Ikan Bayan Masak Sambal

7:57 PTG

Sempena Aidil Adha, blogger lain sibuk masukkan juadah istimewa di pagi raya tapi Amie berbeza pula. Amie masukkan resepi Ikan Bayan Masak Sambal yang merupakan resepi istimewa masyarakat Melayu Cocos. Apa yang membuat resepi ini agak unik ialah penggunaan rempah ketumbar dalam masakannya. Biasanya kuah masakan ini agak cair.


Bahan:
1 ekor ikan bayan seberat 1kg - bersihkan dan potong ikut saiz yang disukai
500ml santan -tidak cair & tidak pekat
3 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering - kisar
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3/4 cawan biji ketumbar

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan goreng setengah masak. Angkat.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan, garam dan perasa pilihan.
5. Masukkan jus limau nipis.
6. Angkat dan hidangkan.


Resepinya sangat mudah dan ringkas saja. Menu ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu Cocos dan sering dihidangkan dalam kenduri-kendara.

********************************************************
Oleh kerana beberapa orang rakan blogger ada yang belum pernah melihat rupa ikan bayan, jadi Amie korek semula resepi lama dan Alhamdulillah terjumpa seekor ikan bayan.....inilah rupa bentuk ikan bayan yang sangat sedap itu..


Biasanya berat seekor yang sederhana besar dalamanggaran 700gram hingga 1kg dan ada yang lebih besar lagi sehingga mencapai 5-7 kilogram seekor. Kalau ikan bayan yang bersaiz besar, Amie suka beli bahagian kepalanya sebab 'pipi' ikan bayan sangat sedap,lembut dan kenyal!

15 comments

  1. Assalam Amie..memang ada kelainannya.selain dari ketumbar..sambal ikan jugak letak santan..cuma acik tak tau..rupa ikan bayan tu..

    BalasPadam
  2. Salam kak amie,
    Tak pernah pulak tengok ikan bayan tu...ataupun kat semenanjung ni org panggil nama lain.

    BalasPadam
  3. Kak Amie..salam rindu..Muah Muahsss...salam aidil adha kak amie..jgn makan daging byk sgt tau nnt sakit kepala :)

    Kak amie dan pelbagai jenis ikannya..sedap sekali..ikan bayan pula kali..rasanya kak amie kena ambil gambar ikan yg belum disiang sebab semua ikan2 yg kak amie masak ni mieza baru pes time dgr nama..mmg di sabah byk ikan segar2..seronok! Kat sini asek2 ikan kerapu, siakap, gerut2...itu je la :)

    BalasPadam
  4. ikan bayan memang terBAEK!! kat semenanjung mahall uhuhuhuhu. Dulu pernah masak ikan bayan lemak cili padii.. tapi tak jumpa dah gambar nak update..

    memang lazat rasanya.. kalau ketamm uhuhuhu

    BalasPadam
  5. salam aidiladha amie
    sedapnya...tak pernah mkn ikan bayan.
    Itu specialnya blog amie...mcm2 ikan ada :)

    BalasPadam
  6. Mat malam Amie..tergoda tengok ikan bersambal..suka sangat..ni menu raya k? hehe..

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Acik,
    masa beli ikan bayan, suami suruh penjual tu bersihkan sekali dan potong-potong sebab ikan tu agak besar, jadi tak sempat ambil gambar,nanti kak mie tengok entri yang lepas kalau ada gambar ikan bayan tu...

    Yatie,
    Salam Yatie... di semenanjung pun orang panggilikan bayan, warnanya ada yang biru, hijau....ikan inihidup di batu karang

    Mieza,
    Salam rindu Mieza....belum sempat masak daging lagi Mieza...masih ada dalam peti sejuk...badan masih sakit penat masuk hutan jalan 3 hari 2malam meredah bukit bukau...

    BalasPadam
  8. Izan,
    lembut je isinya ye Izan,lebih sedap dai isi ikan jenahak...

    Kasih,
    agaknya hanya tempat tertentu saja yang ada ikan ini ye Kasih...

    Rahel,
    Suami bawa pulang macam-macam lauk raya, kakak ipar bagi, jiran pun bagi... entahlah bila keluar hutan... teringin pulak nak makan ikan, sebab di hutan asyik makan daging & ayam saja selama 3 hari....

    BalasPadam
  9. nampak sedap ni, ikannye cam ikan talapia.

    BalasPadam
  10. Assalam amie.cantiknya sisik ikan bayan..ada warna hijau macam tu..sebab flash kamera ke..memang warna asal ikan macam tu.

    BalasPadam
  11. Kunang-Kunang,
    ikan bayan ni ada gigi jongang tau... orang Melayu Cocos panggil ikan bayan ni dengan nama ikan kakak tua sebab giginya ala-ala gigi burung kakak tua

    Acik,
    warnanya memang begitu... warna-warni yang pelbagai

    BalasPadam
  12. dulu saya ingat bayan biru ni burung rupanya jenis ikan..cantik ikan tu ya :)

    BalasPadam
  13. Kak Amie...rupa2nya ikan ni kaler biru ye kak...ada mieza nampak kat pasar ikan kaler biru tapi tak sure itu ke ikan bayan..nanti nak soal pak cik jual ikan tu dan nak try la len kali :)

    BalasPadam
  14. tak sure pula nani dah pernah tengok ke belom ikan ni...tapi kalau bab merasa tu konfem belum pernah makan lagi...kalau kak amie kata sedap tu kira sedap betol la tu...

    BalasPadam
  15. colourful ikan tu Amie ye,resepi simple2 ni memang sedap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe