Bermalam di Sercotel Hotel, Toledo Sepanyol
7:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Suhu dingin serendah bacaan 9'C menyambut ketibaan kami di Sercotel Hotel, Toledo, Sepanyol.
Tersedia minuman ringan yang menyegarkan di pintu masuk hotel. Sementara menanti giliran mendapat kunci bilik, bolehlah basahkan tekak dahulu.
Amie ambil sebiji epal hijau. |
Setelah menerima kunci bilik, mengambil bungkusan makanan dan sebotol air mineral, kami menyeret beg dan menaiki lift untuk ke bilik masing-masing.
Inilah bilik kami.
Ketika berada di dalam bilik, tidak terasa kedinginan kerana pemanas udara @ heater sudah dipasang. Setelah melalui banyak pengalaman bermalam di bilik hotel yang memasang heater, tertanya-tanya juga kenapa heater diletakkan di bahagian bawah dan bukannya di bahagian atas seperti kedudukan pendingin hawa. Apabila tanya Pak Google, jawabnya : Udara panas naik ke atas. Udara yang dipanaskan menjadi lebih ringan, dan naik ke atas. Udara sejuk turun ke bawah. Udara sejuk lebih padat dan berat, dan turun ke bawah.
Maksudnya, kalau pemanas diletak di atas, udara panas akan kekal di siling, bukan di kawasan manusia berada (samada duduk atau berdiri). Jadi dengan meletakkan heater di bahagian bawah membolehkan udara panas naik perlahan-lahan dan memanaskan keseluruhan ruang bilik secara sekata.
Kalau pendingin hawa diletak di bawah, udara sejuk akan berkumpul di lantai dan tidak menyebar rata. Jadi, memasang aircond di atas membolehkan udara sejuk jatuh ke bawah dan menyejukkan ruang dengan cepat dan sekata.
Kedudukan heater di sebelah katil kami. Heater |
Jom masuk bilik air. Beginilah keadaannya, ada mangkuk tandas di sebelah kanan dan mangkuk pencuci di sebelah kiri seperti dalam gambar di bawah.
Dalam bilik air pun disediakan heater.
Antara kelengkapan yang disediakan di dalam bilik air termasuklah sabun pencuci tangan, sikat, set berus gigi dan juga penutup kepala.
Syampu dan gel mandian pula berbau harum. Rugi kalau tak mandi!
Selepas mandi dan solat jamak, barulah buka bungkusan makanan. Alhamdulillah, hotel ini sediakan pula pemanas air dan juga kopi serta teh. Tak sabar hendak didihkan air dan bancuh teh panas!
Ada gelas di dalam rak bawah kabinet. |
Dalam mini peti sejuk ada beberapa botol minuman dan makanan ringan.
Jom bancuh air teh. Lepas itu kita buka bungkusan makan malam yang dibekalkan.
Ada sekeping roti bulat dan sebungkus nasi putih berserta lauk di atasnya.
Antara bahan yang terdapat di atas nasi putih termasuklah salad, hirisan daging dan lain-lain yang sudah dicampur dengan sos.
Amie ambil daging, salad dan sos dan masukkan ke dalam roti bulat yang memang sudah dibelah. Rasa janggal pula hendak makan nasi putih dengan campuran hirisan daging, salad dan sos.
Hidangan makan malam kami di Toledo. |
Bismillah. Sedaplah pula rasanya. Habis sekeping roti bulat ini Amie makan. |
Epal hijau ini bolehlah simpan, esok akan dimakan dalam bas. |
Sebelum terlupa, makan juga yogurt yang diambil dari Hotel Laitau. Hahaaa... yogurt dari Portugal dibawa ke Sepanyol! |
Selamat malam Toledo.
Sweet dreamzzzz!
Sebenarnya tak mimpi pun sebab terlalu letih dan tidur mati.
3 comments
Nampak hotelnya pun selesa sangat.
BalasPadamSiap ada epal sekali welcome drink. Kat Malaysia ni tak pernah jumpa hotel sediakan buah macam tu. Welcome drink tu jela biasanya.
BalasPadamJauhnya menginap
BalasPadam