helai daun kunyit - dihiris
1 sudu biji lada hitam - dipecahkan (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh belacan - dibakar dan dijadikan serbuk
1/2 sudu makan garam
Bahan kisar:
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4cm kunyit hidup
3cm halia
Bahan sos:
3 biji jus limau kasturi
2 biji cili merah -hiris nipis
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan taucu
1 sudu teh belacan - dibakar dan jadikan serbuk
Cara:
1. Gaulkan ikan dengan bahan kisr, asam jawa, serbuk cili, lada hitam dan garam. Perap selama 3 jam.
2. Bakar ikan di atas bara api sehingga setengah masak. Taburkan serbuk belacan sedikit-sedikit - Amie bakar dalam ketuhar.
3. Apabila ikan hampir masak, taburkan daun kunyit.
4. Satukan semua bahan sos di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
5. Hidangkan ikan panggang dengan sos.
Amie tambah hirisan bawang besar dalam sos.
Inilah rupa paras ikan bunak panggang Amie.
7 comments
Kak Amie sayangggg..salam maal hijrah, salam tahun baru buat kak amie dan keluarga..semoga setahun yang akan datang membawa seribu satu keberkatan dalam hidup kita...kak amie..belum penah lagi mieza makan ikan panggang yang sosnya letak taucu..mesti sedap kan kak..mieza nak cuba la nanti :)
BalasPadamsalam Kak Amie..hidangan yg sungguh memikat hati...emm dah tercium bau ikan panggang...wangiii.
BalasPadamSalam maal hijrah Amie, moga tahun baru penuh keberkatan untuk kita semua.
BalasPadamJenguk dapur Amie jap, merasa ikan panggang
Mieza cayanggg,
BalasPadaminsya-Allah sama-sama mendapat keberkatannya...
resepi ini kakak cuba-cuba saja, sayang banyak buku masakan tapi terbiar tak dicuba resepinya.
Rahel,
cuba resepi negeri jiran pulak Rahel...
Ummi,
Salam maal hijrah Ummi...mudah-mudahan dapat berkatnya..
jemput rasa ikan panggang tu...
salam maal hijrah buat kak amie sekeluarga... wow sedapnyaa... resipi ikan bakar kak amie memang sentiasa mantap...
BalasPadamsalam maal hijrah buat akak sekeluarga...sedapnya rupa ikan panggang akak ni..saya pun makan ikan panggang hari ni...hehhe
BalasPadamSalam Maal Hijrah....
BalasPadamIkan panggang dicicah dengan kicap cili...punyalah sedap...