Makan Tengah Hari di Kitchen Geprek
8:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari terakhir Firdaus menduduki PSRU. Setiap kali ditanya, boleh tak jawab soalan peperiksaan? Jawabnya dengan penuh yakin : Boleh. Mudah-mudahanlah dapat keputusan yang baik. Pihak sekolah sudah banyak berusaha membantu anak-anak SRU membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Semoga Allah membalas dengan sebesar-besar ganjaran untuk mereka. In syaa Allah.
Selepas Encik Suami dan Firdaus solat Jumaat, kami jalan-jalan cari makan di Jalan Pantai, First Palm City Centre LD. Kami singgah di Kitchen Geprek.
Nasi Ayam Geprek |
Kali ini Firdaus pula yang hendak makan Nasi Ayam Geprek. Dia makan dengan tangan sahaja tak mahu gunakan sudu dan garfu.
Nampaklah juga rupa ayam goreng digeprek, dengan maksud dipenyet atau tumbuk.
Set Nasi Ayam Geprek datang bersama semangkuk kecil sup kosong, keropok, hirisan timun, tempe goreng dan terung goreng serta sambal. Tak tahulah apa rasanya, tapi melihat Firdaus menikmatinya tanpa kata sampai habis licin, maknanya sedaplah tu baginya.
Set Nasi Ayam Geprek |
Bismillah. |
Encik Suami - Lemon Soi |
Amie dan Firdaus - Cendol |
Makan cendol berdua dengan Firdaus pun tak habis!
Encik Suami - Nasi Goreng Udang Butter |
Udang Goreng Butter |
Amie - Kuetiaw Goreng Seafood |
Bukan Nasi Ayam Geprek saja didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong, Nasi Goreng Udang Butter dan Kuetiaw Goreng Seafood pun diiringi dengan semangkuk kecil sup kosong juga.
Tambahkan sesudu dua sambal / lada di atas Kuetiaw Goreng Seafood memang mantap rasanya! |
Udang Goreng Salut Tepung |
Kami memesan Udang Goreng Salut Tepung saiz M.
Ini bukanlah kali pertama kami makan di sini, tetapi kali pertama memesan Udang Goreng Salut Tepung. Lain kali kalau hendak mengudap waktu petang bolehlah makan menu ini di sini. Udangnya bersaiz besar dan mengenyangkan! Kami makan bertiga pun tak habis sebab kekenyangan.
Bukan Udang Goreng Salut Tepung saja yang sedap, suhun goreng pun sodap... ahaks!
Mama Cella ada bertanya dalam entri yang lepas-lepas, minta cadangkan tempat makan atas permintaan Adah. Salah satu tempat yang mungkin boleh Adah singgah makan di LD bolehlah di Kitchen Geprek ini.
8 comments
Sedapnya
BalasPadamKalau habis licin tu antara 2 je sama ada sedap atau memang tengah lapar. Hihi
BalasPadamKebetulan tengok post yang ni makan ayam geprek juga. Nampak pula udang tepung tu gebunya.....
BalasPadamSuka tengok firdaus makan..ni. bai inspirasi..
BalasPadamcendol tu pekena masa cuaca panas huii memang terbaik la
BalasPadamSemoga cemerlang hendaknya buat Firdaus 🤲🏻
BalasPadamSuka tengok Firdaus makan, menyelerakan :D
Huh...pasti berpeluh Daus makan bersulam sambal geprek tu...
BalasPadamLemon soi tu ..tiap kali tengok air yang ada lemon akan ingat minuman cikgu ni...hihihi
sambal ayam geprek tu nampak sedap. nasi goreng udang butter pun nampak mengancamm
BalasPadam