Ekor Salmon Masak Sos Tiram dengan Cendawan Shiitake dan Gai Lan
5:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kononnya tidak perlulah masak untuk makan tengah hari. Terlupa pula ada budak kecil lapar! Selongkarlah peti sejuk, cari bahan yang cepat dan mudah dimasak. Terjumpa satu bekas ekor ikan salmon, cendawan shiitake segar dan gai lan. Gai lan ialah Chinese Broccoli. Bahagian ekor ikan salmon sudah dipotong-potong, jadi cepatlah lembut apabila dinyahbeku.
Hendak masak cepat dan mudah? Masak sajalah ketiga-tiga bahan ini sekali harung. Jadi, sebaik sahaja tekan butang on di periuk nasi, terus sahajalah kerjakan bahan-bahan untuk dijadikan lauk. Sebaik sahaja nasi tanak, lauk pun siap. Bolehlah terus dihidangkan.
Nasi dengan Ekor Salmon Masak Sos Tiram dengan Cendawan Shiitake dan Gai Lan. |
Walaupun masak ringkas dan campak-campak tapi sedaplah... ahaks!
Firdaus menambah nasi dua kali.
Gabungan cendawan shiitake dengan sos tiram menerbitkan aroma yang sangat enak |
Resipi Ekor Salmon Masak Sos Titam dengan Cendawan Shiitake dan Gai Lan
Bahan-bahan :
300 gram bahagian ekor ikan salmon
10 kuntum cendawan shiitake segar - hiris ikut selera
10 tangkai gai lan - celur hingga masak dan rendam dalam air sejuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan hiris hingga layu kekuningan.
- Masukkan ekor ikan salmon bersama cendawan shiitake.
- Masukkan sos tiram, garam / perasa pilihan.
- Gaul dan kemudian biarkan masak seketika.
- Toskan gai lan dan masukkan ke dalam masakan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jemput makan! Bismillah. |
3 comments
Masa anak baby je pernah masak salmon untuk baby. Cie tak makan salmon. Tak boleh masuk. Entahla kenapa. Padahal paling banyak khasiat.
BalasPadamWow...ini masakan hotel 5* nih😍
BalasPadamSyy..Cikgu..Adah suruh tanya..jika ke LD mana tempat yang harus dilawati & juga mana tempat makan best?
Sedapnya!
BalasPadamOrang handal di dapur bolehlah campak2 gini, kita yg amatur ni nak fikir menu pun berejam kak :D