Ikan Jelawat @ Sultan Panggang - Amie ke Lembah Danum
9:13 PTGEntah berapa lama mengidam makan ikan jelawat! Akhirnya bertemu juga dengannya di Cold Storage Green Apple Lahad Datu. Ikan ini datangnya dari Sarawak dan memang tercatat namanya sebagai Sultan Fish. Tentu Ummiross@Salam Borneo biasa makan ikan sultan@jelawat ini di Sarawak. Resepi apa agaknya yang sesuai dan enak untuk ikan sultan ya Ummi? Amie sediakan hidangan ringkas sahaja memandangkan hari ini Amie kesuntukan masa sibuk membeli-belah pelbagai persiapan untuk ke Lembah Danum. Amie panggang saja ikan jelawat@sultan dengan bertemankan sambal belacan dengan mangga serta ulam-ulaman. Macam biasalah....ulam-ulaman Amie tidak lari dari lobak merah celur, anak jagung celur, bendi celur dan kacang peas celur. Nampaknya resepi kali ini sampai masanya untuk dihantar ke Kuching... ke rumah Ummiross! Biarpun mungkin Ummi sudah terbiasa makan ikan sultan, tapi yang ini hasil air tangan Amie ye Ummi... he hehehh ikan sultan dari Sarawak dibawa ke Sabah, sekarang ikan sultan kembali semula ke Sarawak...
Bahan:
1 ekor ikan jelawat@sultan- bersihkan dan kelar-kelar
3 biji bawang putih
1.5cm halia
1/2 sudu lada putih
1/2 sudu serbuk kunyit
minyak bijan - pilihan anak Amie
daun pisang / daun kunyit alas memanggang
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam
Cara:
1. Tumbuk bawang putih, halia dan lada putih.
2. Gaul bersama garam, serbukkunyit dan pati asam jawa.
3. Lumurkan kesemua bahan di atas ke seluruh badan ikan.
4. Panggang ikan hingga masak.
Untuk Sambal Belacan Dengan Mangga pula, Amie tumbuk 7 biji cili padi bersama 3 biji bawang merah serta sedikit belacan. Campurkan secubit garam dan gula. Gaul bersama buah mangga cincang. Jika suka lebih masam, bubuh jus limau kasturi atau limau nipis. Amie lihat si dia makan sampai berpeluh-peluh. Amie tanya, pedas sangatkah sambal? Tidak, katanya. Tapi itulah...... setiap kali Amie hidangkan ikan panggang mesti habis berpeluh-peluh seluruh mukanya ketika dia makan.
Esok pagi kami dijangka bertolak ke Lembah Danum yang terletak di Hutan Simpan Ulu Segama Malua. Hutan ini merupakan hutan simpan kerajaan negeri yang berstatus Kelas Satu dan dilindungi daripada kegiatan pembalakan. Di Lembah Danum yang seluas 43,000 hektar itu, terletak sebuah Pusat Pemuliharaan dan Pusat Kaji Selidik Danum, kira-kira 83 kilometer ke Barat Daya Lahad Datu. Lembah ini merupakan kawasan habitat semula jadi hidupan liar yang hampir pupus seperti beberapa ekor badak sumbu Sumatera, orang utan, ungka, kancil, harimau bintang serta sebanyak 270 spesies burung telah direkodkan kawasan hutan simpan ini.
Amie tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk mengikuti Program Pendidikan Khas Alam Sekitar yang hanya terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Daerah Lahad Datu, Kunak, Tungku dan Kota Kinabatangan ini. Oleh kerana telah menunggu bertahun-tahun lamanya, dan terhad kepada 25 orang peserta termasuk murid dan guru pengiring, terpaksalah Amie korbankan Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan berhari raya di dalam hutan. Rasa sangat teruja untuk masuk ke dalam hutan yang menjadi pusat penyelidikan dari seluruh dunia ini..... jadi setakat ini dahulu celoteh Amie untuk kali ini ye... Amie perlu tidur awal sebab esok pagi akan melihat dunia baru....dunia hutan tertua di dunia! Jumpa lagi....dan Selamat Menyambut Aidil Adha.
15 comments
Selamat 'meneroka' hutan ye amie :)
BalasPadamsedappnya kan jelawat tu ...makan pula dgn ulam2an...perrghh
Assalam Amie..tak pernah tau pulak ikan jelawat ada nama lain.ia itu ikan sultan..
BalasPadambaru semalam berjaya masak ikan jelawat ni 4 the1st time.. heheh mmg sedaplaa ikan ni.. tq ek.. nnt ain cubalak resepi amie ni...
BalasPadammana aci k'amie..asyik tayang lauk sedap2 ni..dh la kt sini tak der ikan jelawat ni...have a nice trip ye kak
BalasPadamsalam amie, sedap tu....
BalasPadamSalam kenal kak amie....sedap ikan jelawat bakar tu....
BalasPadamjemput ziarah blog liza yer..Liza follow akak...
Selamat pagi Kak Amie..
BalasPadambetul2 tak tahan tengok ikan dalam pinggan tu...macam nak terkam jew..menyelerakan betullll..ehhh..
ikan sultan..ikan mahal..
BalasPadamtak pernah makan pun..
Kak Amie..waaaa baru hari ni sempat curi masa jap di waktu lunch untuk BW ke blog akak..rindu kat Akak muah muah muahhhhs
BalasPadamAkak, ikan jelawat ni jenis yg banyak tulang mcm ikan terubuk tu kan? walau[un byk tulang tp isinya lemak..sedap! cuma kalau nak suap anak2 lambat la skit sebab nak kena asing tulang dulu...tapi mieza mmg suka jenis yg panggang mcm ni..tulang byk pun tak per hehehe
sedapnya...
BalasPadamlapar balik dah ena ni kak.. heheh
kak amie mmg suka kasi ayu terlioq ni....rindu nak makan gini....nak blk mesiaaaaaaaaa
BalasPadamkak amie..bila saya tengok rupa2 ikan yg akak duk tayang ni..rasa mcam semua nya rupa ikan terubuk...hheheheh...tak tau penah makan ke dak ikan jelawat ni..hehhehe
BalasPadamselamat hari raya aidil adha amie.. take care yer.. selamat menikmati keindahan di lembah danum yer..
BalasPadamKak amie... Terliurnya sy tgk, have a nice trip kak...
BalasPadamselamat hari raya kak amie...baguslah kak amie ni..masih lagi aktif..kalau guru2 kat tempat nani, jarang yang ada family ni bersemangat macam ni..masing2 nak lepaskan kepada guru2 bujang...
BalasPadamkecur liur tau tengok sambal tu...cicah ikan tu sedap nye...