Pancit Guisado (Mee Daging dan Sayur)
11:20 PG
Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tentu semua sudah memasang azam baru sempena tahun baru hijrah pada kali ini. Jangan lupa doa penutup akhir tahun dan doa pembuka awal tahun hijrah untuk petang ini. Mudah-mudahan kita dapat manfaatkan hari ini dengan muhasabah diri, membina azam melakukan yang lebih baik daripada yang kurang baik. Apa pun yang kita lakukan pada hari ini jangan lupa alas perut dulu....keperluan asas mesti dipenuhi untuk meneruskan aktiviti kita seterusnya. Pagi ini Amie kongsi resepi dari Filipina... terlebih rajin pula pagi ini untuk buat sarapan. Resepi ini Amie ambil dari himpunan Sarapan Pilihan Ramai Buku Masak Chef Terkemuka Zaidah Mohd Noor. Ada beberapa bahan yang Amie tidak bubuh dalam menu seperti paprika dan juga udang.
Resepi: Pancit Guisado (Mi Daging dan Sayur)
Sumber: Buku Masak Chef Terkemuka Zaidah Mohd Noor - Hidangan Filipina
Bahan-bahan: (untuk 6 orang)
250 gram mi beras leper kering - Amie guna Mee Kering Cap Udang
60ml (1/4 cawan) minyak sayuran
1 ulas bawang putih -dikupas dan ditumbuk
250gram daging lembu - dihiris tipis-tipis
250gram dada ayam - dihiris tipis-tipis
250 gram udang - dibuang kulit dan urat dan didadu - Amie tak bubuh
1 biji bawang besar yang sederhana - belah 2 dan hiris tipis-tipis
80 gram kubis - dihiris-hiris - Amie tambah sayur sawi dan hirisan lobak merah
175ml (3/4 cawan) air rebusan ayam
secubit paprika - Amie tak bubuh
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam - kisar
3 sudu besar sos ikan
2 keping tauhu - digoreng terendam dan didadu
Bahan hias:
2 biji telur rebus - belah 2
2 tangkai daun bawang - hiris halus
6 biji limau kasturi - belah 2
Cara:
1. Masak mee dengan air mendidih selama 2 minit. Tapis, bilas dengan air sejuk dan toskan. Bubuh di dalam mangkuk besar dan gaul rata-rata dengan minyak sayuran.
2. Panaskan 1 sudu minyak sayuran di dalam kuali dan goreng mee sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.
3. Bersihkan kuali dan panaskan 1 sudu besar minyak sayuran. Tumis bawang putih sehingga keperang-perangan. Tambah daging lembu dan kacau selama 5 minit. Masukkan ayam dan udang dan goreng kacau dengan api besar selama 2 minit. Angkat dan bubuh di dalam pinggan. Ketepikan.
4. Bersihkan kuali dan panaskan di atas api besar. Tambahkan baki minyak dan goreng bawang besar serta kubis selama 4 minit sehingga bawang layu dan kubis masak.
5. Tambahkan air rebusan ayam dan perasakan dengan paprika, garam dan lada hitam.Kacau rata-rata. Tambah ayam dan udang yang sudah dimasak dengan sos ikan. Masak selama 2minit sehingga kuah pekat dengan mengacau selalu.
6. Masukkan mee dan tauhu goreng. Kacau rata hingga masak.
7. Hiaskan dengan telur rebus, daun bawang dan limau kasturi. Hidang panas-panas. - Amie tambah hirisan timun dan tomato serta daun ketumbar.
Hasilnya.... mee macam berkuah sikit..... tapi cara penyediaannya agak lama (asyik kena bersihkan kuali sampai 2 kali) dan perlu sabar serta memakan masa sebab kena ikut satu demi satu langkah yang disusunatur oleh Chef Zaidah Mohd Nor.
6 comments
As'salam sdp npk ...lapar jd nya..mmg sdp kalau mee di grg sama dgg ...x leh jd ni nak jugak lah..gi kedai cari meee
BalasPadamSheila,
BalasPadamsedappppp....kalau dah siap masak jadi hantar sepinggan ye Sheila..
salam Kak Amie...
BalasPadamklu Rahel buat mee yang cam ni skejap je dah licin..
Rahel,
BalasPadammesti sedap tu...
Amie, ummi tabiklah, rajinnya memasak, pandai pulak tu, tengok je pun dah tahu sedap ni Amie
BalasPadamUmmi,
BalasPadamterima kasih Ummi... sebenarnya tidaklah pandai sangat, tu sebab kena tengok resepi.. he he hehhh