Kudapan Petang Dari Gerai LD
7:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selalu kita teringat zaman bersama anak-anak ketika mereka masih kecil. Kalau kita sediakan kudapan petang seperti cucur udang, berebut-rebut mereka makan. Ya Allah! Rindunya suasana itu. Tapi semuanya hanya tinggal kenangan yang masih melekat kukuh dalam ingatan.
Sekarang kalau hendak mengudap di petang hari, beli sahajalah apa yang ada di mana-mana gerai di LD. Firdaus pun seleranya macam orang tua. Apa yang kami makan itulah juga yang disuap ke mulutnya.
Ubi Goreng - RM5.00 |
Ubi goreng ini direbus dahulu baharu digoreng. Luarnya rangup, dalamnya lembut. Pertama kali Firdaus makan, dia terus jatuh cinta. Pesannya, nanti Mommy goreng ubi sendiri ya. Macam tak puas makan ubi goreng pula budak ini.
Tengah hari tadi, Firdaus ikut ke pasar raya. Dia minta izin Encik Suami untuk beli kentang. Rupanya dia goreng kentang salut tepung serbaguna di dapur. Kita sedang berehat dalam bilik. Dibawanya pinggan berisi kentang goreng masuk bilik. Diajaknya kita makan. Sedap pula hasil air tangan budak satu ini.
Cucur Taugeh - RM3.00 |
Penjaram - RM10.00 |
Kuih penjaram ini kami beli di Perdana Square. Kawan Amie (dulu rakan sekerja di ladang) empunya warung. Kata orang Sabah, penjaram paling sedap sudah tentunya penjaram di Kota Belud. Kawan Amie ini memang asal dari Kota Belud. Pada mulanya beliau hanya jual penjaram, tetapi sekarang sudah ada macam-macam kudapan lain seperti cekodok pisang, pisang goreng, cucur taugeh dan juga keropok lekor.
Tapi kuih penjaramnyalah yang paling sedap di LD.
Samosa Inti Kentang - RM4.00 |
Firdaus suka samosa. Kalau makan memang tak ingat orang belakang.
Kimbap Ayam & Daging - RM17.00 |
Firdaus pun suka makan kimbap. Memang boleh habis licin dia kerjakan sepiring kimbap.
Gado-Gado - RM6.00 |
Encik Suami suka gado-gado. Kalau bulan puasa memang menu inilah yang selalu dicari. Biasanya lain gerai, lainlah isi gado-gadonya. Gado-gado yang dalam gambar ini macam banyak betul keropoknya.
Popis - RM6.00 |
Banyak kali Encik suami temankan Firdaus ke gerai di Bandar Sri Perdana mencari popia. Popia kegemaran Firdaus sudah tentulah Popia Carbonara Ayam dan Daging serta Popis iaitu popia berinti pisang dan coklat.
Popia Carbonara Daging - RM8.00 |
Hokkaido Tart - RM10.00 |
Kita sangka Firdaus tak berminat dengan Hokkaido Tart. Baru makan sebiji, tengok semula di dapur sudah hilang semuanya! Nantilah cari lagi... ahaks!
5 comments
Sedap ubi kayu goreng lamanya tak makan.
BalasPadamSkill memasak tu mesti menurun dari Mommy la tu :)
BalasPadamSedap nampak ubi kayu goreng tu... tp tak pernah pula jumpa org jual dekat area sini
Jaman kecik2 dulu, mak buat kudap apa pun sedap.
BalasPadamBerbagai jenis kuih muih.Penjaram ni kuih tradisi Sabah sudah kan..memang ramai suka makan kuih ni..
BalasPadamPasti mereka juga merindu air tangan mommy..
BalasPadam