Kapurung Pasar Tani - Tambah Bahan Idaman di Dapur Sendiri
9:03 PTGMenurut Pak Google, kapurung ialah makanan tradisional dari Sulawesi Selatan, Indonesia, dan popular dalam kalangan masyarakat Bugis dan Luwu. Kapurung juga dikenali sebagai pugalu dalam bahasa tempatan.
Kapurung diperbuat daripada tepung sagu atau pati sagu basah. Kapurung biasanya disajikan bersama sayur-sayuran seperti bayam, jagung muda, terung, kacang panjang, ikan, ayam, atau udang. Kadang-kadang Amie jumpa hirisan mangga muda dan kacang tanah goreng dalam mangkuk kapurung. Kuahnya ada rasa masam dan sedikit pedas. Tekstur sagu yang kenyal dan lembut seakan-akan sup pekat yang mengenyangkan.
Apa yang menarik ialah kapurung dianggap makanan berkhasiat dan menghangatkan badan, sesuai dimakan ketika hujan. Hidangan kapurung juga menggambarkan gaya hidup tradisional masyarakat Sulawesi yang masih memanfaatkan sagu sebagai sumber karbohidrat utama.
Amie banyak melihat bahan yang berbeza sewaktu menikmati semangkuk kapurung di gerai yang berbeza. Kapurung yang dijual di Pasar Tani kelihatan menggunakan bahan asas sahaja. Jadi, balik ke rumah Amie didihkan kuah dan tambah bahan yang Amie idam-idamkan iaitu :
- Jagung
- Sardin dalam tin
- Udang
Oh, kapurung! |
18 comments
Oh kapurung, baru dengar
BalasPadamSaya pernah buat kapurung sbb terinspirasi dgn status wassap seorang kawan Bugis. Tapi hasil yg sy buat tak lah sejelita ini. Kawan sy kata lepas buat majlis kawin selalunya tuan rumah akan hidangkan menu ini kpd kendarat2 (Panitia2).
BalasPadambaru pernah dgr menu kapurung ni... mcm ala-ala linut tapi dibuat lauk berkuah bkn diulam, begitu ke kak?
BalasPadamyg macam agar2 putih tu, nampak macam ambuyat pulak
BalasPadamKapurung..baru tahu jenis juadah ini..menarik ni kapurung..
BalasPadamTengok dengan segala lauk tu mesti sedap kak... kenyal2 berkuah gitu
BalasPadamsedap nampak kapurung unik sekali makanan tradisi
BalasPadamAda geng makan lagilah best kan...
BalasPadamAlaaa kapurung, bila la dapat rasa. Nampak sedap sangat ni Kak Amie
BalasPadamOkey... ini uncle tak pernah rasa....
BalasPadamSama dengan papeda kak? Papeda makanan khas Papua. JD memang orang2 Papua tidak makan nasi, tapi sagu. Kenyal. Lauknya biasa ikan kuah kuning. Saya tak pernah coba, sebab saya tak suka ikan kuah kuning. Krn itu belum tertarik.
BalasPadamTapi lihat kapurung, macam lebih sedap lauknya 😄
Teringinnya nak mencuba kapurung tu.
BalasPadamSaya juga menyukai kapurong setelah beberapa kali membeli di Pasar Malam Chester,,tapi kuahnya bening.Lepas ni nak try alter kuah macam cikgu lah..Nampak sedap betul
BalasPadamwahh nmpk mengancam sedapp nih kapurung ., hehe
BalasPadampandai ya si Ayah, jual nama Firdaus pula..hihihi
BalasPadamMenariknya tinggal di Borneo banyak suku kaum, jadi makanannya pun variety.
BalasPadamBila la dapat rasa Kapurung ni....nampak sedap tu ha...
BalasPadamammi pernah sekali tonton video org sediakan kapurung lepas tu berlumba2 video kapurung keluar di TT dan mmg terliur tiap kali tgk droang makan. plg best rasanya yang makan dengan sardin yang dicampur kangkung dan cili...ehhh terliur pulak kita
BalasPadam