Nabi Juga Disakiti Manusia - Khubaib Akhi
10:22 PGMemang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul atau harapan tidak dipenuhi baik sesama suami isteri, kawan-kawan, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak muurid mahupun majikan dengan pekerja.
Khubaib Akhi mengupas isu ini dalam buku Nabi Juga Disakiti Manusia terbitan Iman Publication. Buku setebal 251 muka surat ini berharga RM38.00 ditambah RM13.90 penghantaran pos ke LD melalui Tebus Baucer Buku Guru Madani. Buku ini sampai ke tangan Amie pada hari Jumaat minggu lepas dan baru hari ini sempat dijadikan entri.
Nabi Juga Disakiti Manusia - Khubaib Akhi |
Kegagalan memenuhi harapan-harapan sesama manusia membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti sebuah transaksi, maknanya menghilang. Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja?
Hakikatnya tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini.
Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW, supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah di hujungnya, kita tetap dalam teduhan taqwa kepada Ilahi.
3 comments
Siapa sahaja yang tak pernah tersakiti
BalasPadamkalau masuk bookstore, selalu juga nampak buku ni. nampak menarik.
BalasPadamsaya peminat buku IMAN!
Menarik untuk dibaca, Nabi juga disakiti manusia...
BalasPadam