Ikan Bunak Goreng Taucu
2:56 PTGAssalamualaikum dan selamat petang kepada semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Musimcuti sekolah begini, tentu ib-ibu mengambil kesempatan untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak. Nampaknya Amie belum berkesempatan untuk bercuti seperti rakan-rakan guru yang lain. Masih ada tugasan yang perlu diselesaikan di sekolah. Bagaimanapun, tugas tetap diutamakan manakala masak-memasak perlu didahulukan....... itu sebabnya walaupun hari ini pulang agak petang sedikit, tetapi sempat juga sediakan menu ringkas untuk 2 anak bujang Amie. Masakannya ringkas saja, sekadar goreng ikan dan tuang kuah taucu. Itu saja.
Oleh kerana ikan bunak lebih sedap dari ikan bawal, memang kalau ke pasar kalau terjumpa 3 ekor ikan bunak,ketiga-tiganya kami angkat sebab ikan ini jarang ada di pasaran. Kadang-kadang ada yang besar, dan ada juga yang sederhana seberat 500 gram seekor seperti dalam gambar di atas. Wokey... Amie tuliskan resepinya yang sangat ringkas ini di bawah.
Resepi : Ikan Bunak Goreng Taucu
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bunak - bersihkan
4 sudu taucu manis
1 labu bawang besar - mayang
3 biji bawang putih - hiris nipis
1.5cm halia - hiris halus
1 tangkai daun bawang - potong 3cm
garam / gula
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
50ml air
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing / masak. Angkat.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga wangi.
3. Masukkan taucu dan hirisan lada merah.
4. Masukkan air, secubit garam dan gula. Biarkan kuah taucu mendidih dan memekat.
5. Masukkan bawang besar dan daun bawang. Gaul rata.
6. Angkat dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
Senang dan cepat dan sesuai sangatlah untuk anak-anak yang sedang kelaparan!
Amie pun tak tahu apa rasanya sebab Amie sendiri tak makan. Amie kenyang makan roti dengan serunding rusa dan juga Smoothie Lobak Merah Dengan Epal Hijau. Bagai sesiapa yang ketinggalan keretapi belum pernah melihat rupa paras ikan bunak bolehlah klik di SINI.
8 comments
terasa jer diri ini asyik ketinggalan keretapi..xtau pun pasal ikan bunak..hahaa..pe2pun tq Kak perkenalkan ikan ni..kot2 ikan ni sedara dgn ikan bawal..rupa paras mcm nak sama jee hehe
BalasPadamBila la nk merasa ikan bunak. hihi.. rupanya macam bawal gitukan. Masak gini mmg budk2 suka, kalau berkuah banyak tak berapa nk makan diorang ni. :D
BalasPadamYana,
BalasPadamiyelah tu...sepupunya ikan bawal tu...
Asmara,
habis licin diorang makan...tinggal daun bawang dengan ladanya je...
ikan bunak...1st time dongar kak...
BalasPadamSalam Kak Amie..bikin lapar aja ni..sedapnye nampak..
BalasPadamsalam amie..
BalasPadambelum bercuti lagi ye? pasti byk lagi tugasan yang belum selesai kan? harap dpt jalan tugas dengan baik & lepas ni bolehlah fikir2kan utk bawa anak2 bercuti2 pula.. hehe.. sy sendiri rasanya tak kemana cuti.. hanya bawa anak2 pulang ke kampong aje..
sedapnya ikan masak taucu... lagi2 kalau pedas2 letak cili padi.. berasap! bila amie kata ikan bunak lebih sedap dari bawal.. terus kecur air liur.. hehe.. sy mmg suka mkn ikann.. tp tak sehaluan dengan anak lelaki sy sbb dia pulak sukakan ayam.. kalau masak ikan.. wajib juga masak ayam atau sekurang2nya ada telur dadar pun dah cukup utk dia.. kakak & adiknya tak kisah sgt..
Dua hari tak singgah makan kat rumah Amie, sedap ikan bunak ni, makan dengan nasi panas2
BalasPadamikan bunak ni mcam ikan bawal...
BalasPadam