Temankan Firdaus Makan Tengah Hari di Happy Spoon

8:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama, kami singgah cari makan di tempat kegemaran Firdaus iaitu di Happy Spoon yang terletak di Bandar Tabanak. Memang tempat makan ini sesuai dijadikan pilihan kerana selain menawarkan pelbagai menu, sedap dan cepat pula penyediaannya. Kami memesan:
  • Golden Salted Egg Chicken Rice
  • Mi Kari
  • Mi Rojak
  • Tomyam Soup
  • Onion Ring
  • ABC Happy Spoon
Firdaus dengan kudapan kegemarannya: Onion Ring

ABC Happy Spoon


Oleh kerana setiap kali datang makan di sini dan memesan dessert ice shaved, kami pun tahu saiznya besar. Jadi pesan satu sahajalah ABC Happy Spoon untuk kongsi bertiga.

Firdaus - Golden Salted Egg Chicken Rice

Nampak meleleh-leleh kuahnya!

Menu masakan ala Cina ini memang nampak sedap! Bahagian luar ayam namnpak garing tetapi di dalamnya lembut berjus. Apabila cuba makan sedikit, rasanya  memang terangkat! Ada rasa masin dan berlemak daripada salted egg, creamy dan kaya dengan mentega serta harum aroma daun kari.

Dulu setiap kali datang ke sini Firdaus berkeras asyik hendak makan Nasi Goreng Tomyam. Sekarang, pandai pula dia pilih menu yang lain.

Encik Suami - Mi Kari

Banyak aksesori Mi Karinya.


Tapi rupanya tukang masak lupa letakkan telur rebus. Ketika Encik Suami sedang makan, datang pula mangkuk kecil berisi telur rebus. Sempat juga tumpang sesudu kuah Mi Kari Encik Suami. Rasa pedas, lemak dan berempah dan memang kena cepat-cepat dinikmati sementara kuahnya masih panas.

Telur rebus & sambal.

Mi Kari didatangkan bersama sambal. Kata Encik Suami rasanya seperti sambal colek Cocos. Mungkin jugalah sebab tukang masak di restoran ini orang Melayu cocos.

Amie - Mi Rojak

Mi Rojak

Mi Rojak ini nampak saja mi diselimuti kuah dan keropok, tetapi apabila diselak banyaklah aksesori di dalamnya. Ada ayam, hirisan fish cake, tauhu, telur rebus dan juga timun. Encik Suami kata, Mi Rojak ini kuahnya sama dengan kuah mi rojak orang Cocos. Eh, sudah dia kata tukang masaknya orang Melayu Cocos, memanglah ada ciri-ciri masakan warisan Cocos juga... ahaks!

Tomyam Soup


Tomyam Soup ini Amie pesan sebagai menu tambahan sebab teringin hirup kuahnya yang panas dan pedas. Walaupun tidak setajam rasa versi Thailand tetapi  apabila dihirup, kuahnya seimbang dengan rasa masam, pedas dan agak pekat. Memandangkan fokus kepada kuahnya, tidaklah Amie peduli sangat isinya!

Onion Rings

Onion Rings ini besar-besar seperti gelang tangan mak Arab! Tak tahulah bawang besar saiz apa yang mereka gunakan. Firdaus suka sangat makan Onion Rings. Kita pun apa kurangnya. Encik Suami tak mahu makan, jadi kita pun tolong habiskan. Ada rasa manis semula jadi bawang yang agak lembut. Lapisan luar pula rangup dan sedikit masin disalut tepung. Firdaus mekan dengan sos cili yang disediakan tapi Amie cecah sambal Mi Kari Encik Suami.

Selepas makan kami hantar Firdaus ke sekolah agama. Sebelum keluar dari kereta, Firdaus beritahu tak perlulah Encik Suami bagi duit belanja sebab katanya sudah kenyang. Tapi Encik Suami hulur juga wang saku. Mana tahu Firdaus hendak beli ais krim waktu rehat. Biasanya Firdaus akan simpan kalau tidak digunakan untuk membeli makanan.

Wokey!
Kalau sampai ke LD, bolehlah jadikan Happy Spoon Restaurant sebagai salah satu pilihan tempat untuk menjamu selera. Rasanya restoran ini ditutup setiap hari Isnin.

6 comments

  1. Sy rasa Happy Spoon ni restoran kegemaran Kak Amie sekeluarga. Gembira kalau dapat onion ring besar² macam tu. Mee kari tu memang pudar ya warnanya, Kak Amie tapi nampak sedap jugak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kali ini kuah mi kari dan kuah tomyam warna pucat tak macam selalu.

      Padam
  2. Amie, sedap-sedapnya menu, besar sungguh onion rings tu.. :)

    BalasPadam
  3. Besar betul onion ring tu. Makanan semua sedap2.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe